Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Dear fellow readers, welcome to DiDiY's DIDCHUKNOW10!!
DIDCHUKNOW10 adalah
entri istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan kupas satu tajuk dan
share kat korang semua apa yang abam paham or pelajari. Untuk entri Middle October ini, abam akan kupas mengenai "Sistem Rawatan Kumbahan Di Malaysia" or "Sewage Treatment System in Malaysia". Hope that you learn something new :)
..............................................................................................
Seiring
dengan peningkatan bilangan populasi penduduk di Malaysia, sistem
rawatan kumbahan juga semakin meningkat dan canggih. Proses merawat
kumbahan ini adalah proses yang sangat penting. Proses ini dapat
memastikan kelangsungan sumber air dalam negara khususnya. Sekaligus
mengatasi masalah kekurangan air bersih.
Abam
ade study sikit pasal sewage sludge , yakni end product of sewage
treatment plant masa buat FYP dulu. Thus, abam tau la sikit2 pasal
sewage treatment plant kat Malaysia. So, untuk entri kali ini, abam nak
share sikit la fakta2 mengenai sistem pengurusan kumbahan di Malaysia.
..............................................................................................
1. Asalnya Menggunakan Khidmat Pencacai
Tanah
Melayu, pada asalnya, tidak mempunyai sistem rawatan kumbahan seperti
yang kita lihat hari ini. Dahulunya, tandas 'awam' dibina berdekatan
dengan sungai. Najis akan terus menjunam ke dasar sungai atau terapung
(bergantung kepada ketumpatan najis). Sekiranya sungai jauh menapak
kaki, golongan kaya khususnya, lebih selesa menggunakan khidmat pencacai
angkat najis. Sistem kumbahan yang lebih sistematik mula diperkenalkan
secara berperingkat sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
2. IST Menggantikan Sistem Primitif
Individual
Septic Tank (IST) mula diperkenalkan sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Tangki najis yang besar dibina di halaman rumah, sesuai
untuk rumah banglo yang mempunyai laman. Walau bagaimanapun, sistem ini
hanya mampu menghasilkan primary sludge, yakni sludge pra-matang.
Kebanyakan rumah-rumah di kawasan kampung masih menggunakan sistem ini.
3. Sistem 'Kolam' Menampung Populasi Yang Lebih Besar
Aerated Lagoon |
Malaysia
terus pesat membangun. Populasi penduduknya terus bertambah. Hal ini
menyebabkan IST tidak lagi relevan untuk dipraktikkan. Oleh itu, sekitar tahun 1970an, Oxidation Ponds mulai dibina di kawasan2 bandar terancang. Sistem ini mampu untuk memberikan sebahagian rawatan sekunder (partially secondary treatment) terhadap sisa kumbahan. Sistem 'kolam' ini terus berkembang dan sekitar lewat 70an, Aerated Lagoon pula diperkenalkan. Aerated Lagoon ini pula mampu menampung populasi yang lebih besar meskipun dibina dalam kawasan yang terhad.
4. Majoriti Loji Sekarang Menggunakan Sistem Mekanikal
Modified Oxidation Ditch (MOD) |
Pada
tahun 1980an, loji kumbahan menggunakan sistem mekanikal diperkenalkan.
Loji ini mampu melengkapkan rawatan kumbahan sekunder. Sekaligus
meningkatkan kualiti sludge yang terhasil. Menurut laman web IWK, lebih
38% loji kumbahan di Malaysia menggunakan sistem mekanikal. Sistem ini
adalah sistem terbanyak yang dipraktikkan di Malaysia. Antara sistem
mekanikal yang ada di Malaysia adalah, Extended Aeration (EA), Modified
Oxidation Ditch (MOD), Rotating Biological Contractors (RBC), Sequenced
Batch Reactors (SBR) dan Trickling Filters. Dijangka sistem ini akan terus dikembangkan dan diselarikan (standardized) di seluruh negara.
5. IWK Adalah Syarikat Rawatan Kumbahan Terbesar Di Malaysia
Pada tahun 1994, Indah Water mengambil alih hampir kesemua loji rawatan persendirian yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ketika
itu, terdapat lebih 144 syarikat persendirian di seluruh negara yang
mengusahakan loji rawatan kumbahan. Pengambilan syarikat-syarikat kecil
di seluruh negara ini menjadikan Indah Water, sebuah syarikat rawatan kumbahan terbesar di Malaysia hinggalah hari ini.
6. IWK Adalah Milik Kerajaan Malaysia
Setelah
mengambil alih sistem rawatan kumbahan negara daripada
syarikat-syarikat persendirian pada sekitar awal 90-an, IWK tidak
diswastakan. Malah, bernaung di bawah Kementerian Kewangan Negara. Hal
ini dapat menjamin keselesaan kawasan yang didiami rakyat sentiasa
berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar. Dalam masa yang sama,
mengurangkan beban rakyat terutamanya dari segi kos rawatan sisa
kumbahan.
7. IWK Bukanlah Syarikat Monopoli
Lokasi Loji Rawatan Kumbahan (click for bigger view) |
Tidak
seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water bukanlah satu-satunya
syarikat yang memonopoli industri rawatan najis negara. Lokasi loji
kumbahan IWK lebih tertumpu di kawasan barat Semenanjung Malaysia.
Seperti yang gambar di atas, warna oren adalah kawasan yang dikelola
oleh IWK manakala warna hijau adalah kawasan yang dikelola oleh syarikat
persendirian.
8. Sisa Kumbahan Mempunyai 80% Kandungan Air
Sisa kumbahan di Malaysia hanya melalui proses penebalan (thickening) dan penyahairan (dewatering) sahaja. Oleh itu, sludge yang terhasil masih mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu sekitar 80%. Kajian FYP abam juga mendapati, kuantiti air pada sludge di Jelutung, Batu Feringgi dan Bayan Baru adalah sekitar 84-86%. Untuk mengurangkan lagi kuantiti air, teknik pengeringan pula digunakan.
9. Pengurusan Sludge Diabaikan Di Malaysia
Kesemua sistem yang disebut di atas mampu menghasilkan kuantiti sludge yang banyak. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai sistem pengurusan sludge yang lebih sistematik. Kesemua sludge yang terhasil akan dimasukkan ke dalam lori, dan seterusnya dibuang ke tempat pelupusan sampah (landfill).
10. Industri Kumbahan Berpotensi Sebagai Loji Jana Kuasa
Sewage sludge mengandungi kandungan methane yang tidaklah berapa tinggi. Meskipun begitu, jumlahnya masih mampu untuk menampung kegunaan loji rawatan tersebut. Gas methane ini boleh menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan Gas Turbine. Ataupun, dibakar untuk menghasilkan wap air, lalu menggunakan Steam Turbine untuk menghasilkan elektrik....haaa gitu~~
..............................................................................................
REFERENCES
..............................................................................................
Untuk memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai potensi industi kumbahan ini, ayuh sama-sama tonton vid ini..
"The Poop Cycle"
Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate setelah lebih 2 bulan berhabuk sawang bagai...lol.
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...
Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~
No comments:
Post a Comment