Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.
DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih POKOK KELAPA sebagai topik permulaan. 10 bahagian pada pokok kelapa dan kegunaannya.
.....................................................................................
Kelapa (bahasa Inggeris: coconut)
atau juga dikenali sebagai nyiur. Tempoh ekonomi
adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30
meter bergantung kepada jenis. Terdapat di semua kawasan tropika. Pohon kelapa punya 1001 kegunaan. Moh, kite rungkai misteri ini bersama-sama....
1. Batang kelapa
Masyarakat dahulu menggunakan batang kelapa untuk membuat titi bagi menyeberangi sungai kecil. Batang kelapa juga boleh diproses menjadi sumber kayu seperti papan, dinding dan siling. Dalam jangka masa panjang, batang pokok kelapa dapat menampung kekurangan sumber kayu. Selain itu, batang kelapa mengandungi kandungan karbohidrat yang boleh ditukar kepada gas methanol dan ethanol.
Isi kelapa tua atau lebih selesa dengan panggilan kelapa parut memang banyak gunanya. Kuih seri ayu, lepat pisang, lepat ubi, kuih sagu, kuih kuaci, kuih ketayap, kuih lompang, kuih gula melaka dan pulut panggang adalah antara kuih-muih tradisional yang menggunakan kelapa parut.
Andai diperah, keluar cecair putih yang digelar 'santan'. Santan ni pelengkap hampir semua jenis masakan melayu - masak kari, masak lomak cili api, masak rendang, masak kurma...
Goreng kering kelapa parut pada api yang kecil sehingga bertukar kecoklatan. Selepas itu, kisar kering bahan tersebut sehingga keluar minyak. Kelapa parut dah bertukar jadi kerisik!! Kerisik ni normally orang buat masak rendang, kurma, kari dsbnya.
Tak cukup??? Ade lagi...
Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak. Gunakan api sederhana kecil. Bila kelapa hampir kering & kekuningan, masukkan tepung beras secukupnya...jgn terlalu byk. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika. Nak tau pe jadi??
2. Pelepah kelapa
Pelepah kelapa yang mereput menjadi baja semulajadi pokok kelapa. Pelepah kelapa juga menjadi medium takungan air buat pokok kelapa. Pendek kata xsusah langsung la nak jaga pokok kelapa nieh. Serba 'berdikari'...hehehe.antara kegunaan lain pelepah kelapa :P |
3. Pucuk daun kelapa
Kebanyakan masyarakat pedalaman menggunakan pucuk daun kelapa untuk membuat origami yang pelbagai. Pucuk kelapa ni salunye mendapat sambutan time2 raya la. Time tu je orang semangat nak buat ketupat...hik3~~
4. Batang daun kelapa
Batang daun kelapa atau lebih selesa dengan dipanggil lidi boleh digunakan untuk membuat penyapu lidi. Dalam zaman millennium yang serba moden nieh, memang susah nak nampak penyapu lidi ni. Orang semua dah pakai penyapu plastik yang lebih lembut dan efficient. Yang kaya sikit, pakai vacuum je...hik3~~
Lidi jugak digunakan untuk membantu dalam proses penyediaan makanan. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah cara penyediaan satay. Pulut panggang dan tapai pulut juga menggunakan lidi untuk 'mengikat' daun yang membalutinya...
5. Air kelapa
Air kelapa kaya dengan khasiat yang pelbagai. Sering diminum bersama isi kelapa muda. Menurut petua, air kelapa muda mampu menyejukkan badan dan amat sesuai buat pengidap demam panas. Coconut shake pula adalah kolaborasi antara air kelapa dan aiskrim...meleleh beb!! Selain itu, air kelapa yang melalui proses penapaian atau fermentation akan bertukar menjadi Nata De Coco (a chewy, translucent, jelly-like food product).Batang daun kelapa atau lebih selesa dengan dipanggil lidi boleh digunakan untuk membuat penyapu lidi. Dalam zaman millennium yang serba moden nieh, memang susah nak nampak penyapu lidi ni. Orang semua dah pakai penyapu plastik yang lebih lembut dan efficient. Yang kaya sikit, pakai vacuum je...hik3~~
Lidi jugak digunakan untuk membantu dalam proses penyediaan makanan. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah cara penyediaan satay. Pulut panggang dan tapai pulut juga menggunakan lidi untuk 'mengikat' daun yang membalutinya...
5. Air kelapa
Nata De Coco...gua syak ade antara korang yang g beli bende ni pasni.....hehehe |
6. Isi kelapa tua
Dalam banyak2 bahagian pada pokok kelapa, part ni la yang paling banyak kegunaannye. Minyak kelapa datangnya dari part ni la...isi kelapa tua harus diparut dahulu |
Andai diperah, keluar cecair putih yang digelar 'santan'. Santan ni pelengkap hampir semua jenis masakan melayu - masak kari, masak lomak cili api, masak rendang, masak kurma...
Goreng kering kelapa parut pada api yang kecil sehingga bertukar kecoklatan. Selepas itu, kisar kering bahan tersebut sehingga keluar minyak. Kelapa parut dah bertukar jadi kerisik!! Kerisik ni normally orang buat masak rendang, kurma, kari dsbnya.
Tak cukup??? Ade lagi...
Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak. Gunakan api sederhana kecil. Bila kelapa hampir kering & kekuningan, masukkan tepung beras secukupnya...jgn terlalu byk. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika. Nak tau pe jadi??
jadi sagon bhai~~ hik3 |
7. Tempurung kelapa
"Bagai melepaskan batok di tangga" ~~ peribahasa yang sangat dekat dengan kita. Batok ni bukanlah "uhuk3" ataupun "haktuih". Batok ni orang dulu2 pakai tuk ceduk air dalam tempayan buat basuh kaki sebelum naik ke rumah. Penghujung batok tersebut diperbuat daripada tempurung kelapa.batok yang dimaksudkan |
8. Sabut kelapa
Sabut kelapa ni boleh kate cam kulit kelapa la. Tebal dan berbulu. Normally orang biar reput je bende alah ni. Buat baja pokok kelapa tu sendiri. Sabut kelapa ni leh buat halau nyamuk tau. Korang bakar je bende ni, kasi barrarized. Nyamuk memang xdekat punya.Dalam dunia serba moden ni, sabut kelapa semakin mendapat sambutan. Buat kusyen la, tilam la. Comfortness dy setanding kekabu. Cume berat la nak handle dengan kudrat 4 kerat. Tambah2 time tukar cadar...hik3~~
9. Mayang kelapa
Mayang kelapa adalah bahagian yang bakal tumbuhnye buah kelapa. Basically, lokasinya terletak di puncak pokok kelapa. Kat mayang kelapa ni la, nira kelapa diperoleh. Mayang kelapa yang sesuai, dipotong serong dan diikat supaya tidak pecah. Kemudian, bekas plastik digunakan untuk mengumpul air nira yang menitik. Nak bagi penuh satu botol plastik ni mengambil masa lebih kurang 12-14 jam.Air nira yang diperam beberapa hari pula akan bertukar menjadi tuak (sejenis arak). Tuak yang diminum berlebihan akan memberi kesan yang tidak jauh bezanya dengan arak. Kalau dibiarkan lebih lama lagi, nira ini akan menjadi masam dan bertukar menjadi cuka semulajadi. Perghhh...banyak tul pertukaran...hik3~~
Antara produk yang boleh dihasilkan dengan menggunakan nira kelapa adalah nira jelly dan gula melaka. Air nira sangat popular di Pantai Timur. Senang nak cari la compare dengan tempat lain. Tambah2 kat pasar Ramadhan diorang, toleh je dah nampak...hik3~~
Bile duk sebut pasai nira ni, teringat plak cite abah. "Tok aki abam dulu xmampu nak beli gula. Bile opah nak buat kuih raya, tok aki akan cari nira kelapa sebagai pengganti gula. Kemanisannye tidaklah jauh berbeza. Lalu suasana raya dinikmati dengan gumbiranya"~~the end.
10. Umbut kelapa
Umbut kelapa juga terletak di puncak pohon kelapa. Lokasi spesifiknya adalah di tempat pelepah kelapa bertenggek. Buang kulit dy...dalam tu la umbut kelapa.sebelum buang kulit |
selepas buang kulit |
.....................................................................................
List of Reference:
1. Kegunaan batang kelapa
2. Air Nira mayang kelapa
3. Cara membuat sagon
4. How to make Kerisik
5. Apa itu umbut kelapa??
6. Wiki-wiki kelapa
7. Pokok kelapa 1001 kegunaan
8. Wiki-wiki Nata De Coco
Anda suka entri ini??
Ade cadangan atau pendapat untuk DIDCHUKNOW10 bulan depan??
Sila utarakan di ruangan komen...terima kasih :)
Ade cadangan atau pendapat untuk DIDCHUKNOW10 bulan depan??
Sila utarakan di ruangan komen...terima kasih :)