Saturday, 11 April 2015

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Part 2 - Ngilu Komedi)

Pagi yang hening. Burung berkicauan menghias suasana yang sejuk lagi nyaman. Oksigen dihirup bersama-sama bauan asap carbon monosida. Sesak gayanya menghantar anak-anak ke sekolah.

"Sebelum datang treatment, encik sarapan dulu ye", masih terngiang pesanan gadis klinik gigi swasta dua hari lepas. Akal berputar, cuba menghubungkan sel-sel otak tanpa bantuan Anmum Essential. Mengingat kembali lokasi sarap terdekat dengan klinik. Oh yeah, roti canai.

........................................................................

Tepat pukul 10 pagi, kereta diparkir tidak jauh dari klinik. Masih tutup. Bosan. Gigi reput diraba-raba. Haish! Melekat jugak pejadah roti canai ni. Biar doktor je la yang buangkan nanti...grrrr.

Selang 20 minit, muncul seorang gadis membuka pintu klinik. Lagaknya tidak seperti seorang doktor. Mungkin gadis yang menjawab telefon abam tempoh hari.

........................................................................

"Encik yang kol aritu ek? Cuba cek nama encik. Betul ke tak".
"Abam Didiy. Betul la ni. Nama abam la ni".

"OK. Encik duduk dulu. Doktor tak sampai lagi ni. Nanti saya panggil encik".
"Baik".

Dada berombak lembut secara tiba-tiba. Fuh...fuh. Nafas dihirup hembus berulang kali. Debornye yob~

........................................................................

Jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Siaran televisyen terasa begitu membosankan. Sempat abam mencuri nguap sekali dua.

"ENCIK DIDIY!!", laungan jauh di hujung sana. Gelap.

Kaki dihayun sedikit ketar. Lutut goyang bak hang.

Terang. Kelihatan sebuah kerusi istimewa tersergam indah di tengah ruang bilik. Besar dan menakutkan. Dua orang gadis bertopeng putih sedia menanti dengan sarung getah menyaluti kedua belah tangan

"Jemput duduk"
"Saya nak buat scaling and polishing. Pastu cabut gigi reput".

Doktor mengangguk tanda faham. Scaling dan polishing berjalan lancar. Sesekali abam disuruh berkumuh. Darah kelihatan dalam setiap ludahan.

Setelah selesai, abam diberi masa selama 5 minit bagi menenangkan diri sebelum rawatan seterusnya. Kesempatan ini diambil sepenuhnya untuk bertanyakan hal-hal berkaitan cabut gigi geraham bongsu. Termasuklah procedure ringkas, tahap kesakitan, komplikasi selepas rawatan serta secebis nasihat doktor untuk bekalan seminggu dua akan datang.

........................................................................


Sejenis jel merah diratakan ke bahagian gusi luar dan lelangit di bahagian dalam. BANYAK SANGAT. Serta merta bahagian yang disapu tadi menjadi pedih berangin. Sedikit jel merah menggelongsor masuk ke celahan oesophagus. Fuh, pedih yang amat. Terbatuk-batuk menahan sakit. Kelat, pedih, sakit, tak sedap langsung.

Setelah menyapu begitu banyak jel merah, doktor duduk termenung di satu sudut bilik. Membiarkan abam meronta menahan rasa tidak selesa. Air paip sahaja yang setia meneman abam berkumuh membuang rasa jelik tersebut.

Selang beberapa minit, doktor menayang jarum di depan mata. Menjentik-jentik membuang udara. Panjang syringe ada la dalam 5 inci.