Saturday, 11 April 2015

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Part 2 - Ngilu Komedi)

Pagi yang hening. Burung berkicauan menghias suasana yang sejuk lagi nyaman. Oksigen dihirup bersama-sama bauan asap carbon monosida. Sesak gayanya menghantar anak-anak ke sekolah.

"Sebelum datang treatment, encik sarapan dulu ye", masih terngiang pesanan gadis klinik gigi swasta dua hari lepas. Akal berputar, cuba menghubungkan sel-sel otak tanpa bantuan Anmum Essential. Mengingat kembali lokasi sarap terdekat dengan klinik. Oh yeah, roti canai.

........................................................................

Tepat pukul 10 pagi, kereta diparkir tidak jauh dari klinik. Masih tutup. Bosan. Gigi reput diraba-raba. Haish! Melekat jugak pejadah roti canai ni. Biar doktor je la yang buangkan nanti...grrrr.

Selang 20 minit, muncul seorang gadis membuka pintu klinik. Lagaknya tidak seperti seorang doktor. Mungkin gadis yang menjawab telefon abam tempoh hari.

........................................................................

"Encik yang kol aritu ek? Cuba cek nama encik. Betul ke tak".
"Abam Didiy. Betul la ni. Nama abam la ni".

"OK. Encik duduk dulu. Doktor tak sampai lagi ni. Nanti saya panggil encik".
"Baik".

Dada berombak lembut secara tiba-tiba. Fuh...fuh. Nafas dihirup hembus berulang kali. Debornye yob~

........................................................................

Jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Siaran televisyen terasa begitu membosankan. Sempat abam mencuri nguap sekali dua.

"ENCIK DIDIY!!", laungan jauh di hujung sana. Gelap.

Kaki dihayun sedikit ketar. Lutut goyang bak hang.

Terang. Kelihatan sebuah kerusi istimewa tersergam indah di tengah ruang bilik. Besar dan menakutkan. Dua orang gadis bertopeng putih sedia menanti dengan sarung getah menyaluti kedua belah tangan

"Jemput duduk"
"Saya nak buat scaling and polishing. Pastu cabut gigi reput".

Doktor mengangguk tanda faham. Scaling dan polishing berjalan lancar. Sesekali abam disuruh berkumuh. Darah kelihatan dalam setiap ludahan.

Setelah selesai, abam diberi masa selama 5 minit bagi menenangkan diri sebelum rawatan seterusnya. Kesempatan ini diambil sepenuhnya untuk bertanyakan hal-hal berkaitan cabut gigi geraham bongsu. Termasuklah procedure ringkas, tahap kesakitan, komplikasi selepas rawatan serta secebis nasihat doktor untuk bekalan seminggu dua akan datang.

........................................................................


Sejenis jel merah diratakan ke bahagian gusi luar dan lelangit di bahagian dalam. BANYAK SANGAT. Serta merta bahagian yang disapu tadi menjadi pedih berangin. Sedikit jel merah menggelongsor masuk ke celahan oesophagus. Fuh, pedih yang amat. Terbatuk-batuk menahan sakit. Kelat, pedih, sakit, tak sedap langsung.

Setelah menyapu begitu banyak jel merah, doktor duduk termenung di satu sudut bilik. Membiarkan abam meronta menahan rasa tidak selesa. Air paip sahaja yang setia meneman abam berkumuh membuang rasa jelik tersebut.

Selang beberapa minit, doktor menayang jarum di depan mata. Menjentik-jentik membuang udara. Panjang syringe ada la dalam 5 inci.

Wednesday, 11 March 2015

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Part 1 - Introduction)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Pada penghujung tahun 2013, abam berkesempatan untuk membuat scaling dan polishing di sebuah klinik gigi swasta kat Taman Botani, Ipoh. Scaling and polishing adalah proses mencuci gigi daripada sisa-sisa yang tidak mampu dibuang dengan hanya menggunakan berus gigi. Advance cleaning la bahasa mudahnya. Treatment paling menakutkan zaman sekolah rendah dulu...kah3. Dalam treatment tu, abam dinasihatkan untuk mencabut sebatang gigi reput di penjuru atas sebelah kanan.

Masa tu, abah bukan main melenting lagi.
"Apa ni, muda-muda lagi dah kena cabut gigi reput. Kalau dah tua macam abah takpe la", lantang suara abah sedikit tegas.

Setelah mendapatkan penjelasan doktor, barulah kami tahu yang gigi reput tersebut adalah gigi bongsu. Normally, kebanyakan gigi bongsu memang tak survive dan mereput. Macam gigi susu jugak. Reda laaaa balik temper abah pastu..phhewww. Come on lah, abam gosok gigi kot!! 

Hihihihi...


Sisa kopi dan teh...sebelum dan selepas scaling & polishing

Nak dijadikan cerita, setahun selepas itu abam mengalami masalah sisa makanan tersangkut dekat gigi. Bukan celah gigi ye...dekat gigi! Kunyah la kat sebelah kiri bahagian mulut pun boleh sangkut jugak! Hampeh betul. Gigi reput semakin reput barangkali.

Kerimasan keterlampauan ini sedikit menggugat peringkat tertinggi kesabaran abam. Ketahanan mental diuji bertalu-talu. Yela...sehari 3-4 kali makan. Setiap kali makan mesti sangkut punya. Guarantee!! 100% confirm!! Hahahahadoiii...

Sampai satu tahap,
"Mampuih pi la kat hang. Nak sangat duk kat situ", kumam abam dalam hati. PUIHHH! Ludahan kasar pun masih tidak mampu menanggalkan sisa makanan tersebut...

Huhuhuhu...


Kira-kira sebulan yang lepas, tanggal 10 Februari 2015, abam nekad untuk face-to-face dengan dentist and settle this shit up!! "Bring my life back!", bentak abam dalam hati.

Dengan tenang, abam dail nombor telefon klinik gigi yang sama 2 tahun lepas.

"Hello, ni klinik swasta tu ke?"
"Ye saya. Benar encik."

"Saya Abam Didiy. Saya nak buat appointment la Khamis ni, 12 Februari 2015."
"12 Feb ye. Kejap ye. Yang available cuma pada pukul 10am dan 4pm. Appointment tuk apa tu ya, encik?"

"Saya nak cabut gigi reput. Hmmmm, amik pukul 10am la."
"Oh, cabut gigi. Selain tu, ada treatment lain ke yang encik nak buat?"

"Hmmmm. Saya nak buat scaling and polishing sekali la."
"Baik encik. Apa nama encik tadi?"

"Abam Didiy"
"Baik encik Didiy. Khamis, 12 Feb, pukul 10 kat klinik swasta kami."

"Terima kasih...hihihi."

Sunday, 3 August 2014

Masjid 'Tokong Cina' - Masjid Muhammadiah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...


Semalam, abam berkesempatan untuk menunaikan solat asar di sebuah 'tokong cina' kat Tasek, Ipoh.




..............................................................................
 
Bila sekali pandang, memang sebijik macam tokong cina. Masa construction dulu pun, abam ada la jugak lalu kawasan n sekali dua. Memang abam tak sangka langsung akan ada sebuah masjid di tengah-tengah kawasan perumahan cina. Yup...binaan yang serba indah ini adalah sebuah masjid....cina.


Mimbar Masjid
Tempat Wuduk
Kolam Kecil

..............................................................................

Bukan itu sahaja, masjid ini juga cuba menerapkan dakwah dengan seni. Terdapat  pentas khas yang disediakan untuk menyampaikan dakwah dan kesenian.



Dataran Dakwah dan Kebudayaan
..............................................................................



Masjid ini dibina hasil usaha Persatuan Cina Muslim Malaysia (Cawangan Ipoh) yang berpengkalan di Greentown.




Masjid ini baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah pada hari Jumaat, 20 Ramadhan 1435H (18 Julai 2014).
..............................................................................


Nah, abam belanja sikit satu gambar abam dengan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Tasek, Ipoh.

SUKA AKAN ENTRI INI?
JOM CLICK LIKE!

Monday, 14 July 2014

World Cup 2014 Highlights

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Piala Dunia 2014 telah melabuhkan tirainya. Berikut adalah 50 highlights sepanjang kejohanan ini dilangsungkan.

NOTA: Entri kali ni penuh dengan gambar bergerak. Jadi abam nasihatkan biarkan page ni terbukak, gi buat keje lain, selang 30 minit baru baca k.
..................................................................................


1. FINAL 2010 Pada Pertemuan Pertama
Belanda dengan misi membalas dendam telah memanfaatkan segala peluang dengan sebaiknya dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Sepanyol. Kecundang di Final Afrika Selatan 2010 dibalas dengan rogol bergilir-gilir oleh Van Persie dan Arjen Robben.


2. Gol Sendiri Mulakan Kempen Piala Dunia 2014
Gol pertama untuk kejohanan Piala Dunia kali ini dijaringkan oleh pemain Brazil, Marcelo ke dalam gawangnya sendiri.


3. Rekod Penjaring Terbanyak Terburai
Jaringan ini menjadikan Miroslav Klose, penjaring gol Piala Dunia terbanyak dengan 16 gol. (2002 - 5 gol...2006 - 5 gol...2010 - 4 gol...2014 - 2 goal).

4. Magical Foam Diperkenalkan Buat Pertama Kali
Digelar buih magis kerana krim ini akan hilang tersejat akibat perubahan suhu. Buih ini diperbuat daripada campuran air dan butane. Butane akan tersejat lalu meninggalkan air. Sumber : Magical Vanishing Foam


5. Gol Line Technology Diperkenalkan Buat Pertama Kali
Ini adalah kali pertama Goal Line Technology diuji dalam sejarah Piala Dunia. Untuk video penuh, sila ke SINI.


6. Juara Bertahan, Sepanyol Tersingkir Awal
Setelah Brazil pada 1966, Perancis pada 2002 dan Itali pada 2010, kini giliran Sepanyol pula menimpa nasib yang sama. Juara bertahan tersungkur awal di peringkat kumpulan.  


7. Gol Pertama Wayne Rooney
Wayne Rooney pulang dengan dua gol dalam kejohanan kali ini setelah gagal menjaringkan sebarang gol untuk dua kejohanan sebelumnya (2006 & 2010). Gol ini dijaringkan ketika menentang Uruguay pada pertembungan kedua peringkat kumpulan.


8. Flying Dutchman First Edition
Robin Van Persie Amazing Header
Gol Pertama Belanda ketika menentang Sepanyol. Salah satu gol paling rare dan cantik korang boleh tengok dalam World Cup kali ini.


9. Rekod Pemain Bola Terpantas Dunia
Arjen Robben telah memecahkan rekod pemain terpantas dunia yang dipegang Antonio Valencia dengan kelajuan 37.0 km/h. Fuh!!


10. 'Love Bite' Luis Suarez
Luis Suarez kembali dengan insiden menggigit pihak lawan. Ini adalah insiden menggigit yang ketiga dalam kariernya. Mangsa keadaan, George Chiellini.  


11. Sikuan Maut Alex Song
Selain insiden 'love bite', ade jugak insiden menyiku pihak lawan. Mangsa sikuan maut, Mario Manzukic. Song dikenakan kad merah akibat insiden ini.


12. Cooling Break Pertama
Pertembungan Belanda dan Mexico menyaksikan cooling break pertama dalam sejarah Piala Dunia. Suhu ketika itu sekitar 39 degree celcius. Menurut FIFA, Rehat 3 minit diberikan pada minit ke-30 dan 75. Seterusnya 10 minit masa tambahan diberikan di akhir perlawanan. 


13. Costa Rica ke Suku Akhir Buat Pertama Kali
Costa Rica telah menunjukkan persembahan yang sangat menakjubkan dalam kejohanan kali ini. Selain menyingkirkan England dan Italy serta menjuarai kumpulan 'maut' D, Costa Rica juga buat pertama kalinya ke suku akhir setelah menyingkirkan Greece. Mereka akhirnya tumbang di tangan Belanda. 


14. Pertembungan Brazil-Chile Pecah Rekod Twitter
Pertembungan Brazil-Chile merekodkan sebanyak 16.4 juta tweet dalam satu acara secara langsung. Menurut Twitter, setelah pertahanan Chile, Gonzalo Jara terlepas sepakan penalti, sebanyak 389,000 tweet/min telah direkodkan. Sumber: Brazil-Chile Becomes Most Tweeted Sport Events Ever!


15. Flying Dutchman Second Edition
Arjen Robben merebahkan badan untuk menuntut penalti yang membawa kepada kemenangan Belanda. Arjen Robben sendiri mengaku akan aksi rebahan yang dia lakukan...lihat SINI.


16. Tim Howard Pecah Rekod Goalkeeper 
Dalam perlawanan USA menentang Belgium, Tim Howard telah menyelamatkan gawangnya sebanyak 16 kali sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah Piala Dunia.


17. Kesemua Juara Kumpulan Ke Suku Akhir
Ini adalah pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, juara daripada setiap kumpulan melangkah ke peringkat suku akhir.


18. Gaya Rambut Baru Ronaldo
Gaya rambut baru ini dibuat pada perlawanan menentang USA. Corak zig-zag ini menyerupai parut bekas pembedahan seorang budak di Sepanyol bernama Eric Ortiz Cruz. Ronaldo telah membayar kesemua yuran pembedahan Eric berjumlah £50,000.


19. Neymar Patah Tulang Belakang (Vertebrae)
Terjahan Zuniga ini telah menyebabkan Neymar patah tulang belakang sekaligus terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2014. 


20. Penjaga Gol Algeria Teruskan Puasa
Penjaga Gol Algeria, Raïs M'Bolhi tetap meneruskan puasanya ketika menentang Jerman pada pusingan kalah mati. SUMBER: Harian Metro


21. Tim Krul Bermain Semata-Mata Untuk Penalti
Jurulatih Belanda, Louis Van Gaal menukar Jasper Cillessen dengan Tim Krul pada penentuan sepakan penalti. Tim Krul berjaya menempis dua bola untuk memastikan Belanda ke separuh akhir. Dikatakan Tim Krul berlatih selama 7 minggu khas untuk penalti.


22. Pasukan Algeria Menderma Untuk Palestin

Pasukan Algeria berhajat mendermakan bonus $9 juta Piala Dunia mereka kepada rakyat Palestin. "They need it more than us", kata penyerang Algeria, Islam Slimani. Lihat SINI.


23. Pepe Heatbutt Muller
Berang dengan lakonan Muller, Pepe bertindak menenyeh kepala Muller dengan kepalanya sendiri. Pepe dikenakan kad merah akibat insiden ini.


24. Pemain Cameroon Bergaduh Sesama Sendiri
Selain sikuan Alex Song, dalam game yang sama, Assou-Ekotto dan Benjamin Moukandjo pula bergaduh.

25. Penampilan Sulung Bosnia Herzegovina

Meskipun negara mereka sedang dalam peperangan, Bosnia masih mampu untuk menghantar skuad mereka ke Brazil.


26. Jurulatih Argentina Tiru Gaya Michael Jackson
Alejandro Sabella nyaris jatuh ketika secara spontan meniru gaya Michael Jackson setelah sepakan Higuain terkena palang gol sewaktu menentang Belgium.


27. Serangga Di Bahu James Rodriguez
'Belalang' ini muncul ketika James mengambil sepakan penalti menentang Brazil.


28. Messi Still Can't Go Through Courtois
Badi Messi berterusan apabila sekali lagi gagal menebusi gol yang dikawal Courtois.


29. Kekalahan Terburuk Brazil
Ini bukan sahaja kekalahan terburuk dalam kejohanan Piala Dunia kali ini malah juga kekalahan terburuk dalam sejarah Brazil di Piala Dunia.


30. Peminat Paling Sedih
Dikatakan ini adalah peminat paling sedih sepanjang Piala Dunia 2014.


31. Manuel Neuer Funny Mistake
Neuer buat lawak pada penghujung game lawan Ghana...huhuhu.


32. The Dancing Ghana
Asamoah Gyan bersama rakan-rakan meraikan gol kedua Ghana ketika menentang Jerman.


33. Miguel Herrera Celebration
Against Netherlands
Against Cameroon
The last part, sum it up...hehe.


34. Arm Band Tuk Peminat Tegar Belanda
Robin van Persie memberikan arm bandnya kepada peminat tegar Belanda selepas membelasah lunyai Brazil untuk penentuan tempat ketiga.


35. Algeria Ke Pusingan Kalah Mati Buat Pertama Kali
 
Ini adalah kali ke-4 Algeria ke Piala Dunia (1982, 1986, 2010, 2014). Kali ini di Brazil, skuad Algeria berjaya ke pusingan kalah mati buat pertama kali. 


36. Jasper Cillessen Meme Gone Viral
Aksi Cillessen sebelum sepakan percuma Brazil, penentuan tempat ketiga...haha. 


37. David Luiz Menangis
Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva sangat-sangat memberi kesan terhadap keseluruhan persembahan Brazil kali ini.


38. Brazil, Negara Ketiga Bolos 12 Gol Sejak 1974


39. Romero Membawa Argentina Ke Final
Ketangkasan Romero menempis dua penalti ketika menentang Belanda telah membawa argentina ke pentas final sejak 1990. Gambar : Romero tempis sepakan Wesley Sneijder.


40. Sepakan Percuma 'Goosebumps' David Luiz
Sepakan yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang menonton secara langsung...FUH!~


41. Isu Paul Pogba Dan Wilson Palacios
Pogba membalas kekasaran Palacios ke atasnya. Biasalah darah muda...

 
42. Shaheen Si Unta
Shaheen si unta telah menggantikan the 'legendary' Paul si sotong untuk game prediction Piala Dunia 2014. Shaheen dilihat konsisten memilih pasukan yang menang di peringkat awal kejohanan. Namun setelah gagal meramal game Portugal-Jerman, unta ini lebih kerap memilih pasukan yang kalah...lol.


43. Javier Mascherano Si Penyelamat
Ini adalah antara babak paling dramatik selain sepakan penalti sewaktu pertembungan separuh akhir Belanda-Argentina.


44. Neuer Rempuh Higuain
Insiden kekasaran final. Terjahan kuat ini tidak dikenakan sebarang kad kerana Neuer menyentuh bola terlebih dahulu.


45. Golden Glove : Manuel Neuer
Ramai penjaga gol yang menunjukkan persembahan menakjubkan sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini antaranya Raïs M'Bohli (Algeria), Vincent Enyeama (Nigeria), Guillermo Ochoa (Mexico), Julio Ceasar (Brazil) dan Sergio Romero (Argentina). Tapi, Neuer tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.


46. Golden Boot : James Rodriguez
Ini adalah gol keempat James Rodriguez. Antara gol tercantik sepanjang kejohanan kali ini. Meskipun kecundang di peringkat suku akhir menentang Brazil, Rodriguez telah berjaya menyumbat 6 gol sekaligus membawa pulang trofi Golden Boot.


47. Golden Ball : Lionel Messi (Player of the Tournament)

Messi pulang hampa meskipun dinobatkan sebagai Player of the Tournament. Ada yang melabelkan Messi sebagai pemain paling sedih dalam kejohanan kali ini. Maradona pula menyangkal bahawa ada lagi pemain yang lebih layak berbanding Messi untuk anugerah ini...lihat SINI. Well, abam pun setuju dengan Maradona.


48. Gonzalo Higuain Offside Goal Celebration
Higuain meraikan gol offside ketika menentang Jerman di pentas final. The legend says that Higuain is still celebrating...lol~


49. Gotze Musnahkan Harapan Messi
Pemain gantian, Mario Gotze telah menjaringkan gol yang meranapkan impian Argentina umumnya dan Messi khususnya. Tunggu 4 tahun lagi la gamaknya Messi oiii~~

50. Jerman Juara Piala Dunia 2014!!
Konsisten sepanjang kejohanan. Selain merogol tuan rumah di rumahnya sendiri. Tanpa disangkal lagi, mereka sememangnya layak untuk memenangi Piala Dunia kali ini. Ini adalah kali pertama pasukan dari Eropah memenangi Piala Dunia di tanah Amerika Selatan.
......................................................................................


Dan untuk closing, lihat media Korea Utara memberitahu rakyatnya bahawa mereka akan ke final Piala Dunia menentang Portugal. Satu negara kena pusing...lol tuk Korea Utara.


Cukuplah kot 50...hahaha
Anda Suka Akan Entri Ini? Click Like :)