Assalamualaikum w.b.t.
Setahun di KMPk merupakan pengalaman penuh nostalgik...
Baik manis mahupun pahit...
Hampir setiap sudutnya bisa membuat kita tersenyum...
Pulang semula ke bumi bertuah ini menjadi impian segenap mantan ahlinya...
kalu musim panaih...berpeluh xhingat |
sekali hujan...BAH terus!! |
Buat semua warga KMPk...
Terimalah sajak pantun dari patik...
KMPk ku
cantik indah dan permai,
Kelilingnya
sawit tiada sungai,
Ada pipit tiada murai,
Ada rumput tiada teratai…
Tempatnya
luas pelajarnya ramai,
Jauh
dekat mereka sampai,
Dari
selatan ke Gunung Jerai,
Dari
barat ke timur pantai…
Guru-guru
si bijak pandai,
Pelbagai
benih ilmu disemai,
Mengajar
mendidik tak kenal longlai,
Tiada
malas tiada lalai,
Sentiasa
tersenyum tatkala menghurai,
Supaya
ilmu semua tercapai,
Bila
diuji dapat dituai…
Wahai
rakan sahabat handai,
Hamba
nak beri nasihat bernilai,
Perjuangan
kita belum selesai,
Jangan
dibiar ilmu berkecai,
Jangan
dibiar maruah tergadai,
Bermain
bersuka masa yang sesuai,
Moga
kejayaan berjaya digapai,
Menara
gading di bulan Julai…*
Ini
sekadar pantun yang santai,
Hanya rekaan
yang cincai-cincai,
Hanya
nukilan yang serabut serabai,
Salah
silap harap diabai,
Mohon
ampun terkasar andai…
-March 2009-
Pantun ini dinukil khas sempena "Pertandingan Mencipta Karya" anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)...
Karya yang menang akan terpilih untuk dimuatkan ke dalam Prodigy atau majalah tahunan KMPK sesi 08/09..
Puisi ini mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut dan sekaligus melayakkan diri untuk dipampangkan diselitkan ke dalam Prodigy tersebut...
Ianya dilampirkan di muka surat akhir Prodigy...
Atau lebih tepat, di kulit majalah tersebut...
Bertemankan gambar seorang lelaki ditiup lembut bayu petang, pantun ini seakan diberi aura yang indah dalam suasana penuh emosi di penghujung semester...
*Kredit tuk designer background*
p/s: Sekarang dak matrix masuk U bulan September...so abaikan "Julai" ni ek...ni pantun lama...hik3 :)