Wednesday, 16 October 2013

DIDCHUKNOW10 [Mid-Oktober '13] - Sistem Rawatan Kumbahan Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Dear fellow readers, welcome to DiDiY's DIDCHUKNOW10!!
DIDCHUKNOW10 adalah entri istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan kupas satu tajuk dan share kat korang semua apa yang abam paham or pelajari. Untuk entri Middle October ini, abam akan kupas mengenai "Sistem Rawatan Kumbahan Di Malaysia" or "Sewage Treatment System in Malaysia".  Hope that you learn something new :)
..............................................................................................

Seiring dengan peningkatan bilangan populasi penduduk di Malaysia, sistem rawatan kumbahan juga semakin meningkat dan canggih. Proses merawat kumbahan ini adalah proses yang sangat penting. Proses ini dapat memastikan kelangsungan sumber air dalam negara khususnya. Sekaligus mengatasi masalah kekurangan air bersih.

Abam ade study sikit pasal sewage sludge , yakni end product of sewage treatment plant masa buat FYP dulu. Thus, abam tau la sikit2 pasal sewage treatment plant kat Malaysia. So, untuk entri kali ini, abam nak share sikit la fakta2 mengenai sistem pengurusan kumbahan di Malaysia.
..............................................................................................



1. Asalnya Menggunakan Khidmat Pencacai
Tanah Melayu, pada asalnya, tidak mempunyai sistem rawatan kumbahan seperti yang kita lihat hari ini. Dahulunya, tandas 'awam' dibina berdekatan dengan sungai. Najis akan terus menjunam ke dasar sungai atau terapung (bergantung kepada ketumpatan najis). Sekiranya sungai jauh menapak kaki, golongan kaya khususnya, lebih selesa menggunakan khidmat pencacai angkat najis. Sistem kumbahan yang lebih sistematik mula diperkenalkan secara berperingkat sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.



2. IST Menggantikan Sistem Primitif
Individual Septic Tank (IST) mula diperkenalkan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tangki najis yang besar dibina di halaman rumah, sesuai untuk rumah banglo yang mempunyai laman. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya mampu menghasilkan primary sludge, yakni sludge pra-matang. Kebanyakan rumah-rumah di kawasan kampung masih menggunakan sistem ini.



3. Sistem 'Kolam' Menampung Populasi Yang Lebih Besar
Aerated Lagoon
Malaysia terus pesat membangun. Populasi penduduknya terus bertambah. Hal ini menyebabkan IST tidak lagi relevan untuk dipraktikkan. Oleh itu, sekitar tahun 1970an, Oxidation Ponds mulai dibina di kawasan2 bandar terancang. Sistem ini mampu untuk memberikan sebahagian rawatan sekunder (partially secondary treatment) terhadap sisa kumbahan. Sistem 'kolam' ini terus berkembang dan sekitar lewat 70an, Aerated Lagoon pula diperkenalkan. Aerated Lagoon ini pula mampu menampung populasi yang lebih besar meskipun dibina dalam kawasan yang terhad.



4. Majoriti Loji Sekarang Menggunakan Sistem Mekanikal
Modified Oxidation Ditch (MOD)
Pada tahun 1980an, loji kumbahan menggunakan sistem mekanikal diperkenalkan. Loji ini mampu melengkapkan rawatan kumbahan sekunder. Sekaligus meningkatkan kualiti sludge yang terhasil. Menurut laman web IWK, lebih 38% loji kumbahan di Malaysia menggunakan sistem mekanikal. Sistem ini adalah sistem terbanyak yang dipraktikkan di Malaysia. Antara sistem mekanikal yang ada di Malaysia adalah, Extended Aeration (EA), Modified Oxidation Ditch (MOD), Rotating Biological Contractors (RBC), Sequenced Batch Reactors (SBR) dan Trickling Filters. Dijangka sistem ini akan terus dikembangkan dan diselarikan (standardized) di seluruh negara.


5. IWK Adalah Syarikat Rawatan Kumbahan Terbesar Di Malaysia
Pada tahun 1994, Indah Water mengambil alih hampir kesemua loji rawatan persendirian yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ketika itu, terdapat lebih 144 syarikat persendirian di seluruh negara yang mengusahakan loji rawatan kumbahan. Pengambilan syarikat-syarikat kecil di seluruh negara ini menjadikan Indah Water, sebuah syarikat rawatan kumbahan terbesar di Malaysia hinggalah hari ini.



6. IWK Adalah Milik Kerajaan Malaysia
Setelah mengambil alih sistem rawatan kumbahan negara daripada syarikat-syarikat persendirian pada sekitar awal 90-an, IWK tidak diswastakan. Malah, bernaung di bawah Kementerian Kewangan Negara. Hal ini dapat menjamin keselesaan kawasan yang didiami rakyat sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar. Dalam masa yang sama, mengurangkan beban rakyat terutamanya dari segi kos rawatan sisa kumbahan.


7. IWK Bukanlah Syarikat Monopoli
Lokasi Loji Rawatan Kumbahan (click for bigger view)
Tidak seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water bukanlah satu-satunya syarikat yang memonopoli industri rawatan najis negara. Lokasi loji kumbahan IWK lebih tertumpu di kawasan barat Semenanjung Malaysia. Seperti yang gambar di atas, warna oren adalah kawasan yang dikelola oleh IWK manakala warna hijau adalah kawasan yang dikelola oleh syarikat persendirian.



8. Sisa Kumbahan Mempunyai 80% Kandungan Air
Sisa kumbahan di Malaysia hanya melalui proses penebalan (thickening) dan penyahairan (dewatering) sahaja. Oleh itu, sludge yang terhasil masih mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu sekitar 80%. Kajian FYP abam juga mendapati, kuantiti air pada sludge di Jelutung, Batu Feringgi dan Bayan Baru adalah sekitar 84-86%. Untuk mengurangkan lagi kuantiti air, teknik pengeringan pula digunakan.



9. Pengurusan Sludge Diabaikan Di Malaysia
Kesemua sistem yang disebut di atas mampu menghasilkan kuantiti sludge yang banyak. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai sistem pengurusan sludge yang lebih sistematik. Kesemua sludge yang terhasil akan dimasukkan ke dalam lori, dan seterusnya dibuang ke tempat pelupusan sampah (landfill).



10. Industri Kumbahan Berpotensi Sebagai Loji Jana Kuasa
Sewage sludge mengandungi kandungan methane yang tidaklah berapa tinggi. Meskipun begitu, jumlahnya masih mampu untuk menampung kegunaan loji rawatan tersebut. Gas methane ini boleh menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan Gas Turbine. Ataupun, dibakar untuk menghasilkan wap air, lalu menggunakan Steam Turbine untuk menghasilkan elektrik....haaa gitu~~
..............................................................................................



REFERENCES

..............................................................................................

Untuk memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai potensi industi kumbahan ini, ayuh sama-sama tonton vid ini..

"The Poop Cycle"

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate setelah lebih 2 bulan berhabuk sawang bagai...lol.
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...

Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~

No comments:

Post a Comment