Thursday, 31 October 2013

DIDCHUKNOW10 [End-Oktober '13] - UTP Academic Complex

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Welcome to DIDCHUKNOW10, entry End-Oct 2013!!
DIDCHUKNOW10 adalah entri istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan kupas satu tajuk dan share kat korang semua apa yang abam paham or pelajari. Untuk entri End-October ini, bersempena dengan Convo Abam (walaweh) baru2 nieh, abam akan kongsikan mengenai "Komplex Akademik UTP" or "UTP Academic Complex".  Happy Graduated buat Gen July09 khususnya dan semua warga UTP!!
..............................................................................................


Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) diiktiraf antara universiti swasta terbaik di Malaysia. Graduan-graduannya berdaya saing dan menjadi pilihan popular dalam kalangan industri. Disamping kejayaan ini, tersergam sebuah mercu tanda yang menjadi kebanggaan pelajarnya. Dalam setiap slide presentation mesti ada gambar bangunanan ni. Tak kira la angle mne sekalipun...haha~


Siap dibina pada tahun 2004 di atas tapak seluas 40,000 meter persegi. Bangunan ini lengkap dengan sebuah dewan canselor, sebuah perpustakaan, 16 blok akademik dan dua 'poket' di setiap bucu bangunan yang menempatkan beberapa buah dewan kuliah. 

Bersempena dengan Konvo abam baru-baru nieh, abam nak share sikit la fakta-fakta menarik yang abam jumpa mengenai bangunan ni. Enjoy folks~
..............................................................................................


1. Arkiteknya Sama Dengan Stadium Wembley, London
Stadium Wembley adalah stadium yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak. Stadium yang berpengkalan di London ini menjadi venue utama perlawanan bola sepak bagi pasukan England dan Final Piala FA. Arkitek bagi stadium yang gah di benua Eropah ini, "Foster and Partners" adalah arkitek yang sama melakar atau mereka bentuk Kompleks Akademik di UTP.



2. Reka Bentuk Yang Diiktiraf Dunia
Mercu tanda yang berketinggian 21 meter ini telah menerima Anugerah Seni Bina Aga Khan pada tahun 2007. Anugerah Aga Khan adalah anugerah yang diwujudkan sejak tahun 1977 oleh Aga Khan IV. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai konsep seni bina yang berteraskan ciri-ciri islamik.



3. Bintang Berbucu Lima, Simbol Well-Rounded
Struktuk berbentuk bintang berbucu lima adalah simbolik bagi kualiti dan kecemerlangan akademik para pelajar serta pensyarahnya. Dalam kata lain, simbol well-rounded. Selain itu, bentuk bintang ini juga berkait rapat dengan feng shui dan yingyang. Bentuk bintang ini menjadi ikon UTP untuk menjadi salah sebuah universiti bertaraf antarabangsa sebaris dengan universiti terkenal yang lain.



4. Save Bajet Punca Bintang Tidak Sempurna
Image from Google Map
Berdasarkan sumber yang tidak sahih, bentuk bintang seperti yang dirancang tidak dapat dilengkapkan atas faktor jimat duit. Bukan PETRONAS tidak mepunyai duit yang mencukupi. Cuma UTP masih belum memerlukan blok-blok tersebut. CEO PETRONAS ketika itu, mengambil pendekatan 'berjimat' daripada berbelanja tidak tentu hala. Kos asal pembinaan bangunan dan segala kemudahan adalah sekitar RM600 juta (£100m). Bilakah bentuk bintang ini akan dilengkapkan, masih menjadi tanda tanya.



5. Menggunakan Elektrik Yang Dijana Sendiri
UTP tidak menggunakan khidmat TNB dalam memastikan kelangsungan sumber tenaga elektriknya. Gas District Cooling (GDC) adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan UTP dengan sumber tenaga elektrik. Salah satu lojinya terletak di dalam kawasan UTP. Dengan menjana sendiri sumber tenaga elektrik, maka secara tidak langung, UTP tidak akan dikenakan GST ke atas tarif elektrik (logical speaking).



6. Sistem Penghawa Dingin Yang Centralized
Sistem penghawa dingin yang digunakan untuk Kompleks Akademik UTP adalah "Water-Cooled Air Conditioning System". Sistem ini adalah sistem berpusat (centralized), yakni sistem yang datang daripada satu sumber. Salurannya bersambung di setiap blok akademik. Selain membekalkan tenaga elektrik, loji GDC juga bertanggungjawab dalam memastikan saluran sistem penghawa dingin ini sampai ke segenap kompleks akademik.



7. Reka Bentuk Tidak Mesra Iklim
Kompleks Akademik UTP dipenuhi dengan dinding-dinding cermin yang tebal. Dinding ini bertujuan untuk memerangkap haba dan memastikan suhu bilik sentiasa panas. Selain itu, terdapat batu-batu dilonggokkan di atas bangunan bagi tujuan yang sama. Struktur binaan seperti ini hanya sesuai di kawasan beriklim sejuk dan sama sekali tidak sesuai bagi iklim khatulistiwa seperti di Malaysia. Menurut satu kajian FYP, UTP mampu menjimatkan lebih 70% daripada kos penggunaan elektrik hanya dengan menggantikan dinding konkrit.



8. Strukturnya Binaannya Sesuai Untuk Program Running Man
Disebalik struktur yang gah ini, tersingkap beberapa lorong rahsia di bawahnya. Lorong-lorong ini saling berhubung antara satu sama lain. Jalan rahsia ini seringkali menjadi laluan alternatif ketika adanya event atau aktiviti di dalam Dewan Cancelor. Selain Running Man, 'Clap' Hide And Seek juga sesuai untuk dianjurkan di kawasan ini...hehe.



9. Tiangnya Tidak Dicat
Campuran medium konkrit dan bahan kimia (unknown) untuk membuat tiang tersebut sangat sensitif kepada cat. Cat akan menyebabkan tiang tersebut 'corrode' atau mudah rapuh, retak dan berlubang. Oleh yang demikian, setiap tiang-tiang besar di Kompleks Akademik UTP tidak dicalit sebarang cat.



10. Lantainya Juga Simbolik
Selain reka bentuknya yang unik, lantainya jugak punya maksud tersendiri. Lantai berwarna merah melatari segenap mercu tanda UTP ini. Ianya simbolik warna tanah yang bermaksud mengingati para pelajarnya agar sentiasa merendah diri dan menghargai asal usul mereka.
..............................................................................................



REFERENCES
1. Aga Khan Award for Architecture (AKAA)
2. Universti Teknologi PETRONAS (UTP)
3. UTP Construction Report
4. Lecture Alternative Energy
5. Mr UTP Host - Abam Capik Afandi
..............................................................................................


Bersempena dengan Konvo UTP ke-13 yang telah berlangsung baru-baru ini, nah sedikit buah tangan daripada Abam Didiy...hehehe~~

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...

Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~

 

7 comments:

  1. Replies
    1. alamak ai, dulu masa join UTP Host ade gtau...
      lupe plak, nape capik?

      Delete
  2. poin 7 dgn 8 terbaek haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the compliment...hehe

      Delete
  3. Yang point no8 tu memang epic. Aku ingat lagi first time masuk sorang diri kat bawah tu, hasrat nak ke tandas tapi gelabah mencara hala tuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasenye pengalaman cmtu dirasai oleh sesiapa saja yang penah masuk bawah tu...hehe. Terima kasih kerana berkongsi cerita..

      Delete