Saturday 27 October 2012

DIDCHUKNOW10 [Oktober '12] - Pokok Kelapa

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih POKOK KELAPA sebagai topik permulaan. 10 bahagian pada pokok kelapa dan kegunaannya.
.....................................................................................

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga dikenali sebagai nyiur. Tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada jenis. Terdapat di semua kawasan tropika. Pohon kelapa punya 1001 kegunaan. Moh, kite rungkai misteri ini bersama-sama....

1. Batang kelapa
Masyarakat dahulu menggunakan batang kelapa untuk membuat titi bagi menyeberangi sungai kecil. Batang kelapa juga boleh diproses menjadi sumber kayu seperti papan, dinding dan siling. Dalam jangka masa panjang, batang pokok kelapa dapat menampung kekurangan sumber kayu. Selain itu, batang kelapa mengandungi kandungan karbohidrat yang boleh ditukar kepada gas methanol dan ethanol.


2. Pelepah kelapa
Pelepah kelapa yang mereput menjadi baja semulajadi pokok kelapa. Pelepah kelapa juga menjadi medium takungan air buat pokok kelapa. Pendek kata xsusah langsung la nak jaga pokok kelapa nieh. Serba 'berdikari'...hehehe.
antara kegunaan lain pelepah kelapa :P


3. Pucuk daun kelapa
Kebanyakan masyarakat pedalaman menggunakan pucuk daun kelapa untuk membuat origami yang pelbagai. Pucuk kelapa ni salunye mendapat sambutan time2 raya la. Time tu je orang semangat nak buat ketupat...hik3~~


4. Batang daun kelapa
Batang daun kelapa atau lebih selesa dengan dipanggil lidi boleh digunakan untuk membuat penyapu lidi. Dalam zaman millennium yang serba moden nieh, memang susah nak nampak penyapu lidi ni. Orang semua dah pakai penyapu plastik yang lebih lembut dan efficient. Yang kaya sikit, pakai vacuum je...hik3~~
Lidi jugak digunakan untuk membantu dalam proses penyediaan makanan. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah cara penyediaan satay. Pulut panggang dan tapai pulut juga menggunakan lidi untuk 'mengikat' daun yang membalutinya...

5. Air kelapa
Air kelapa kaya dengan khasiat yang pelbagai. Sering diminum bersama isi kelapa muda. Menurut petua, air kelapa muda mampu menyejukkan badan dan amat sesuai buat pengidap demam panas. Coconut shake pula adalah kolaborasi antara air kelapa dan aiskrim...meleleh beb!! Selain itu, air kelapa yang melalui proses penapaian atau fermentation akan bertukar menjadi Nata De Coco (a chewy, translucent, jelly-like food product).
Nata De Coco...gua syak ade antara korang yang g beli bende ni pasni.....hehehe

6. Isi kelapa tua
Dalam banyak2 bahagian pada pokok kelapa, part ni la yang paling banyak kegunaannye. Minyak kelapa datangnya dari part ni la...
isi kelapa tua harus diparut dahulu


Isi kelapa tua atau lebih selesa dengan panggilan kelapa parut memang banyak gunanya. Kuih seri ayu, lepat pisang, lepat ubi, kuih sagu, kuih kuaci, kuih ketayap, kuih lompang, kuih gula melaka dan pulut panggang adalah antara kuih-muih tradisional yang menggunakan kelapa parut.

Andai diperah, keluar cecair putih yang digelar 'santan'. Santan ni pelengkap hampir semua jenis masakan melayu - masak kari, masak lomak cili api, masak rendang, masak kurma...

Goreng kering kelapa parut pada api yang kecil sehingga bertukar kecoklatan. Selepas itu, kisar kering bahan tersebut sehingga keluar minyak. Kelapa parut dah bertukar jadi kerisik!! Kerisik ni normally orang buat masak rendang, kurma, kari dsbnya.

Tak cukup??? Ade lagi...
Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak. Gunakan api sederhana kecil. Bila kelapa hampir kering & kekuningan, masukkan tepung beras secukupnya...jgn terlalu byk. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika. Nak tau pe jadi??
jadi sagon bhai~~ hik3


7. Tempurung kelapa
"Bagai melepaskan batok di tangga" ~~ peribahasa yang sangat dekat dengan kita. Batok ni bukanlah "uhuk3" ataupun "haktuih". Batok ni orang dulu2 pakai tuk ceduk air dalam tempayan buat basuh kaki sebelum naik ke rumah. Penghujung batok tersebut diperbuat daripada tempurung kelapa.
batok yang dimaksudkan
Tempurung kelapa juga dikomersialkan melalui aneka kraftangan. Ade dompet tempurung kelapa kalis hentakan bak hang!! Dikatakan tempurung kelapa boleh diproses untuk dijadikan bahan penghalau nyamuk.


8. Sabut kelapa
Sabut kelapa ni boleh kate cam kulit kelapa la. Tebal dan berbulu. Normally orang biar reput je bende alah ni. Buat baja pokok kelapa tu sendiri. Sabut kelapa ni leh buat halau nyamuk tau. Korang bakar je bende ni, kasi barrarized. Nyamuk memang xdekat punya.

Dalam dunia serba moden ni, sabut kelapa semakin mendapat sambutan. Buat kusyen la, tilam la. Comfortness dy setanding kekabu. Cume berat la nak handle dengan kudrat 4 kerat. Tambah2 time tukar cadar...hik3~~


9. Mayang kelapa
Mayang kelapa adalah bahagian yang bakal tumbuhnye buah kelapa. Basically, lokasinya terletak di puncak pokok kelapa. Kat mayang kelapa ni la, nira kelapa diperoleh. Mayang kelapa yang sesuai, dipotong serong dan diikat supaya tidak pecah. Kemudian, bekas plastik digunakan untuk mengumpul air nira yang menitik. Nak bagi penuh satu botol plastik ni mengambil masa lebih kurang 12-14 jam.

Air nira yang diperam beberapa hari pula akan bertukar menjadi tuak (sejenis arak). Tuak yang diminum berlebihan akan memberi kesan yang tidak jauh bezanya dengan arak. Kalau dibiarkan lebih lama lagi, nira ini akan menjadi masam dan bertukar menjadi cuka semulajadi. Perghhh...banyak tul pertukaran...hik3~~

Antara produk yang boleh dihasilkan dengan menggunakan nira kelapa adalah nira jelly dan gula melaka. Air nira sangat popular di Pantai Timur. Senang nak cari la compare dengan tempat lain. Tambah2 kat pasar Ramadhan diorang, toleh je dah nampak...hik3~~

Bile duk sebut pasai nira ni, teringat plak cite abah. "Tok aki abam dulu xmampu nak beli gula. Bile opah nak buat kuih raya, tok aki akan cari nira kelapa sebagai pengganti gula. Kemanisannye tidaklah jauh berbeza. Lalu suasana raya dinikmati dengan gumbiranya"~~the end.


10. Umbut kelapa
Umbut kelapa juga terletak di puncak pohon kelapa. Lokasi spesifiknya adalah di tempat pelepah kelapa bertenggek. Buang kulit dy...dalam tu la umbut kelapa.
sebelum buang kulit
Kalu nak amik bahagian umbut ni, kene tebang terus pokok kelapa. Ye la, pelepah, daun sume dah buang. Camne nak buat proses photosynthesis kan?? So, agak rare la nak jumpe bende ni sebab jarang sekali pohon kelapa ditebang...ye dak??
selepas buang kulit
Umbut kelapa selalunye dibuat campuran dalam masakan melayu terutamanya kari. Rasa dy tak jauh beza dengan ubi...lemak2 sikit. Penah dengar cerita abah. Kenduri xckup daging. Umbut kelapa diracik halus untuk menampung kekurangan daging. Sekali pandang cam ade banyak daging...hik3~~

.....................................................................................


Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Anda suka entri ini??
Ade cadangan atau pendapat untuk DIDCHUKNOW10 bulan depan??
Sila utarakan di ruangan komen...terima kasih :)


Wednesday 10 October 2012

15 sebab nape study kat U lebih baik daripada internship

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Untuk entry kali ni, aku nak kongsikan sikit pasai "15 sebab nape study kat U lebih baik daripada berlatihan industri".
Hik3~~
.............................................................................................



1. Kelas bukannye start kul8 pagi setiap hari
Secara azalinya, bangun awal ni bukanlah tabiat yang normal bagi seorang pelajar universiti...tambah2 aku ni haaa. Kalu korg pasan, hari yang kelas start lambat adalah hari yang seringkali didambakan para pelajar. Bile susun jadual, bukan main lagi nk lewat sikit la, one day off la...hik3.
Student's reaction

2. Kelas tak abis kul5 petang setiap hari
Omangai!!~~ Ponat dowh hari2 camni. Dah la tak produktif. Teringat jaman sekolah. Salunye balik kul5 ni sebab ade kelas tambahan je, xpun ade aktiviti kokurikulum...hehehe. Kelas2 petang ni salu orang skip je tau. Universiti FTW!!~~

3. At least, ade gap in between classes
Yang ni mmg gua terasa sangat2 akan kehilangannye. Gap in between classes!! Time ni la nak sarap ke, on9 ke, bayar saman ke, jumpe awek jap ke kaaaannn~~~
Kalu internship, kene buat gap sendiri. Tapi rase cam curi tulang la plak...uhuk3

4. Xde orang assume ko tahu semua bende
"Haih, kate belajar kat UTP. Takkan mechanical seal pun xtau kot??"
Sebagai seorang pelajar universiti, they always give you high expectation. Seolah-olah, ko top scorer kat U. And even worst, they expect you to know almost everything. The walking encyclopaedia. Well, at least the basic...

5. Ko dah ade jadual tetap setiap hari
Bile dah ade fix schedule ni, hidup ko akan lebih sistematik dan organize. Mungkin ade sesetengah dari kite yang sukekan flexibility dalam menguruskan masa. Aku plak, lebih selesa dengan rutin harian.
Time intern kadang2 ko buat banyak bende dalam satu hari. Satu page logbook pun xckup ko goreng. Kadang2 ko xuat pape pun. Duduk, on9, makan, men game....abis satu hari~~haih

6. Bila ko tanya lecturer, diowg cube gak jawab :)
Sebagai student uni, kita dilatih untuk bertanya bila xtau atau xpaham kan?? Dilatih bhai!! Siap lecturer kritik lagi kalau ko xtanya.
Kalu time intern, ko xleh tanya banyak sangat. Bukan semua orang suke jawab soklan ko. Kebanyakan engineer lebih selesa bersikap 'cool' je. Sekali ko tanya, diowg bagi 100 pdf!! Hamik ko...tanya la lagi!!~~

7. Takde istilah curik tulang
Masa keje...ko kene keje. Kalau boleh, g site tiap2 hari. Jangan duk mengular kat facebook...uhuk3. For the record, aku leh simpulkan di sini yang aku curi tulang tiap-tiap hari...haiyoyo, very bad record la dey.

8. Nak buat bising time makan pun xde orang peduli
Ni agak kelakar sebenarnya. Baru ni, trainee kene sound sebab bising time makan. Ala, sembang ade kalanya menghiburkan...tawa berdekah-dekah bile ade lawak spontan.
Lain sangat kalau nak compare dengan kafe UTP, hiruk pikuk bak hang!!

9. Datang lambat tak perlu bayar saman
Kat uni, asal datang pun dah ckup baik. Malah, 10% kelas dibenarkan ponteng lagi.
Aku kat sini, boleh kate hari2 rushing. Almaklum la...pagi2 ni gua malas sikit nak bangun. Tekan snooze 5-6 kali...hahaha. Kalau lambat barang seminit, lebur RM5 bhai. Sepanjang 4 bulan intern ni gua dah lambat 3-4 hari. Tapi, tuk bulan oktober ni saje...dah 3 hari gua lambat and still counting!! Mampuih~~


10. Ko nak makan pukul bape pun xkisah
Ni aduan susulan selepas hal bising kat kafe...hehehe. Aku personally agak tak selesa dengan aduan sebegini.
PETRONAS mengamalkan system flexi hours (7-9am). Ko datang awal, ko leh balik awal. Camtu la jugak sebaliknye. Cam kitorang ni WAJIB datang kul8. Xde flexi2 hours nieh...kasi seragam tuk semua trainee. Senang nk kutip duit datang lambat hujung bulan karang...hehehe.
So, basically kitorang pakai lebih kurang 20minit kat kafe tuk sarap. Paling lambat 8.20am kitorang dah ade kat office. Yang ni pun korang nk kecoh masuk keje lambat?? Haktuih~~

11. Ko xperlu nak usung kat matrik ko sepanjang masa
Kat UTP, kad matrix digunakan tuk pinjam buku kat library, to face final paper, bayar saman tertunggak sebelum final paper dan tuk refer alamat UTP kat belakang kad bile nak pos surat permohonan internship je.
Bile dah keje nieh, penggunaan kad matrix ini dianjak ke tahap yang lebih serius. Antaranya punch or swipe card....cek attendance bhai!!~~
kalu xbawak....boleh la rangka2 nak amik MC...hik3~~
 
12. Xperlu pakai smart2 nak g keje
Smart attire menjadi satu kemestian bile intern nieh. Baju kemeja bersulam tali di leher, diapit seluar slack hitam. Segak lagi bergaya. Pakaian camni korg sendiri tau la kan, kene gosok sokmo tuk mengekalkan gaya, mutu dan keunggulan pakai tersebut. Aku kat Ethylene, kene pakai jaket biru setiap hari. So, xde gosok2 baju...hehehe.
Hal ini amatlah jauh berbeza dengan alam universiti. Kat u, ko pakai t-shirt round neck, seluar taekwondo, selipar jepun pun leh g kelas tau (kalu pakgad xdapat kesan la...hehehe).

13. Plagiarism is your game
Plagiarism atau plagiat ni is kind of engineering student's habit actually. Sape xsuke jalan mudah kan?? Muehehe... Hal tiru meniru nieh lebih menjurus kepada weekly assignments dan lab report je la mostly. Plus, meniru kat uni ni lebih bersifat peribadi. Ko tiru...ko tanggung.
Unlike bile ko intern, hampir setiap trainee diberi task yang berbeza. So, payah sikit nak 'kongsi' report dan sebagainya (kecuali final report...hehehe). Bile diberi task yang berat2, dikuatiri tersalah fakta dan seterusnya memberi impak negatif kepada company ko....mampuih~~

14. Xde orang nk supervised ko tiap2 hari
Aku lebih selesa menggunakan istilah 'mata-mata' dalam hal ni. You're being followed!! Tambah2 ade label "TRAINEE" kat belakang baju. Bukan hanya diperhatikan oleh supervisor, bahkan kakitangan yang lain. Kalau nak bagi keje, gua xksah sgt. Tapi kalau nak cari salah gua...gua ade rasa sikit kurang senang.
Kalu imbas kembali hidup kat UTP, nobody cares dude!! You are on your own... 

15. "Class cancelled"
Dua perkataan yang bisa mengubah mood seorang pelajar dalam sekelip mata...
Istilah ni mne ade time intern...
Hik3~~
.............................................................................................


Secara jujurnya aku rasa kurang senang dengan entri kali ni. Dah 4 bulan aku intern. Aku rasa dah semakin selesa dengan hidup aku kat sini. So far xde la teruk mana seperti yang cuba aku gambarkan...huhuhu



Anda suke akan entri ni??
Ade pandangan atau cadangan lain??
Sila utarakan di ruangan komen...terima kasih :)