Tuesday 25 December 2012

Skidding is no Kidding

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Musim hujan sememangnya teman sejati penghujung tahun masihi di Malaysia. Fuh, hujan rahmat!! Banjir pulak ada di mana-mana. Tambah-tambah belah pantai timur ni haaaa...Teganu kite mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak setakat nieh...
Aku ucapkan TAKZIAH buat mereka...

Bagi kawasan yang mempunyai sistem perparitan yang efficient lagi magnificent...air pulak mula menakung kat jalan. JKR pandai tul uat jalan...lopak sana la...lopak sini la. Dan keadaan lopakan yang melata ni, tercetuslah fenomena yang tidak asing bagi kita...iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA.
"Jadi ape kaitan lopak air, JKR dengan kemalangan?? Hang duk sembang pasai pa nieh??", tingkah seorang pembaca ~DiDiY's Blog~.

Sabaq wahai pembaca yang budiman...aku baru nak panas badan. Ce lek~~hik3


Kemalangan yang melibatkan lopak air ini lebih dikenali dengan 'skidding'. Bukan se-kidding (satu gurauan) ye...
Menurut Dr Google Translator...skidding ini bermaksud 'tergelincir' (as per attached below)

Tergelincir ni berlaku pabila tayar kenderaan tidak bergolek atau berputar di atas jalan. Tayar tersebut memilih untuk meluncur atau terbang di atas lopak air yang dilanggarnye tadi. Xde la meluncur cam surf boarding tu. Luncur sikit je. Tapi terkezut la jugak. Ye la...situasi sebegini selalunya berlaku secara tiba2. Sedar2 je skidding. Nak lebih suspen, skidding ni susah gler nak control.

Kemalangan yang berlaku dekat selekoh IKBN ni boleh kate the latest so far...leh bace kat SINI.
Aku share cite kemalangan ni sebab aku sendiri pun sangkut kat lokasi kejadian. On the way nak balik Dungun. Kawasan tu mmg banyak lopak air. Besar kemungkinan penyebab utama kemalangan. Sangkut dalam kul3pagi camtu, sampai rumah kul5pagi...tu pun last minit decide ikut jalan jauh...fuh salamat~~
.............................................................................................


Korang nk tau nape aku kate skidding susah nak control?? Aku leh bagi 3 sebab...


1. Kelajuan
Kalau ikot hukum fizik la kan, skidding ni hanya akan berlaku sekiranya kenderaan dipandu melebihi certain kelajuan. Musim lopak air ni, bawak 60-70km/h sudey...80km/h pun dah kire laju la brader. Hal ini bertambah buruk dengan ketidak beradaan AES di kawasan lopak yang kritikal ini (abam sebenarnya sokong 100% AES ni...trololol).

Let say, kenderaan dipandu 110km/h. Ttbe skidding atas lopak air, fast lane plak lagi. Terbang lepas divider masuk lane sebelah...skidding lagi, terpusing-pusing 540 darjah. Mau xnaya??



2. Bunga tayar kurang cengkaman
Bunga pada tayar juga memainkan peranan penting dalam memastikan tayar senantiasa di atas jalan. Tayar yang awesome bisa membelah lopak air tau...haaaaa.
wet weather tyre
Bile tayar dah duk atas jalan sokmo, baru la senang nk kawal kenderaan...xde skidding2. Ni x...MELUNCUR atas air la...TERBANG la. Tayar yang kurang bunga lebih mudah untuk tergelincir berbanding yang banyak bunganya. Oleh itu, tukar la tayar yang kurang bunga tuh. Tingkatkan keselamatan anda dan keluarga anda!!



3.Visualisasi yang kelam <---- 'ayat poyo nak mampus'
Hujan lebat tanpa henti kadangkala membantutkan kejelasan si pemerhati. Tambah-tambah2 waktu malam yang kelam. Lopak-lopak air yang melepak atas jalan ni sukar tuk dikesan. Almaklum la...warne langit same dengan warne jalan. Pemanduan yang kurang berhati-hati boleh mencelakakan diri pemandu berkenaan. Sedar-sedar je...pecelup, langgar lopak air. Nak lebih tragis...lubang air!!
.............................................................................................


In konklusi, aku sarankan di sini agar lebih berhati-hati ketika memandu dalam kondisi bahaya sebegini. Elakkan overconfident dan rushing dalam pemanduan. 
Awas!! Ini mungkin terjadi kepada anda~~ :)



Sukekan entry ini?? Click like :)

Sunday 9 December 2012

DIDCHUKNOW10 [November '12] - Air

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.
DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih AIR sebagai topik November '12. Moh le yob!!~~
...............................................................................................
Air (english:water) juga dikenali dengan molecular formula, H2O. Air merupakan antara keperluan manusia yang utama. Lebih dua per tiga daripada permukaan bumi diliputi air.
...............................................................................................



1. Ais berstruktur mengembang
Seperti yang kita sedia maklum, pepejal lebih berat daripada cecair tetapi tidak pada air. Ais tidak tenggelam di dalam air. Hal ini disebabkan oleh struktur molekul ais itu sendiri - TETRAHEDRAL.

Air yang mengeras, secara perlahan menarik hydrogen atom ke lone pair electrons of oxygen atom (covalent bond) . Manakala, "imaginary" Hydrogen bond pula terbentuk antara hydrogen atom. Akhirnya struktur tetrahedral terhasil. Struktur ini sedikit mengembang sehingga membolehkan udara terperangkap di celahnya. Dan hal ini menyebabkan ketumpatan atau density ais itu berkurangan sekaligus mengurangkan berat ais itu sendiri.



2. Bunyian mempengaruhi keaktifan molekul air
Banyak kajian telah dibuat berkenaan kesan bunyi terhadap air. Ni antaranye...CLICK SINI dan SINI. Ni plak cite air campur tepung jagung jadi hantu. Tapi, ape yang abam cuba yang kongsikan di sini adalah kajian yang dibuat oleh seorang saintis barat. Dia telah menguji reaksi air dengan beberapa jenis bunyi dan muzik - antaranya rock, pop, etnik kreatif, jazz dan sebagainya.
Ape yang lebih menarik, alunan ayat-ayat suci Al-Quran juga diuji ke atas air. Dari kesemua bunyian yang diuji, ayat Al-Quran membuatkan air bergerak jauh lebih aktif berbanding bunyian lain.
Badan kita mempunyai 80% kandungan air. Apa yang kita dengar, bunyian di persekitaran kita sebenarnya mempengaruhi sifat dan sikap diri kita. AYUH perbanyakan bacaan Al-Quran dalam aktiviti seharian...!!



3. Tsunami tertinggi dalam sejarah
Ombak besar atau bahasa Jepunnya, Tsunami (bukan ombak rindu) merupakan keganasan air yang bisa menggerunkan sesiapa sahaja. For the record, tsunami terbesar berlaku di Lituya Bay, Alaska pada 9 July 1958.

Pokoknya, mega tsunami kat Lituya Bay ni berlaku disebabkan oleh gempa bumi di sepanjang Fairweather Fault dekat Alaska Panhandle. Gempa bumi ni mencetuskan ombak besar berketinggian 1720ft atau 524m dari aras laut. Lebih tinggi dari menara KLCC (1483ft/451.9m) bak hang!!
Tapi, tsunami yang besar tidak semestinya mengorbankan banyak nyawa. Tsunami yang paling bahaya adalah tsunami di Acheh 8 tahun lepas. Tsunami ini telah menyebabkan kehilangan nyawa lebih 230,210 orang (168,000 kat Indon sahaja).


 
4. Banjir terbesar dalam sejarah
Banjir terbesar dalam sejarah pula berlaku di Huang He (Yellow) River, China. Sungai ni telah mencatatkan banyak sejarah banjir besar. Empat rekod banjir terbesar dalam sejarah dipegang sungai ini. Walaweh!!
Ni bukan sungai Huang He ye...ni sungai Yangtze kat China gak
Banjir terburuk yang pernah berlaku kat Sungai Kuning ni telah mengorbankan lebih 3 juta penduduk cina di sekitarnya. Peningkatan jumlah air pada sungai ini adalah disebabkan oleh kandungan keledak atau lumpur yang banyak di dasar sungai. Plus, penduduk setempat susah nak larikan diri dek kepadatan penduduk yang terlalu tinggi pada masa kejadian ini berlaku.




5. Air terjun paling tinggi di dunia
Air terjun paling tinggi di dunia adalah air terjun Salto Angel, Venezuela. Berketinggian 979m. 

Gayat nak mampuih, tapi pemandangan sekelilingnya....cantik. Tuk lebih gambar air terjun tertinggi di dunia nieh...sila ke SINI.


 
6. Air zam zam - air paling unik
Air zam zam adalah sebuah perigi Nabi Ismail a.s. Menurut para ahli sejarah, kisah air zam zam ini bermula daripada peristiwa yang dialami oleh Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s. Mereka berdua ditinggalkan oleh suaminya, Ibrahim a.s. di suatu tempat yang sepi dan tandus. Pendek cerita, telaga zam zam ini digali oleh Malaikat Jibril dengan menggunakan tumit atau sayapnya. 

Air zam-zam mempunyai 12 manfaat:-
- Syaba'ah = Mengenyangkan
- Nafi'ah = Memberi manfaat
- Maimunah = Keberkatan
- Mahmudah = Kebaikan
- Mu'dzibah = Mencegah rasa dahaga
- Hazmatu Jibrail = Keluarnya pijakan tumit Jibril
- Murwiyah = Menyegarkan
- Afi'yah = Menyihatkan
- Barrah = Memiliki kebaikan
- Kaafiyah = Mencukupkan
- Syifa' Saqadim = Menyembuhkan penyakit
- Maghfirah = Keampunan

Kalu ade kesempatan ke tanah suci Mekah, pas la sikit air zam zam kat abam yerk. 



7. Air dijadikan alat penimbang
Air juga boleh digunakan untuk menimbang. Tapi tak la betul2 accurate. Well, at least ade solution kn...hehehe. Air berketumpatan kira-kira 1000kg/m^3. Dalam kata lain, satu CUBE seberat 1tan berukuran 1 meter setiap sisi.
tuk visualize learner...terima kasih :P

Untuk menjadikan process mengibang ini boleh dipraktikkan. Mula2 korang amik la botol air (recommended: ikot saiz barang yang nak ditimbang). Yang ade lable berat dan isipadu sangat digalakkan. Main sikit dengan matematik sebab nak tally dengan density air. Ala, pakai cucuklator je punnnnn. Then, pegang barang yang nak diimbang di tangan kiri. Botol air di tangan kanan. Haaaaa...agak2 je berat bape, selamat mencube....hik3~~


 
8. Air membasahkan, wap air mengeringkan
Abam nak sangat kata air ni unik. Air itu sifatnya membasahkan. Manakala wap air atau steam pula bisa mengeringkan. SubhanALLAH....perghhhhh....fulamak!!
Steam-heated dryer cans

Industri pembuatan kertas menggunakan superheated steam untuk proses pengeringan kertas. Dan proses ini menghasilkan kertas yang jauh lebih berkualiti berbanding proses pengeringan menggunakan api (direct heat).



9. Air wuduk mensuci diri
Selain air zam-zam, air wuduk juga merupakan air yang diberkati ALLAH S.W.T. Selain mensucikan diri daripada hadas kecil, air wuduk juga menggugurkan dosa-dosa kecil. Air wuduk sering dikaitkan dengan ibadah sekaligus mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

Yang lebihnya pasal air wuduk ni, pakai air mutlak je. Xperlu ke tempat tertentu seperti air zam-zam. Tak ke mudah tu...




10.Air mutlak ade 7 jenis
Bile sebut pasal air mutlak tuk buat wuduk nieh, abam terasa nak closing entri kali ni dengan jenis2 air mutlak la....hik3~~
Dalam banyak2 air, air mutlak je boleh buat wuduk. Tujuh jenis air mutlak adalah:-
 - Air Sungai
 - Air Hujan
 - Air Embun
 - Air Laut
 - Air Perigi
 - Air Salji
 - Mata Air

Ada yang bertanya, bagaimana pula dengan air kolam, air terjun dan air tasek?? Apakah boleh dibuat wuduk?? Abam yakin dan percaya, air yang ditanya itu boleh dibuat wuduk. Namun tuk explain lebih2, abam selesa menyerahkan pada yang pakar :)

..........................................................................................



Fuh, maaf atas kelewatan entri kali ni. Abam busy buat slide presentation. Al-maklumla, dah nak abis intern...hehehe. Abam mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai entri abam...



List of Reference:
1. Top 10 most devastating floods in history
2. Tsunami terbesar di dunia 
3. Air terjun tertinggi di dunia
4. Teknologi steam dalam pembuatan kertas 
5. Sejarah kemunculan air zam zam 
  


Terima kasih kerana membaca... :)
Ade pape cadangan untuk entri DIDCHUKNOW10 pada bulan2 akan datang??
Mohon recommend le yob!!
 


Anda suke akan entri ini??
Click like :)