Monday 1 July 2013

DIDCHUKNOW10 [Jun '13] - Matahari

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali dalam entri khas Abam DiDiY edisi Jun 2013. DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih MATAHARI sebagai topik perbualan. 10 fakta menarik mengenai Matahari yang mungkin anda tidak tahu. Selamat membaca~~
................................................................................................

Menerangi alam di kala siang. Cahayanya terang menyuluh bumi yang sebelumnya gelap gempita. Habanya pula menyeimbangi suhu malam hari. Dialah Matahari. Ciptaan Ilahi yang panas lagi hebat.


Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Matahari yang mungkin anda tidak tahu.
................................................................................................


1. Matahari Sebenarnya Adalah Bintang
Meskipun tidak pandai menyanyi mahupun manari, Matahari juga tergolong dalam kategori bintang. Matahari adalah salah satu daripada 200 billion bintang yang terdapat dalam Galaksi Bima Sakti. Matahari merupakan bintang bersaiz sederhana yang juga dikenali sebagai "Yellow Dwarf". For the record, hanya 55% daripada rakyat Amerika tahu mengenai fakta ini. Engkome tahu??



2. Matahari Masih Dipertengahan Usia
Golongan astronomer berpendapat bahawa Matahari terbentuk daripada "Solar Nebula" lebih kurang 4.6 bilion tahun yang lalu. Matahari dijangka akan terus membakar hidrogen bagi menghasilkan tenaga haba kepada kita selama lebih kurang 5 bilion tahun lagi. Seterusnya, Matahari akan melalui fasa "Red Giant". Dalam fasa terakhir ini, Matahari akan mengembang dan 'mengelupas' secara berperingkat sehingga membentuk "white dwarf".



3. Objek Terbesar Dalam Sistem Solar
Matahari mempunyai diameter sepanjang 1,392,000 km (865,000 batu). Saiz ini adalah 109 kali lebih besar daripada Bumi. Menurut beberapa pengiraan lain, 1.3 juta Bumi boleh dimuatkan ke dalam satu Matahari. Sekiranya bumi ini dileperkan, sebanyak 11,990 Bumi diperlukan untuk meliputi luas permukaan Matahari.



4. Objek Terberat Dalam Sistem Solar
Matahari mempunyai jisim seberat 1.989 x 1030 kg. Berat ini merangkumi 99.86% jisim sistem solar. Jisim Matahari terdiri daripada 74% Hidrogen, 24% Helium. Selebihnya adalah elemen-elemen berat seperti Oxygen, Carbon, Iron, dan Neon.

Saiz Matahari yang besar ini mempengaruhi tarikan gravitinya. Tarikan graviti Matahari adalah 28 kali lebih kuat daripada bumi. Hal ini bermakna, sekiranya seseorang itu mempunyai berat sebanyak 80kg di Bumi, maka orang yang sama akan mempunyai berat sebanyak 2240kg di atas Matahari!! Tarikan graviti yang kuat ini juga adalah punca mengapa planet-planet yang lain berputar mengikut orbit.



5. Cahaya Matahari Memerlukan Masa Selama 8 Minit Untuk Sampai Ke Bumi
Cahaya yang kita lihat selama ini adalah cahaya yang dihasilkan oleh matahari 8 minit yang lalu. Jika hampa tengah tengok matahari terbenam, sebenarnya matahari dah terbenam 8 minit yang lepas. Situasi ini juga menyebabkan gerhana matahari tidak akan sama sekali bertahan lebih daripada 7 minit 58 saat (because 8 sec is too accurate).



6. Tompok Hitam
Tompok-tompok hitam atau "Sunspot" ini hanya boleh dilihat dengan menggunakan teleskop. Sunspot terhasil daripada gelombang magnet yang terdapat di atas lapisan photosphere. Bahagian ini dilihat kehitaman kerana ianya 1000 degree lebih sejuk daripada gas sekeliling.
Menurut saintis, sunspot ini adalah punca suar (flare) pada matahari terhasil. Teori tompok hitam pada permukaan matahari ini berbeza sekali dengan jeragat mahupun tahi lalat pada permukaan wajah manusia.



7. Kutub Matahari Boleh Berubah-Ubah
Kira-kira setiap 11 tahun, matahari akan menukar kutubnya. Kutub utara jadi kutub selatan dan sebaliknya. Kitaran ini dinamakan "Solarmax". Fenomena ini berlaku disebabkan medan magnetik matahari itu sendiri yang berubah-ubah. Hal ini juga menjadi punca mengapa sunspot berlaku.



8. Menjana Tenaga Yang Besar!!

Matahari menjana tenaga yang sangat kuat hasil gabungan atom Hidrogen dan Helium. Proses ini dinamakan "Nuclear Fusion". Sebijik macam hidrogen bom!! Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai tenaga matahari...
  • Matahari secara keseluruhannya menghasilkan tenaga sebanyak 386 x 1018MW.   
  • Hanya 94 x 109MW tenaga Matahari yang diterima oleh Bumi kita setiap hari. Tenaga ini adalah 40,000 kali lebih banyak daripada tenaga yang diperlukan oleh Amerika.
  • 100,000,000,000 tan dinamit harus diletupkan setiap saat untuk menyamai tenaga yang dihasilkan  oleh matahari.
  • Kesemua bahan api di Bumi termasuklah arang batu, minyak, gas dan kayu hanya mampu menjadi bahan bakar matahari selama beberapa hari sahaja.
  • Sinaran matahari menyamai sinaran yang dihasilkan oleh 1,500,000 batang lilin.
Matahari akan terus menjadi panas secara perlahan. Menurut kajian, kepanasan Matahari meningkat sebanyak 10% setiap bilion tahun. Dalam beberapa bilion tahun lagi, haba Matahari ini akan menyebabkan Bumi kering kontang tanpa setitis air.



9. Elemen Sembahan Masyarakat Kuno
Masyarakat yang jahil tanpa bimbingan serta ilmu agama yang betul mudah terpesong dengan menyembah apa sahaja yang ada disekeliling. Hal ini termasuklah matahari. Sembah hanya di siang hari.
Pada zaman Mesir Purba, Tuhan Matahari (Ra) adalah tuhan yang paling dominan. Dalam agama Aztec pula, manusia dijadikan korban bagi Tuhan Matahari, Huitzilopochtli and Tezcatlipoca. Di Jepun pula, dewi Matahari, Ameterasu merupakan pemerintah tertinggi dunia. Di Libya, mumia lelaki mahupun perempuan mempunyai tatoo yang melambangkan Matahari sebagai tuhan mereka.



10. Matahari Pemangkin Kelestarian Kehidupan
Jarak antara Matahari dan Bumi ditambah pula dengan putaran Bumi mengikut paksinya menjadikan sistem ciptaan Ilahi ini penuh dengan keunikannya yang tersendiri. Fenomena empat musim, proses fotosintesis, kejadian siang dan malam, proses penghasilan hujan, etc. mungkin tidak akan berlaku tanpa adanya Matahari. Sekaligus membuktikan fungsi significant Matahari terhadap kelestarian kehidupan manusia.
................................................................................................


Berdasarkan brief study yang Abam DiDiY buat nieh. Ketahuilah kita bahawasanya Bumi hari ini panas xhingat bukan hanya disebabkan pencemaran serta penipisan lapisan ozon sahaja. Tetapi, sifat Matahari itu sendiri yang semakin panas dari hari ke hari.

Namun begitu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kehidupan akan datang lebih baik daripada sekarang. Jagalah alam sekitar, kurangkan pencemaran dan inventlah something yang useful demi menjamin kemampanan untuk generasi akan datang.




Reference
1. Sun - Interesting Facts About Sun
2. Amazing Sun Facts
3. Yahoo! - 10 Fun Facts For Kids About The Sun
4. 29 Interesting Facts About The Sun 
5. Facts About The Sun 
6. Sun Facts For Kids 
7. Interesting Facts About The Sun 
8. The Sun
................................................................................................


Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH dan Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam... 

Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~ :)