Friday 1 February 2013

DIDCHUKNOW10 [Januari '13] - Tujuh {7}

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih angka TUJUH {7} sebagai topik perbualan. Tujuh perkara berkaitan alam semesta dan secebis berkaitan akhirat...selamat menimba ILMU :)
.............................................................................................

Angka Tujuh {7} merupakan satu-satunya angka Inggeris yang mempunyai dua suku kata dalam kiraan sepuluh {seven}. Angka tujuh sangat sinonim dengan dunia kita. Ayuh baca sebahagian daripadanya. Secara kebetulan abam baru start Semester 7 di UTP setelah mengharungi liku-liku hidup berlatihan industri~~
.............................................................................................



1. Tujuh Warna Pelangi

Michael Jackson Kill His Brother In USA
Abam percaya korang jugak ade cara tersendiri tuk ingat ketujuh-tujuh spectrum cahaya nieh. Merah--Jingga--Kuning--Hijau--Biru--Indigo--Ungu. Tujuh warna pelangi yang terhasil daripada proses pembiasan cahaya putih. Menghiasi langit setelah hujan yang renyai mula berhenti di siang hari. Keindahan warnanya menenangkan jiwa...begitu terasa keagungan sang Maha Pencipta.
Selain pelangi, pembiasan cahaya ini juga adalah faktor yang menentukan warna langit. Langit kelihatan kemerahan di waktu pagi dan biru di waktu siang adalah disebabkan lokasi matahari pada waktu berkenaan. Pembiasan yang sedikit di waktu pagi menampakkan kemerahan. Manakala pembiasan yang maksimum di waktu siang menampakkan kebiruan.



2. Tujuh Lautan Utama Dunia
Secara umumnya terdapat tujuh lautan utama dunia, seperti yang dilampirkan di atas:
1. Lautan Pasifik Utara

2. Lautan Pasifik Selatan
3. Lautan Atlantik Utara
4. Lautan Atlantik Selatan
5. Lautan Antartik
6. Lautan Artik
7. Lautan Hindi

Yang abam listkan nieh adalah lautan utama je yerk. Jangan tanya nape Laut China Selatan tak masuk dalam list ni. Korang sendiri leh nampak betapa kecik toeknya Laut China Selatan dalam peta dunia...huhuhu~~



3. Tujuh Lapisan Langit (Atmospheric Layers)
Atmosfera bumi mempunyai tujuh lapisan. Kalau xsilap ade dalam buku teks skola tingkatan 2 atau 3. Saintis percaya atmosfera bumi utama hanya ada 4 lapisan - Thermosphere, Mesosphere, Stratosphere dan Troposphere. Lagi 3 lapisan tuh (Exosphere, Ionosphere dan Ozonosphere), adalah lapisan-lapisan 'insignificant' atau nipis berbanding 4 lapisan utama atmosfera bumi. 

"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh langit yang berlapis-lapis" 
(Al-Mulk: 3)
"Lalu Dia menjadikan tujuh langit dalam dua masa" (Fussilat: 12)
"Dan kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?" (An-Naba: 12)


 4. Tujuh Benua

Terdapat 7 benua di dunia:
1. Asia

2. Afrika
3. Eropah
4. Amerika Utara
5. Amerika Selatan
6. Australia
7. Antartika

Australia merupakan BENUA terkecil dan juga NEGARA keenam terbesar di dunia. Manakala BENUA terbesar di dunia pula adalah Asia. Sungai Yangtze adalah sungai terbesar di Asia. Sungai ini juga mencetuskan banjir paling buruk dalam sejarah. Leh lepak kat SINI.



5. Tujuh Lapisan Bumi
Dulu masa kat sekolah, kita diajar yang bumi cume ade empat lapisan je - Kerak Bumi, Mantel, Teras Luar dan Teras Dalam. Tapi hakikatnya, bumi ade tujuh lapisan jugak sama macam langit.

"ALLAH yang menciptakan tujuh petala (langit) dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu" (At-Talaaq: 12)
Melalui kajian yang lebih terperinci, bahagian Mantel yang tebal pulak terbahagi kepada empat - D" Layer, Lower Mantle, Transition Region and Upper Mantle. Jadi konklusinya, lapisan bumi mengikut turutan adalah seperti berikut:
1. (0-40m) Crust - Oceanic and Continental
2. (40-400m) Upper Mantle/Athenosphere
3. (400-650m) Transition Region
4. (650-2700m) Lower Mantle
5. (2700-2890m) D" Layer
6. (2890-5150m) Outer Core
7. (5150-6378) Inner Core
Term lain yang berkaitan lapisan bumi adalah:
1. Lithosphere - nama lain bagi gabungan Crust dan Upper Mantle




6. Tujuh Lapisan Matahari
Selain bumi, matahari juga mempunyai tujuh lapisan. Walau bagaimanapun, lapisan matahari lebih kepada pembahagian lapisan GAS kerana matahari itu sendiri terbentuk daripada gas - Helium and Hidrogen. Susunan lapisan matahari adalah seperti berikut:
1. Corona 
2. Chromosphere
3. Photosphere
4. Subsurface Flow
5. Convection Zone
6. Radiative Zone
7. Inner Zone

Fun fact:
"100 bilion dinamite harus diletupkan SETIAP SAAT untuk menyamai tenaga yang dihasilkan oleh matahari."



7. Tujuh Keajaiban Dunia Terbaru
Tahukah anda, kini terdapat tujuh keajaiban dunia yang terbaru? Peristiwa pemilihan 7 keajaiban dunia terbaru ini berlangsung di Lisbon, Portugal pada 7 Julai 2007. Berikut adalah senarai 7 keajaiban dunia terbaru:
1. Chichenitza, Mexico

2. Christ Redeemer, Brazil
3. Colosseum, Italy
4. Taj Mahal, India
5. Great Wall, China
6. Petra, Jordan
7. Machu Picchu Michu Pikachu, Peru

Pemilihan monumen-monumen ini adalah berdasarkan nilai sejarah, keindahan, kesenian, pandangan arkeologis, complexity serta keteguhan seni bina.



8. Disebalik Tujuh Hari Seminggu
~ Bumi berputar mengikut paksi ---> Satu hari...
~ Bulan beredar mengelilingi bumi ---> Satu bulan...
~ Bumi beredar mengelilingi matahari ---> Satu tahun...

Tapi satu minggu?? Acane kire??? Haaaaa.....
Tujuh hari seminggu ini berasal daripada budaya kuno Babylon dan Yahudi. Mereka meraikan hari ketujuh sebagai 'hari suci' bagi agama mereka. Sebelum ni ade kalander lama yang pakai 8-9 hari seminggu tau. Hal ini disebabkan kiraan fasa bulan yang melebihi 28 hari (29/30 hari). So, ade satu minggu setiap bulan yang kene tambah 1-2 hari.

Joseph Stalin (pemimpin Soviet Union) pernah memansuhkan "HUJUNG MINGGU" pada tahun 1930 untuk meningkatkan produktiviti. Soviet Union kemudiannya mengubah seminggu mereka kepada 6 hari. Tapi, 10 tahun kemudian 7 hari seminggu apply balik kat Soviet Union.

"Tujuh hari seminggu dah jadi standard seluruh dunia"
"No wonder orang xbape gemor nak explain"



9. Tujuh Tingkatan Syurga
illustration purposes
Syurga memiliki tingkat, sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala, artinya,
”(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (QS. 3:163)

1. Syurga Firdaus
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus menjadi tempat tinggal". (Al-Kahfi: 107)


2. Syurga 'Adn
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (saat didunianya dari berbagai dosa)". (Taha: 76)


3. Syurga Naim 
Dijadikan dari perak putih. "Diperuntukkan bagi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal soleh". (Al Qalam: 34, Luqman: 8, Yunus: 9, dan Al-Haj: 56).

4. Syurga Ma'wa
Diciptakan dari jamrud hijau. "Adalah tempat orang-orang yang bertakwa kepada Allah". (An Najm:15)


5. Syurga Darussalam
Diciptakan dari Yakut merah. "Penghuninya yaitu orang-orang yang kuat iman dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah, serta beramal Saleh" (Al An'am: 27).


6. Syurga Darul Muqamah
"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi allah yang telah mengapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri; Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (surga) dan karunia-nya". (Fathir: 34-35)


7. Syurga Al-Maqamul Amin
"Diciptakan dari permata putih. Kediaman orang-orang yang bertakwa". (Ad dukhan: 51)



10. Tujuh Tingkatan Neraka
illustration purposes
1. Jahannam
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.
 

2. Jahim
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran surat As-Syu'araa (26) ayat 91. didalamnya ditempati orang-orang musyrik.
 

3. Hawiyah
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Qori'ah (101) ayat 9-10. didalamnya ditempati orang-orang munafik dan orang-orang kafir.
 

4. Wail
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muthaffifin, ayat 1-3.
 

5. Sa'ir
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain. Di dalamnya ditempati orang-orang Nasrani.
 

6. Saqar
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muddatstsir (26) ayat 26-27,42. didalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.

7. Hutomah
Nama ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat Al-Humazah (104) ayat 4-5. didalamya ditempati orang-orang yahudi.
.............................................................................................



REFERENCE
1. Wiki2 Benua

2. Wiki2 Atmospheric Layer
3. Tujuh Lautan
4. Wiki2 seven-days a week
5. Lapisan Bumi
6. Tafsir Al-Quran
7. Wiki2 Planet

8. Lapisan neraka dan syurga
.............................................................................................


Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...


Anda suka entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce LIKE sikit

2 comments: