Thursday 28 February 2013

DIDCHUKNOW10 [Februari '13] - Tulang Manusia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih TULANG MANUSIA sebagai topik perbualan...sebahagian fakta menarik mengenai tulang manusia...selamat menimba ILMU :)

..............................................................................................

Tulang membentuk struktur badan kita. Tanpa tulang belulang, kita mungkin dikala ini mengesot di atas lantai, lihat sahaja cacing dan lintah. Basically abam sengaja specify tajuk ni kepada tulang manusia. Setiap makhluk terutamanya vertebrae, mempunyai struktur tulang yang berbeza.
................................................................................................



1. Tulang Manusia Lebih Kuat Daripada Konkrit
Tulang manusia sebesar sekotak mancis boleh menampung berat sehingga sembilan tan. Tulang manusia adalah empat kali lebih kuat berbanding konkrit.

NOTE: Konkrit adalah kombinasi simen, air, pasir dan batuan kecil.  



2. Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Manusia Dewasa

Setiap bayi yang baru lahir mempunyai sebanyak 300-350 tulang. Jumlah tulang belulang ini akan semakin berkurangan ketika proses tumbesaran. Ketika berumur sekitar 12-14 tahun, tulang2 kecil ini mula bergabung untuk membentuk tulang yang lebih besar dan kuat!! Manusia dewasa hanya mempunyai sebanyak 206 tulang.



3. Bayi Dilahirkan Tidak Mempunyai Tempurung Lutut (Kneecap)
Meskipun mempunyai tulang yang lebih banyak berbanding manusia dewasa, bayi tidak mempunyai tempurung lutut. Lutut bayi terdiri daripada beberapa tulang rawan (cartilage). Tulang rawan ini secara perlahan akan mula mengeras menjadi tempurung ketika berumur 3-5tahun. Proses pembentukan tempurung lutut ini dinamakan ossification.



4. Lebih Separuh Daripada Tulang Manusia Terdapat Pada Tangan Dan Kaki
Sekiranya bilangan tulang ini dikira mengikut lokasi pada badan, maka separuh darinya hanya terdapat pada tangan dan kaki. Bahagian tangan yang abam maksudkan kat sini adalah tapak tangan (38) sehingga pergelangan tangan (16). Manakala kaki pula daripada tapak kaki (38) sehingga buku lali (14).



5. Coccyx Adalah Ekor Yang Tersembunyi
Coccyx (pronounce kok' sik) atau tulang ekor terletak di bahagian hujung tulang belakang manusia. Berbentuk seakan sabit, tirus di hujung. Beberapa teori mengatakan coccyx ini adalah tinggalan nenek moyang kita yang mempunyai ekor. Terdapat lebih 100 kes bayi yang dilahirkan mempunyai ekor disebabkan wujudnya tulang ini. Sesetengah saintis berpendapat, kewujudan  coccyx ini tidak memberi fungsi significant disebabkan manusia tidak mempunyai ekor.



6. Femur Adalah Tulang Terbesar
Tulang Femur terletak pada bahagian paha manusia. Tulang ini bukan sahaja tulang yang terbesar, malah juga tulang yang terkuat. Tulang ini mampu menampung 30 kali ganda lebih berat daripadanya dengan isipadu yang sama. Apa yang lebih menarik, tulang ini berongga (hollow) dan tidak tumpat. 



7. Stapes Adalah Tulang Terkecil
Stapes atau stirrup terletak pada bahagian tengah telinga. Tulang terkecil ini dianggarkan berukuran 2.8mm panjang. Tulang ini merupakan satu-satunya tulang yang tidak berubah dari segi saiz atau fully grown sejak dilahirkan. Apa yang lebih menarik, tulang ini membantu dalam menghantar isyarat getaran bunyi ke dalam sistem pendengaran kita!!


 

8. Tulang Tengkuk: Manusia = Zirafah
Jumlah tulang tengkuk manusia adalah sama dengan jumlah tulang tengkuk seekor zirafah. Cume tulang zirafah ni tersangat-sangatlah panjangnye!! Tu yang nampak tengkuk zirafah ni menjulor ke ataih. 



9. Tulang Sumsum Menghasilkan Sel Darah
Tulang sumsum atau bone marrow terdapat dalam tulang-tulang yang berongga. Tujuan utama tulang sumsum ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah, darah putih dan platelet. Proses penghasilan sel darah ini dinamakan Haematopoiesis. Tulang sumsum menghasilkan lebih 2 juta sel darah merah setiap saat dan 500 bilion sel darah setiap hari. 



10. Tulang Hyoid Tidak Bersambung Dengan Tulang Yang Lain
Satu-satunya tulang yang 'terasing' daripada tulang lain adalah Hyoid. Tulang yang berbentuk seakan kaki kuda ini terletak di antara dagu dan thyroid cartilage. Tulang ini dipisahkan oleh otot dan ligamen daripada bersambung dengan tulang-tulang yang lain. Tulang ini membantu dalam pergerakan lidah dan ketika menelan makanan.
.............................................................................................


Apabila saluran darah kekurangan kalsium, darah akan menarik zat kalsium daripada tulang. Hal ini lambat laun akan menipiskan tulang dan melemahkan struktur tulang itu sendiri. Kejadian ini menyebabkan penyakit Osteoporosis, menjurus kepada keretakan dan patah tulang.


Nah, sup tulang tuk korang....nyam3
.............................................................................................



Reference
1. Facts about bones
2. 9 amazing bone facts
3. Bone fun facts
4. Bone marrow
5. Hyoid bone
6. 10 incredible baby facts
7. 10 amazing facts about human body
8. 10 useless human body parts


..............................................................................................


Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate... Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri... Wallahua'lam...



Anda suka entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce LIKE sikit

4 comments: