Tuesday 25 December 2012

Skidding is no Kidding

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Musim hujan sememangnya teman sejati penghujung tahun masihi di Malaysia. Fuh, hujan rahmat!! Banjir pulak ada di mana-mana. Tambah-tambah belah pantai timur ni haaaa...Teganu kite mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak setakat nieh...
Aku ucapkan TAKZIAH buat mereka...

Bagi kawasan yang mempunyai sistem perparitan yang efficient lagi magnificent...air pulak mula menakung kat jalan. JKR pandai tul uat jalan...lopak sana la...lopak sini la. Dan keadaan lopakan yang melata ni, tercetuslah fenomena yang tidak asing bagi kita...iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA.
"Jadi ape kaitan lopak air, JKR dengan kemalangan?? Hang duk sembang pasai pa nieh??", tingkah seorang pembaca ~DiDiY's Blog~.

Sabaq wahai pembaca yang budiman...aku baru nak panas badan. Ce lek~~hik3


Kemalangan yang melibatkan lopak air ini lebih dikenali dengan 'skidding'. Bukan se-kidding (satu gurauan) ye...
Menurut Dr Google Translator...skidding ini bermaksud 'tergelincir' (as per attached below)

Tergelincir ni berlaku pabila tayar kenderaan tidak bergolek atau berputar di atas jalan. Tayar tersebut memilih untuk meluncur atau terbang di atas lopak air yang dilanggarnye tadi. Xde la meluncur cam surf boarding tu. Luncur sikit je. Tapi terkezut la jugak. Ye la...situasi sebegini selalunya berlaku secara tiba2. Sedar2 je skidding. Nak lebih suspen, skidding ni susah gler nak control.

Kemalangan yang berlaku dekat selekoh IKBN ni boleh kate the latest so far...leh bace kat SINI.
Aku share cite kemalangan ni sebab aku sendiri pun sangkut kat lokasi kejadian. On the way nak balik Dungun. Kawasan tu mmg banyak lopak air. Besar kemungkinan penyebab utama kemalangan. Sangkut dalam kul3pagi camtu, sampai rumah kul5pagi...tu pun last minit decide ikut jalan jauh...fuh salamat~~
.............................................................................................


Korang nk tau nape aku kate skidding susah nak control?? Aku leh bagi 3 sebab...


1. Kelajuan
Kalau ikot hukum fizik la kan, skidding ni hanya akan berlaku sekiranya kenderaan dipandu melebihi certain kelajuan. Musim lopak air ni, bawak 60-70km/h sudey...80km/h pun dah kire laju la brader. Hal ini bertambah buruk dengan ketidak beradaan AES di kawasan lopak yang kritikal ini (abam sebenarnya sokong 100% AES ni...trololol).

Let say, kenderaan dipandu 110km/h. Ttbe skidding atas lopak air, fast lane plak lagi. Terbang lepas divider masuk lane sebelah...skidding lagi, terpusing-pusing 540 darjah. Mau xnaya??



2. Bunga tayar kurang cengkaman
Bunga pada tayar juga memainkan peranan penting dalam memastikan tayar senantiasa di atas jalan. Tayar yang awesome bisa membelah lopak air tau...haaaaa.
wet weather tyre
Bile tayar dah duk atas jalan sokmo, baru la senang nk kawal kenderaan...xde skidding2. Ni x...MELUNCUR atas air la...TERBANG la. Tayar yang kurang bunga lebih mudah untuk tergelincir berbanding yang banyak bunganya. Oleh itu, tukar la tayar yang kurang bunga tuh. Tingkatkan keselamatan anda dan keluarga anda!!



3.Visualisasi yang kelam <---- 'ayat poyo nak mampus'
Hujan lebat tanpa henti kadangkala membantutkan kejelasan si pemerhati. Tambah-tambah2 waktu malam yang kelam. Lopak-lopak air yang melepak atas jalan ni sukar tuk dikesan. Almaklum la...warne langit same dengan warne jalan. Pemanduan yang kurang berhati-hati boleh mencelakakan diri pemandu berkenaan. Sedar-sedar je...pecelup, langgar lopak air. Nak lebih tragis...lubang air!!
.............................................................................................


In konklusi, aku sarankan di sini agar lebih berhati-hati ketika memandu dalam kondisi bahaya sebegini. Elakkan overconfident dan rushing dalam pemanduan. 
Awas!! Ini mungkin terjadi kepada anda~~ :)



Sukekan entry ini?? Click like :)

No comments:

Post a Comment