Monday 23 June 2014

DIDCHUKNOW10 [Jun '14] - Real Madrid

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pekabor engkome sekalian? Harap semuanya sihat belaka le yob!!
DIDCHUKNOW10 adalah entry istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan petik satu topik then elaborate 10 fakta menarik mengenai topik tersebut. Untuk entri Jun '14, abam akan membicarakan mengenai "10 Fakta Menarik Mengenai Real Madrid".

Real Madrid adalah sebuah kelab bola sepak yang kaya dengan sejarah tersendiri. Dan sebagai peminat 'nombor satu' Real Madrid disamping kejayaan membawa pulang trophy UCL yang ke-10, maka waktu dan saat ini tersangatlah sesuai untuk abam senaraikan 10 fakta menarik mengenai Real Madrid. Semoga pada masa akan datang, kita mungkin boleh sehaluan...insyaALLAH~~
~~!!A Por La Decima!!~~
................................................................................................


1. Sebuah Kelab Diraja
Madrid Football Club ditubuhkan pada tahun 1902. Pada tahun 1920, King Alfonso XIII telah mengurniakan gelaran diraja kepada kelab ini. Sejak hari itu, Madrid Football Club mula dikenali sebagai 'Real' Madrid Football Club dengan lambang mahkota mula terukir di atas lencana. Perkataan 'REAL' merujuk kepada 'ROYAL' dalam bahasa Sepanyol.


2. Kelab PALING KAYA Di Dunia
Buat masa ini, Real Madrid adalah kelab TERKAYA dunia dengan jumlah pendapatan sebanyak US$675 juta setahun. Barcelona dan Bayern Munich masing-masing berada pada tangga ke-2 dan ke-3 dengan jumlah pendapatan kurang daripada US$630 juta setahun.


3. Pemenang Piala Eropah Yang PERTAMA
Piala Eropah mula diperkenalkan pada tahun 1955-1956. Kejohanan tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk menentukan kelab yang terbaik di Eropah. Pada kejohanan pertama, hanya 16 pasukan yang mengambil bahagian dan Real Madrid adalah kelab pertama yang memenangi pertandingan tersebut. Vamos Real~


4. Menang Piala Eropah LIMA KALI Berturut-Turut
Setelah memenangi Piala Eropah yang pertama, Real Madrid meneruskan kecemerlangan dengan membolot kejuaraan yang sama sebanyak lima (5) kali berturut-turut. Dari tahun 1956 sehinggalah 1960. Real Madrid adalah satu-satunya kelab yang berjaya melakukan sedemikian rupa.


5. Rekod Pemain TERMAHAL Dunia
Gareth Bale Goal vs. Barcelona (Copa Del Ray Final 2014)
Polisi Florentino Peréz selain status kelab terkaya dunia adalah antara faktor Rekod Pemain Termahal Dunia dipegang oleh Real Madrid. Bermula dengan Luis Figo (€62m, 2000) dan Zinedine Zidane (€75m, 2001). Selang 9 tahun kemudian, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod yang dipegang Zidane dengan rekod perpindahan sebanyak €94m, 2009. Pada tahun 2013, Gareth Bale dibeli daripada Tottenham dengan rekod baru perpindahan sebanyak €100.


6. Santiago Bernabéu Yeste
Santiago Bernabéu merupakan presiden kelab sejak tahun 1945. Beliau bertanggungjawab membina semula kem latihan kelab selepas peperangan saudara (1936-1939). Pada tahun 1953, Santiago mula mengatur strategi dengan membeli pemain bertaraf dunia dari luar negara dan yang paling menonjol pastinya Alfredo Di Stéfano. Strategi ini berjaya mengangkat Real Madrid di mata dunia pabila merangkul kejuaraan Eropah 5 kali berturut-turut sejak kali pertama dipertandingkan. Kini, nama Santiago Bernabéu terukir pada nama stadium, the home ground of Real Madrid.


7. Pemenang UCL TERBANYAK (10 Kali)
~~This goal will forever be remembered~~
24 May 2014 merupakan tarikh yang bersejarah khususnya buat peminat Real Madrid. Kejuaraan ke-10 (La Decima) yang ditagih sejak berkemarau 12 tahun lamanya akhirnya menjadi realiti setelah membenam Atletico Madrid pada perlawanan akhir di Lisbon, Portugal. Kejayaan ini menjadikan Real Madrid pemenang piala Eropah terbanyak sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1955. 


8. Kelab TERBAIK Sepanjang Abad
Real Madrid telah dinobatkan oleh FIFA sebagai Kelab Terbaik Sepanjang Abad pada December 2000. Pengundian dilakukan menerusi langganan majalah dwi-tahunan Majalah Dunia FIFA. 196 undian berjaya dikutip dan Real Madrid memperoleh 43.35% daripada pengundian tersebut sekaligus merangkul kelab terbaik sepanjang abad (1901 - 2000)


9. The Los Galácticos
Dari Kiri : David Beckham, Luis Figo, Florentino Peréz, Zinedine Zidane, Ronaldo
Polisi Florentino Peréz selaku presiden kelab sejak tahun 2000 untuk membawa pemain-pemain bertaraf dunia ke Real Madrid banyak mengubah landskap kelab. Kehadiran Luis Figo (2000), Zinedine Zidane (2001), Ronaldo (2002) dan David Beckham (2003), Real Madrid mula digelar sebagai The Los Galácticos. Pada tahun 2009, Florentino Peréz membawa Cristiano Ronaldo dan Ricardo Kaká ke Real Madrid dan seterusnya membeli Gareth Bale pada tahun 2013. Hajat dan cita-citanya untuk membina Los Galácticos 2.


10. Kelab Paling BERNILAI Di Dunia
Menurut Forbes' List of Most Valuable Club (updated June 2014), Real Madrid menduduki tangga teratas. Pencapaian kelab dalam liga tempatan dan Eropah disamping dibarisi pemain yang mantap dan digeruni banyak menyumbang kepada kejayaan ini.
................................................................................................


REFERENCE
1. Facebook Real Madrid C.F.
2. Wiki2 Real Madrid C.F.
3. Wiki2 Kelab Bola Sepak Terkaya Dunia
4. Forbes' List of Most Valuable Club
5. Wiki2 UEFA Champions League
6. Cerita 10 kali menang UCL
7. FIFA Club of the Century  
................................................................................................


~Terkaya, Bersejarah, Bernilai, Pemain Termahal, Terbaik~
Itu sahajalah konklusi yang boleh abam buat berkaitan kelab abam, Real Madrid. Abam menyeru kepada yang singgah blog abam ni, ayuh bersama abam menuju UCL ke-11...kui3. Second kit season depan boleh buat hadiah anniversary...pink yob kabor!!~
Second Kit Season 14/15
Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment