Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Pekabor engkome sekalian? Harap semuanya sihat belaka le yob!!
DIDCHUKNOW10 adalah entry istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan petik satu topik then elaborate 10 fakta menarik mengenai topik tersebut. DIDCHUKNOW10 terhenti selama lebih 3 bulan kerana abam sibuk menyesuaikan diri dengan bidang kerjaya yang baru abam ceburi...uhuk3. Seyes blog memang berhabuk!! Tapi xpe. Tuk entri kali ini, abam kembali membicarakan mengenai "10 Jenis Binatang Yang Haram Dimakan".
Mencari yang halal itu merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam. Hal ini termasuklah pencarian sumber makanan. Makanan yang halal bukan sahaja menjamin tumbesaran yang baik bahkan dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Pengharaman sesuatu binatang itu adalah berlandaskan ayat Al-Quran, Sunnah Nabi dan pendapat ulama'. Berikut adalah 10 jenis binatang yang dikategorikan haram untuk dimakan.
..............................................................................................
1. Hidup Dua Alam
Katak, kura-kura, penyu, labi-labi, ketam batu dan belacak adalah antara binatang dua alam yang haram dimakan. Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: "Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang
hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan
dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah
berhati-hati." (ihtiyat)
2. Buas, Mempunyai Taring Dan Berkuku Tajam Mencengkam
Binatang-binatang pemangsa atau karnivor yang memakan haiwan lain seperti harimau, singa, buaya, helang, beruang dan jerung adalah haram dimakan. "Nabi Muhammad S.A.W. melarang memakan setiap haiwan bertaring yang buas dan burung yang mempunyai kuku tajam” (HR. Muslim).
3. Yang Digalakkan Dan Dilarang Untuk Dibunuh
Sebilangan ulama' berpendapat binatang yang digalakkan mahupun dilarang untuk dibunuh adalah haram dimakan. Jenis binatang yang digalakkan bunuh di Tanah Haram adalah burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan cicak. Manakala binatang yang dilarang untuk dibunuh pula adalah semut, lebah, belatuk dan nuri.
4. Yang Memakan Kotoran (Al-Jallalah)
Binatang yang memakan bangkai atau benda-benda kotor yang menjijikkan juga diharamkan untuk dimakan. Antara binatang ini adalah burung gagak, burung hering, biawak, babi, etc. Ala, korang tau la. Dari Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
Crow / Raven / Gagak |
5. Tidak Disembelih Kerana ALLAH
Binatang yang disembelih untuk upacara pemujaan dan kesyirikan adalah haram untuk dimakan. Selain itu, binatang yang disembelih dengan tidak mengikut syara' juga diharamkan. Tambah-tambah pulak yang langsung tidak disembelih, bangkai...lagi la. Hurrmmmmm~
6. Yang Beracun Atau Berbisa
Islam juga melarang umatnya memakan binatang yang mempunyai bisa atau racun. Hal ini kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan. Ular, kala jengking dan lipan adalah antara binatang berbisa yang tergolong dalam ketegori ini. Meskipun begitu, terdapat percanggahan ulama' berkenaan landak.
7. Darah Yang Mengalir
Segala binatang atau bahagian organ yang masih mempunyai darah yang mengalir adalah haram dimakan. Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa,
lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah
darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang
mengalir”.
8. Yang Menjijikkan / Hodoh
Menurut ulama', apa-apa sahaja binatang yang dipandang jijik dan kotor oleh golongan majoriti manusia. Atau dalam kata lain, binatang yang hodoh atau buruk paras rupanya (haih...xsedap hati plak tulis camni) adalah haram untuk dimakan.
Blobfish, World's Ugliest Animal |
Firman Allah SWT:
”...dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157).
”...dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157).
9. Keldai Dan Khimar Peliharaan
Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar
ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulama juga bersepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan
seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda
memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).
10. Yang Jelas Pengharamannya Di Dalam Al-Quran
Berdasarkan surah Al-Maidah, ayat 3, binatang yang jelas diharamkan Allah S.W.T. adalah babi, darah yang mengalir, binatang yang disembelih selain darpada nama ALLAH dan bangkai.
..............................................................................................
..............................................................................................
REFERENCE
..............................................................................................
Soal halal haram adalah soal yang sangat dipandang serius dalam Islam. Meskipun begitu, abam hanya menyenaraikan sebahagian daripada binatang yang haram dimakan sahaja. Sebarang kemusykilan atau penerangan lebih lanjut akan hal ini haruslah merujuk kepada golongan yang lebih berilmu serta berpengetahuan.
Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate setelah lebih 2 bulan berhabuk sawang bagai...lol.
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...
Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...
Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~
No comments:
Post a Comment