Wednesday, 10 April 2013

DIDCHUKNOW10 [Mac '13] - Sumber Tenaga Biomass

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Abam Didiy diberi sekali lagi kesempatan untuk undate entry DIDCHUKNOW10. DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Untuk minggu ni abam pilih biomass sebagai topik perbualan. 10 Sumber Tenaga Biomass...selamat menuntut ilmu~~
................................................................................................
Dalam memastikan kehidupan yang lebih mampan (sustainable), ilmuan seluruh dunia berusaha sedaya upaya untuk mencari kaedah terbaru bagi menjana sumber tenaga elektrik mahupun tenaga haba. Usaha yang berterusan ini adalah langkah awal untuk mengatasi masalah sumber bahan api fossil yang kian merosot dari hari ke hari. Selain itu, tenaga biomass juga digunakan secara meluas dalam sektor agrikultur (pertanian).

Antara renewable energy yang popular ialah biomass. Biomass ialah bahan biologi yang berasaskan organism hidup ataupun mati. Kualiti sesuatu bahan biomass ini bergantung kepada calorific value sesuatu bahan biomass. Dalam kate lain, jumlah carbonaceous content yang ada dalam bahan tersebut. Untuk entry kali ni, abam akan elaborate 10 sumber biomass...
................................................................................................

1. Energy Crop (Tanaman Tenaga)
Pennisetum Purpureum
Dengan teknologi yang serba canggih sekarang nieh, manusia mula menanam tumbuhan yang digunakan khas untuk penghasilan tenaga. Yup, untuk menghasilkan tenaga elektrik sahaja gunanya, bukan tuk makan atau lain-lain. Tumbuhan ini lebih kepada pokok yang tidak berkayu. Antara tumbuhan yang tergolong dalam kategori ini adalah willow, poplar, serta Mischantus dan Pennisetum Purpureum. Tumbuhan tenaga ini akan melalui beberapa proses sebelum menjadi biofuel seperti bioethanol.



2. Virgin Wood (Kayu Dara)
Kayu balak sering kali dibakar secara terus untuk menjana tenaga haba bagi proses pembentukan wap air. Wap air ini pula akan digunakan untuk menjana eletrik (steam turbine). Selain direct combustion, kayu ini juga dipotong kecil untuk melalui proses yang lebih kompleks seperti gasifikasi, pencernaan anaerobik, dsg. Proses-proses ini dapat mengoptimumkan lagi tenaga yang ada pada kayu, sekaligus mengurangkan pencemaran udara. Kayu arang juga tergolong dalam kategori ini.



3. Food Waste (Sisa Makanan)
Sisa makanan seperti tulang, sayuran, buah-buahan, nasi, cili, bawang, cengkih, kulit buah, kulit kayu manis, mee, bihun, roti, dgs. boleh diasingkan ke dalam satu bekas. Bahan-bahan ini perlu dikeringkan sebelum dijadikan baja tanaman belakang rumah. Proses pengeringan membantutkan pembiakan lalat, dan seterusnya menjamin suasana yang lebih bersih dan sihat.



4. Agricultural Waste (Sisa Pertanian)
Sayuran yang rosak
Biomass juga boleh didapati dalam aktiviti pertanian. Sisa pertanian yang kering seperti jerami padi boleh terus dibakar untuk menjana elektrik. Manakala sisa-sisa yang basah pula boleh dicerna secara anaerobik (tanpa oksigen) untuk menjana gas methana. Sisa pertanian yang paling popular di Malaysia adalah kelapa sawit.



5. Industrial Waste (Sisa Industri)
Serpihan kayu atau wooden chip
Selain aktiviti pertanian, sebahagian sisa industri juga boleh dikategorikan sebagai sumber tenaga biomass. Sektor perindustrian ini lebih tertumpu kepada syarikat yang menggunakan sumber tumbuhan ataupun binatang. Sisa toksik tidak tergolong dalam kategori ni ye kengkawan yang abam hormati sekalian. Dan yang pastinya kilang pemprosesan bahan-bahan organik ini menghasilkan sisa buangan. Antara sisa buangan industri yang popular adalah serpihan kayu, sabut kelapa, dsg.



6. Sewage Sludge (Sisa Kumbahan)
Lazimnya, sisa kumbahan dibuang ke tapak pelupusan sampah selepas diproses. Kos logistik seringkali menekan syarikat sisa kumbahan, IWK khususnya. Selain itu, kos penggunaan tenaga elektik daripada TNB juga tidak kurang banyaknye. Secara kebetulan, sisa kumbahan ini mengandungi carbonaceous content yang mencukupi untuk proses pembakaran. Maka ianya tergolong dalam kategori sumber biomass.

Sejujurnya, abam punya FYP menggunakan sisa kumbahan untuk menjana tenaga elektrik. Tapi, abam punya part just proses pengeringan sludge tuh to achieve optimum calorific value. Selebihnye part orang lain...hik3~~



7. Landfill (Tempat Pelupusan Sampah)
Landfill adalah tempat berkumpulnya sampah-sampah daripada kawasan perumahan khususnya di kawasan bandar. Sampah yang dikumpul di sini lebih dikenali sebagai municipal solid waste. Selain itu, sisa kumbahan yang telah diproses juga akan dihantar ke sini untuk dibuang. Apa yang menarik, setelah timbunan sampah ini terperam sekian lama, gas methana akan terhasil secara semula jadi melalui proses pencernaan anaerobic. Untuk mengekstrak gas berharga ini, beberapa batang paip ditanam di bawah tapak pelupusan sampah. Gas methana ini kemudiannya akan disalurkan ke tempat menjana tenaga elektrik.



8. Animal Waste (Sisa Binatang)
Seni Tahi Lembu
Sisa binatang yang abam cube bangkitkan ini lebih menjurus kepada tahi binatang. Kebanyakkannya tahi binatang ternakan seperti lembu, ayam dan babi. Tahi lembu yang telah dikeringkan boleh dibakar, macam bakar kayu je.
Untuk mengoptimumkan lagi tenaga yang ada pada tahi binatang ini, proses-proses seperti gasifikasi dan  pyrolysis digunakan.



9. Algae (Lumut)
Salah satu teknologi terbaru penghasilan tenaga adalah dengan menggunakan alga atau lumut. Lumut adalah organisma yang tumbuh dengan pantas dan berkeupayaan untuk menangkap gas karbon dioksida. Lumut boleh dibiak di dalam kolam, kawasan panas. Walaubagaimanapun, cuaca yang tidak menentu serta gangguan bakteri lain boleh membantutkan pembiakan lumut.
Algae is protected from contamination
Untuk menghasilkan kualiti bahan api yang bermutu maka lumut haruslah dijaga daripada sebarang pencemaran luar. Selepas beberapa proses yang lain, lumut ini akan bertukar menjadi bahan api, biodiesel.



10. Used Cooking Oil (Minyak Masak Yang Telah Digunakan)
Minyak masak yang telah digunakan beberapa kali mengandungi kandungan kalori yang tinggi. Oleh itu, minyak yang tidak lagi mahu digunakan sering kali dibuang terus ke dalam singki. Hal ini sekaligus mencemarkan alam sekitar. Sekiranya minyak masak ini dikumpul dan 'dibersihkan', ianya boleh digunakan dalam enjin diesel.

Rudolf Diesel
Kini enjin diesel lebih sinonim dengan minyak diesel petroleum. Namun, haruslah diketahui bahawasanya sebelum manusia menjumpai petroleum, enjin ini menggunakan minyak sayuran. Pada tahun 1898, Rudolf Diesel telah mencipta enjin diesel yang menggunakan minyak kacang tanah. Kirenye teknologi flashback la nieh~~
................................................................................................

Tenaga biomass adalah tenaga alternatif yang mudah dan murah untuk didapati. Camne xmurah, orang pakat buang...muehehehe.


Reference
................................................................................................

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...


Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih dengan maklumat yang dikongsi. senang nak buat tugasan.

    ReplyDelete