Tuesday 30 April 2013

DIDCHUKNOW10 [April '13] - PRU13 (Parlimen Panas)

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum w.b.t.
 

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai topik perbualan. Top 10 Parlimen Panas yang menjadi perhatian abam pada pengiraan undi 5 Mei nanti...
..............................................................................................

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Pemilihan lokasi pilihan raya parlimen panas ini adalah pandangan peribadi abam sendiri. Sekadar perkongsian di musim pilihan raya yang boleh dikatakan tersengit dalam sejarah.
..............................................................................................



1. P125 - Parlimen Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan sebuah kota pentadbiran negara yang gah dilengkapi prasarana serba moden dan pintar disediakan kerajaan sejak sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan dan ditunjukkan kepada rakyat malaysia sebagai antara nadi kemajuan rakyat Malaysia.
Parlimen yang kukuh sukar tergugat ini tergoncang dengan kedatangan orang kuat PAS. Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) dan Husam Musa (PAS). Kerusi ini abam kategorikan sebagai kerusi terpanas dalam pilihan raya umum kali ini kerana kedua-dua calon bertanding di lokasi pentadbiran negara selain mempunyai kreadibiliti tersendiri selaku pemimpin parti.



2. P108 - Parlimen Shah Alam
Zulkifili Noordin adalah bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu. Beliau merupakan satu-satunya calon lompat parti (PKR-BN) yang bertanding atas pilihan Dato Seri Najib sendiri. Apa yang lebih menarik, keyakinan beliau untuk memenangi kerusi Shah Alam daripada Khalid Samad dilihat sungguh jitu dan tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak sekalipun Tuhan beliau sendiri. Begitu angkuh menongkat langit.
Shah Alam bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Khalid Samad (PAS) dan Zulkifli Noordin (BN). Meskipun keyakinan lawannnya begitu jitu, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat tenang dengan gelagat lawannya. Malah, beliau sempat lagi mengucapkan tahniah kepada lawan beliau....LIHAT DI SINI.



3. P162 - Parlimen Gelang Patah
Bekas ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bakal pulang ke negeri kelahirannya untuk berdepan satu lawan satu dengan penyandang kerusi, Abdul Ghani Othman (BN). Pertandingan di Gelang Patah ini merupakan cabaran paling hebat bagi Lim Kit Siang sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam arena politik tanah air. Hal ini adalah 'simbolik' bahawa beliau tidak ada kesungguhan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sekiranya Lim Kit Siang inginkan kerusi parlimen, Ipoh Timur sudah pasti menjamin kemenangan beliau. Lihat sahaja pada PRU 2004, Penasihat DAP ini mengutip jumlah undi tertinggi dalam kalangan calon DAP sekaligus mengangkat beliau sebagai ketua pembangkang. Apakah keyakinan di Ipoh Timur bakal menggegar Gelang Patah? Sama-sama kita nantikan~~



4. P121 - Parlimen Lembah Pantai
Lembah Pantai terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan ini dimenangi oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar (PKR) pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil (BN).
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, penyandang kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) akan berdepan dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Provikasi Nong Chik ke atas Nurul Izzah sudah kelihatan sebelum penamaan calon lagi. Cabaran Nong Chik di dewan parlimen untuk berdebat hanyalah hangat-hangat tahi ayam.



5. P022 - Parlimen Pasir Mas
Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang juga presiden PERKASA, Ibrahim Ali tidak dipilih oleh Najib Razak untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum kali ini meskipun mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini menyebabkan Ibrahim Ali hilang sabar lantas bertanding sebagai calon bebas.
 
Ketegangan ini akhirnya hilang setelah calon BN, Che Johan Che Pa bertindak untuk tidak menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon. Sekaligus Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Ibrahim Ali (Bebas) dan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh (PAS). Adakah Ibrahim Ali akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat?
 


6. P100 - Parlimen Pandan
Penyandang kerusi parlimen Pandan, Ong Tee Keat tidak akan mempertahankan kerusinya Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Manakala bekas setiausaha peribadinya, Allan Tan Yew Leng pula akan bertanding dengan tiket bebas.
Selain itu, pembongkar kes lembu NFC, Rafizi Ramli (PKR) juga akan bertanding di sini. Hal ini cukup menarik kerana kebanyakan perdebatan kerajaan dan pembangkang pasti nampak muka dia...lolz. Dengan kredibiliti yang beliau ada, apakah Rafizi dapat menguasai kerusi Parlimen Pandan?



7. P131 - Parlimen Rembau
Menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan sekali lagi mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU12 yang lalu. Meskipun telah mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini, Dato' Seri Najib masih tetap mahu mencalonkan beliau untuk kerusi ini.
Rembau Most Wanted yoo~~
Kerusi Rembau bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara penyandang kerusi, Khairy Jamaluddin (BN), Radzali A. Ghani (PKR) dan Abdul Aziz (BEBAS). Dapatkah Khairy mempertahankan kerusi Rembau?



8. P067 - Parlimen Kuala Kangsar
Perletakkan jawatan Kamilia Ibrahim sebagai Naib Ketua Wanita UMNO dan dalam masa yang sama bertanding atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar telah menarik perhatian ramai pihak termasuk abam. Keputusan ini memeranjatkan semua pihak khususnya UMNO sendiri. Tindakan Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas bagi menentang calon BN, Wan Mohd Khairil telah menyebabkan beliau dibuang daripada UMNO. Apakah tindakan Kamilia ini berbaloi?
Untuk makluman engkome sekalian, Dr Raja Iskandar Al-Hiss ini adalah pensyarah Malaysian Studies abam kat UTP. Paper dia Jumaat ni la yob!! Diharap dengan masuknya sesi sidang akhbar Dr Raja ke dalam blog abam, dapatlah sedikit markah bonus tuk abam...amin~~



9. P065 - Parlimen Ipoh Barat
Parlimen Ipoh Barat merupakan tempat abam mengundi le yob!! Abam akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek. Ala, dekat je dengan Tesco Extra. Disebabkan abam mengundi di kawasan ini, maka sekaligus abam nak tau la siapa yang akan memimpin kawasan abam.
Bekas ahli parlimen abam
Parlimen Ipoh Barat bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara penyandang kerusi, M Kulasegaran (DAP), Cheng Wei Yee (BN) dan S S Khalwant Singh (BEBAS).


10. P072 - Parlimen Tapah
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Parlimen ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bekas guru besar sekolah abam bakal bertanding di sini atas tiket BERJASA. Ustaz Shaharuzzaman Bistamam merupakan guru pertama abam yang masuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen. Abam doakan muallim berjaya dan dapat menebus balik wang yang dicagarkan. Sekiranya tidak berjaya menjadi ahli parlimen, diharap muallim akan terus berbakti kepada penduduk Tapah khususnya dan Islam amnya.
..............................................................................................

Pertembungan dua parti besar dalam Pilihan Raya Umum kali ini akan menentukan hala tuk negara untuk 4-5 tahun akan datang. Dalam 4-5 tahun ini, pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh itu, kepada yang sudah  boleh mengudi, pulanglah dan undilah calon-calon yang difikirkan atau dirasakan berwibawa, bertanggungjawab, beramanah, relevan dalam mampu memikul impian serta harapan rakyat.
Apa kerusi panas korang? Tuliskan di ruangan komen...terima kasih :)


 
Reference
1. Parlimen Malaysia
2. Youtube.com
3. Calon Pasir Mas Tarik Diri
4. Facebook TV PRU13 
5. Facebook Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
6. Senarai Calon Parlimen PRU13
..............................................................................................
 

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...

Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

No comments:

Post a Comment