31 Ogos 2012....2.50 petang
"Fuh, selamat sudah kita. Giler bahaya tadi. Teruk gler rase".
"Xpe2, bawak barang-barang naik atas".
Alhamdulillah...
Meskipun perjalanan ke hotel bajet tadi sedikit mencabar dek memandu kereta manual, kami berdua berjaya juga merealisasikan misi kami. Kaki dan tangan masih berkeringat dek kekok menekan clutch dan menukar gear. Si abang yang jarang membawa kereta, menolak kunci Saga kepada aku. Yup, pendek cerita aku yang drive...huhuhu.
................................................................................................
(Imbas kembali) 31 Ogos 2012....2.30 petang
Elok selepas Jumaat je, trus ke hotel bajet...
"Assalamualaikum. Emmmm, nak beg".
"Haaaaaa abang. Nah, ni begnye".
"Saya tak jadi nak duk sini. Ade orang menjemput tidor di rumah. Berat rase nak nolak".
"Oh yeke. Kat mana tu??"
"Kat seksyen 6. Ni kene bayar pape x tinggal barang-barang ni kat sini??"
"Eh, xpe bang. Nasib baik abang xbayar lagi. Kalu abang dah bayar tadi, abang kene duduk gak kat sini".
"Emmmm...maaf ye".
"Xpe bang, sebelum ni pun penah jadi kes camni".
"Oh yeke, kire belajar dari pengalaman la nieh?? Hehehehehe..."
"Lebih kurang la. Hehehehe..."
"Mintak maaf sekali lagi ye".

31 Ogos 2012....2.57 petang
Aku dah sampai di pintu rumah. Sesekali nafas terhembus perlahan mengenangkan peristiwa hotel bajet sebentar tadi. Gelabah, cuak, suspen dan pelbagai lagi perasaan aneh menerjah diri.
'Nasib baik aku reserve bilik single tu tadi. Kalu tak mau melayang seratus sepuluh camtu je', aku bermonolog sendiri. Terasa bertuah dijemput menumpang tidur di sini.
Si ayah sedang berselera menyantap hidangan tengah hari. Melihat makanan saat ini membuatkan perutku rancak berdentum irama muzik tradisional gamelan.
"Letak beg kat bilik tu. Kalau Sahir lapar, pandai-pandai la amik sendiri makanan kat dapur".
Dilayan umpama duduk di rumah sendiri. Aku yang lapar sedari tadi terus maju ke dapur melayan diri. Ayam kari, ikan masak asam pedas, kacang panjang goreng....emmmmppphhh, pastinya memikat selera siapa sahaja.
................................................................................................
31 Ogos 2012....6.45 petang
Otot terasa lenguh di mana-mana. Ku pisat-pisat biji mata sambil menguap sekali dua. Aku baru bangun dari tidur yang tak berapa nak lena. Tidur duduk di atas kerusi sofa.
Sepanjang Marhaban sekitar tiga suku tadi, aku menyendiri di dalam bilik. Sengaja melepas lelah setelah seharian mencari rumah. Nasyid Marhaban siang tadi mendayu-dayu membuai tidurku. Penat yang aku rasa sebelum ini berhamburan entah ke mana. Secara tertib, langkah kaki diatur lembut menjejak ruang tamu.
"Haaaa...Sahir. Baru bangun?? Jemput makan ni, Sahir. Jangan malu-malu", pelawa si emak. Dihulurnya pau buatan sendiri kepada aku.
"Eh, jangan kata malu-malu. Kalu tak malu, makan la", si ayah berseloroh.
Aku yang terkesan dengan pelawaan si ayah lantas melahap sebanyak mungkin pau yang terhidang di depan mata. Ada pau kacang dan juga kaya durian. Sekali cuba pasti nak lagi.
Secara peribadi aku merasakan keluarga ini menerima kehadiran aku ke sini dengan hati yang terbuka. Bukannya mereka tidak tahu akan hajat hati ini yang tinggi menjulang langit. Tapi reaksi mereka seakan bersahaja.
Persoalan-persoalan penting seperti kenapa datang ke sini...sudah berapa lama berkenalan, tidak bermain-main di bibir mereka. Segalanya lebih menjurus kepada siapa aku, dari mana datangnya aku, latar belakang kelurga. Lebih kepada surface taaruf. Dan aku memandang hal ini sebagai satu hikmah. Sikap bersahaja ini berjaya menimbulkan rasa selesa dalam diri. Sekaligus, andaian-andaian negatif tercampak jauh ke dasar lautan.

31 Ogos 2012....10.55 malam
Yang lain masih lagi di depan televisyen. Aku pula sudah terperuk di dalam bilik melayari alam maya yang aku tinggalkan seharian sejak semalam. Status Facebook ku update dengan rasa syukur ke hadrat ilahi. Azam tahun baru yang aku ikrarkan sembilan bulan lalu telah berjaya aku realisasikan. Tidak perlu tahun depan untuk diungkit lagi azam itu. Pelbagai perasaan bercampur baur ketika ini - gembira, penat, syukur, risau, bahagia, hebat, PUAS!!
Malam ini, si dia dan emaknya tidur di bilik utama. Manakala si ayah bakal ketiduran di ruang tamu. Aku?? Bilik aku bersebelahan ruang tamu. Yes indeed, bapanya bakal mengawal di luar bilik. Nak ke dapur dan tandas di awal pagi pastinya membuatkan aku berfikir dua kali. Mahu atau tidak, hanya subuh yang mampu mengubah situasi ini. Perlahan-lahan minda bawah sedarku membawa aku melayari bahtera mimpi yang tiada penghujungnya.

Ikuti sambungannya....(Part 5)

Draft plan rumah |
Ikuti sambungannya....(Part 5)
No comments:
Post a Comment