Wednesday, 30 May 2012

~ KMPKku ~

Assalamualaikum w.b.t.

Setahun di KMPk merupakan pengalaman penuh nostalgik...
Baik manis mahupun pahit...
Hampir setiap sudutnya bisa membuat kita tersenyum...
Pulang semula ke bumi bertuah ini menjadi impian segenap mantan ahlinya...
kalu musim panaih...berpeluh xhingat

sekali hujan...BAH terus!!

Buat semua warga KMPk...
Terimalah sajak pantun dari patik...


KMPk ku cantik indah dan permai,
      Kelilingnya sawit tiada sungai,
Ada pipit tiada murai,
      Ada rumput tiada teratai…

Tempatnya luas pelajarnya ramai,
      Jauh dekat mereka sampai,
Dari selatan ke Gunung Jerai,
      Dari barat ke timur pantai…

Guru-guru si bijak pandai,
      Pelbagai benih ilmu disemai,
Mengajar mendidik tak kenal longlai,
      Tiada malas tiada lalai,
Sentiasa tersenyum tatkala menghurai,
      Supaya ilmu semua tercapai,
Bila diuji dapat dituai…

Wahai rakan sahabat handai,
      Hamba nak beri nasihat bernilai,
Perjuangan kita belum selesai,
      Jangan dibiar ilmu berkecai,
Jangan dibiar maruah tergadai,
      Bermain bersuka masa yang sesuai,
Moga kejayaan berjaya digapai,
      Menara gading di bulan Julai…*

Ini sekadar pantun yang santai,
      Hanya rekaan yang cincai-cincai,
Hanya nukilan yang serabut serabai,
      Salah silap harap diabai,
Mohon ampun terkasar andai…

-March 2009-




 

Pantun ini dinukil khas sempena "Pertandingan Mencipta Karya" anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)...
Karya yang menang akan terpilih untuk dimuatkan ke dalam Prodigy atau majalah tahunan KMPK sesi 08/09..

Puisi ini mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut dan sekaligus melayakkan diri untuk dipampangkan diselitkan ke dalam Prodigy tersebut...

  

Untuk menambahkan lebih emosi ke dalam karya ini...
Ianya dilampirkan di muka surat akhir Prodigy...
Atau lebih tepat, di kulit majalah tersebut...

Bertemankan gambar seorang lelaki ditiup lembut bayu petang, pantun ini seakan diberi aura yang indah dalam suasana penuh emosi di penghujung semester...

*Kredit tuk designer background*




p/s: Sekarang dak matrix masuk U bulan September...so abaikan "Julai" ni ek...ni pantun lama...hik3 :)