Saturday 14 April 2012

Chancito football, yes we can!! (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk update blog sendiri...lol
Team Chancito Football, UTP Soccer League 2011
Chancito telah pun mengharungi 4 perlawanan dalam Liga Underground 2012 nieh. Tuk entri kali ni, izinkan aku summarized balik keempat-empat perlawanan Chancito Football setakat nieh.



Chancito 1 - 2 Jambulani                          (22 Mac 2012)
(Din Kaka)

Aku, posisi right back
Perlawanan pertama menyaksikan kekalahan Chancito di tangan Jambulani. Ketinggalan 2-0 pada babak pertama tidak mematahkan semangat Chancito. Gol-gol Jambulani berpunca dari kegagalan perangkap offside barisan pertahanan. Kedua-duanya one-on-one dengan keeper. Separuh masa kedua, Din Kaka mencuri tumpuan dengan gol jarak jauh yang cantik!!
Din Kaka (Captain), awesome long range goal
Kita pulang hampa pada perlawanan pertama...
Jadi, aku try buat entri pembangkit semangat "Chancito Football, yes we can (part 1)". Dan menurut perkiraan, semangat sedikit berkobar :P




Chancito 4 - 3 Abang Epul                        (3 April 2012)
(Zaid Ali, Pama, Zaid Ali, Apam[P])

half time, njoy habis :)
Setelah hampir 2 minggu kemudian, Chancito berhadapan pula dengan Abang Epul. Babak pertama Chancito lead 3-0 hasil dari kesilapan pertahanan lawan. Namun pada separuh masa kedua, pertahanan Chancito seakan hilang tumpuan apabila dibolosi 3 gol.
Apam, sepak penalti 2 kali...due2 masuk, 1 je kire...lol
Nasib bek penalti Apam menerjah jaring....sepak dua kali pulak tu (sepakan pertama tidak dikira kerana foul). Abang Epul juga dihadiahkan satu sepakan penalti, tapi gagal disempurnakan dengan baik oleh penyerang mereka.
Pama, menjaringkan gol kedua Chancito
Kemenangan pertama ini menceriakan kembali kem Chancito setelah hampir 2 minggu 'menderita' dek mengenangkan nasib kalah di tangan Jambulani....lol
Zaid Ali, man of the match



Chancito 1 - 1 Underscore                                       (4 April 2012)
(Iqhwan Alimi)

Piji, gagal beraksi akibat kecederaan lutut...
Dalam game nieh, beberapa pemain pertahanan tengah Chancito mengalami kecederaan - Piji dan Apek. Aku pula diberi tanggungjawab mengemudi bahagian tengah pertahanan selaku stopper. Neway, Ramos pun men stopper gk kan?? hik3...
Iqhwan Alimi, penjaring goal cantik dari sudut yang sukar
Jaringan cantik Iqhwan Alimi pada sudut yang sukar memberikan sedikit kelebihan sehingga tamat babak pertama. Kepenatan yang masih berbaki semalam tidak menggugatkan semangat Chancito tuk terus bermain. Selang beberapa minit babak kedua bersambung, Underscore menghukum kekalutan pertahanan Chancito dengan gol penyamaan.
Faza, finger tip save
Pastu, Chancito mengekalkan permainan bertahan-counter hingga ke akhir permainan. Asyik kene serang je, nyaris-nyaris bolos. Nasib bek, ketangkasan Faza berjaya menidakkan beberapa bola bahaya termasuklah finger tip save. Perlawanan berakhir seri, satu mata berharga berjaya dibawa pulang kem Chancito.




Chancito 2 - 2 ECC                                       (10 April 2012)
(Iqhwan Alimi, Din Kaka[P])

Apeh, pemain import baru Chancito Football 2012
Setelah hampir seminggu berehat, Chancito turun pula menentang ECC. ECC tergolong antara pasukan pilihan kali ini. Dalam 3 perlawanan sebelum ini, ECC tidak lagi kalah mahupun seri.
Amin, last man Chancito
Persaingan antara kedua-dua pasukan seakan seimbang. Namun, Chancito dikejutkan oleh gol awal ECC setelah lontaran ke dalam mereka berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Chancito. Di penghujung babak pertama, sepakan sudut Chancito pula mengucar-kacir pertahanan ECC dan Iqhwan Alimi menggunakan kesempatan yang ade untuk menjaringkan gol penyamaan.
Ismail Nasir, assist penalti...
Selang beberapa minit selepas separuh masa kedua, ECC kembali di depan pabila Faza gagal menolak keluar bola lambung ECC. Tersentak dengan gol tersebut, Chancito melipat gandakan serangan...bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan. Dan usaha itu tidak sia-sia pabila Chancito dihadiahkan sepakan penalti setelah Ismail Nasir dijatuhkan.
Faiz, menerima kad kuning pertama
Din Kaka menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan seterusnya mengikat ECC hingga ke akhir perlawanan.
________________________________________________________________________

Penjaring gol Chancito...
~ Zaid Ali - 2 gol
~ Iqhwan Alimi - 2 gol
~ Din Kaka - 2 gol
~ Pama - 1 gol
~ Apam - 1 gol

Penerima kad kuning... 
~ Faiz



anda penyokong Chancito?? click like :)

No comments:

Post a Comment