Saturday, 14 December 2013

Terima Kasih PETRONAS

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Pekabor engkome sekalian? Harapnya sihat belaka le yob!
Entry yang penuh sentimental ini abam tujukan khas buat penaja abam, PETRONAS. Sejujurnya abam berasa sangat bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman-boleh-ubah PETRONAS. Pelbagai pengalaman, pendedahan serta ilmu berjaya digarap sepanjang empat tahun bernaung di bawah mereka. Tiada kata-kata yang lebih sempurna atau lebih ummmmpppphhh untuk diucap melainkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Pengembaraan abam bersama PETRONAS bermula sejak dipanggil untuk menghadiri temuduga UTP lagi, sesi kemasukan Julai 2009. Langkah pertama diambil dengan cermat dan teliti. Temuduga ala MUET diredah dengan tenang dan yakin. Selang beberapa minggu, abam terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UTP dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. Ketika itu, abam dah lebih tiga hari berorientasi kat USM Transkrian. UTP sengaja nak test abam, nak tengok, abam ni betul-betul ke nak masuk UTP ke tak, even dah menapak kat USM. Haaaa....


1. Scholarship and Benefits
UTP adalah universiti impian abam sejak SPM lagi. So, abam tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Dulu-dulu-dulu xleh masuk sebab xlayak...huhuhu. Selang dua bulan abam kat UTP, nama abam tersenarai pendek sebagai salah seorang penerima biasiswa PETRONAS. Masa tu nak kata sonok sangat pun tak jugak. Bese2 je. Pesan abah, "Along fokus belajar je, duit abah boleh cari". So hal duit sume, abah dah kasi cun-cun punya.


First year tak terasa sangat kelebihan jadi scholar PET nieh. Tapi, bila dah masuk second year, third year...baru terasa bagai disorga. Nak tinggal kat asrama mana pun tak kisah. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, UTP menyediakan khidmat asrama penuh untuk para pelajar mereka. Cuma harga dia lain-lain, ikut desasiswa. Dak PET plak xkisah langsung bape rege pun...lenjan je. Pendek kata, serba-serbi mewah jugak la dak PET nieh...Terima Kasih PETRONAS~~


2. Soaring The Eagle (STE)
Salah satu pengalaman abam dengan PETRONAS adalah ketika mengikuti program Soaring The Eagle (STE). STE adalah salah satu Leadership Program yang dianjurkan oleh PETRONAS khas buat scholar mereka. Program ini bertujuan untuk mengasah skil kepimpinan dalam kalangan scholar. Abam join program ni pada penghujung tahun 2009. Event yang berdurasi seminggu ni berlangsung di Permata-Instep, Bangi...dekat dengan UNITEN. Program ini mengumpulkan kesemua pemegang biasiswa baru PET di bawah satu bumbung. Masa ni la nak kenal muka-muka scholar baru yang lain...haaa~~



Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang keberadaan abam kat sana. Mostly to develop soft skills, leaderships, public speaking, etc. Abam sendiri pun dah tak berapa nak ingat ape aktiviti-aktiviti tuh. Cuma time public speaking, abam belajar pasal apa itu 'verbal fillers'. Yang pasti, makanan kat sana, semuanya ummmppphhhhh sodap...Terima Kasih PETRONAS~~


3. Outward Bound School (OBS)
Satu lagi pengalaman menarik abam bersama PETRONAS adalah ketika terpilih untuk menyertai satu lagi Leadership Program kat Outward Boung School (OBS), Manjung sekitar September 2011. OBS ni adalah sebuah lokasi yang kerap digunakan oleh syarikat-syarikat ternama antaranya Maybank dan Singapore Airways untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak. Sebut je pe aktiviti nak buat - jungle tracking, kayaking, climbing, camping, hunting, swimming, etc.

~Waktu Terasa Semakin Berlalu, Teringat Cerita Tentang BINTANG~
Pengalaman yang paling abam tak leh lupa adalah ketika berkayak selama dua hari satu malam secara beregu pusing satu Pulau Pangkor. Fuh, memang thrill gler!! Habis legam kulit fair abam nieh. Lagi satu, pengalaman dayung kapal. Sambil-sambil duk dayung tu, boleh pulak mintak tuju lagu..."Kebahagian Dalam Perpisahan". Haih, tersenyum sipu abam. Abam kenal lebih ramai scholar PET dalam program kali ini, ramainya junior. Pengalaman-pengalaman yang sangat unik ini tidak akan abam peroleh sekiranya abam bukan scholar PET...Terima Kasih PETRONAS~~


4. Internship With PETRONAS
Berlatihan industri bersama PETRONAS di Kerteh adalah antara impian dan cita-cita abam. Kira permulaan untuk mengenal pasti corak serta lenggok kerja bersama PETRONAS la nieh. Pertama kalinya abam lalu kat kawasan perindustrian Kerteh adalah ketika darjah satu. Macam ala-ala lagu Mark Adam la nieh. Kebetulan, family abam masa tu sedang menetap kat Dungun. So, kira macam balik kampung jugak la.

~Ceritera Kurma Puasa~
Pelbagai pengalaman manis abam garap sepanjang berpraktikal bersama PETRONAS. Abam sempat buat entry lagi pasal aktiviti-aktiviti yang abam buat...sila click sini: 20 Aktiviti Masa Intern. Hari ini juga (14.12.2013), sudah genap setahun abam meninggalkan tempat intern abam. Terima kasih kerana memberikan abam peluang untuk berlatihan industri bersama PETRONAS. Dapat jugak la merasa suasana bekerja dengan PETRONAS...Terima Kasih PETRONAS~~


5. PETRONAS Structured Interview (SI)
Satu lagi pengalaman yang abam tak akan lupa sampai bila-bila adalah apabila dipanggil untuk sesi temuduga bersama PETRONAS. Masa tu abam kira tergolong antara batch yang awal jugak la. So, tak ramai scholar yang abam boleh tanya untuk berkongsi cerita. Tapi buat sahabat-sahabat abam yang berjaya shortlisted untuk sesi temuduga PETRONAS nieh, nah sikit buah tangan abam...sila click sini: PETRONAS Structured Interview (SI).

~Gambar daripada Jambatan KLCC~
Temuduga PETRONAS adalah sesi temuduga kerja pertama abam. So, abam take it quite lightly. Plus, dalam pale abam time tu pun dah serabut dengan FYP yang tunggang langgang bagai, projek itu la, projek ini la. Abam leh kate agak tak fokus. And to make it even worst, abam dapat tau venue temuduga diubah last minit. Abam tau last minit pun sebab kawan abam yang temuduga sekali bagitau. PETRONAS dah email lebih seminggu. Rupanya email address salah taip daaa. Abam rasa tak mungin dapat peluang bertemuduga dengan PETRONAS kalau abam bukan scholar...Terima Kasih PETRONAS~~


6. Not Recommended by PETRONAS
Well, the real sentimental part has finally arrived. Walaupun tergolong antara batch yang awal, namun PETRONAS tidak menjamin kerjaya tetap bagi abam. Secara jujurnya abam dah boleh agak hal ni akan berlaku berdasarkan beberapa faktor seperti yang disebut di atas. Abis terbantut plan kahwin semua. Take serious things for granted, serve you right Abam DiDiY.

Tapi abam tidak terus mengalah, tidak terus menyalahkan kebodohan diri sendiri. Instead, abam bangun dan terus mara ke depan tanpa berpaling lagi. Life must go on, dan abam harus mendapatkan kerja. Nasib baik la PETRONAS gtau result abam awal-awal. Leh abam cari keje lain awal-awal. Yela, kate nak kahwin, kene la ade income sendiri, baru la dapat meyakinkan mak abah. Materials first, syariah second...haaa gitu.

Pas xrecommended je, baru la abam terhegeh-hegeh nak cari kerja lain. Maklum la, dak PET ni payah nak dapat kerja tempat lain. Tengah syok-syok keje, dapat placement terus lompat gi PETRONAS, berbakti 10 tahun. Sebab tu banyak company tak nak take risk amik dak PET.

Time ni la, baru nk bukak akaun jobstreet, terhegeh-hegeh apply kat main page company, sibuk duk tanya orang ade kerja kosong kat mana-mana ke tak, baru la nak bukak youtube tengok tips-tips daripada otai HR. Baru abam tahu punya la payah nak cari kerja...HaHaHa~

Walau dalam keadaan serba-serbi susah, abam berjaya juga menempatkan diri dalam lima temuduga yang lain. Baru terasa CV abam bukan la sesampah yang abam sangkakan. Selain itu, style temuduga serta soalan juga berlainan mengikut tempat. Pendek cerita, abam banyak menimba pengalaman temuduga pulak. Kalau PETRONAS terus mengikat abam, tak merasa la abam interview banyak-banyak camni...Terima Kasih PETRONAS~~

................................................................................................

 Maka berakhirlah pengembaraan abam bersama PETRONAS.
Lebih empat tahun lamanya...sekian.
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Yang Buruk Pula Adalah Khilaf Abam Sendiri.

~~Terima Kasih PETRONAS~~

Monday, 2 December 2013

DIDCHUKNOW10 [November '13] - Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Dear fellow readers, welcome to DiDiY's DIDCHUKNOW10!!
DIDCHUKNOW10 adalah entri istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan kupas satu tajuk dan share kat korang semua apa yang abam paham or pelajari. Untuk entri Nov '13 nieh, abam akan kupas mengenai 10 Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui atau Renewable Energy. Semoga bermanfaat, InsyaALLAH~

................................................................................................

Selain makanan dan minuman, tenaga elektrik juga merupakan keperluan asas manusia. Tanpanya segala barangan elektronik dan mesin tidak berfungsi, manusia bergelap di malam hari, bateri smartfon pulak punyalah payah nak charge...segalanya manual. Oleh kerana keperluan yang mendesak ini, manusia berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan kelangsungan tenaga elektrik.



Tahukah anda? Lebih 2/3 atau 67% daripada sumber tenaga elektrik negara terhasil daripada pembakaran gas asli? Disebabkan sumber gas asli semakin hari semakin merosot, maka manusia mencuba dengan pelbagai usaha untuk menghasilkan tenaga melalui cara  yang lebih mampan (sustainable) dan bersih.

................................................................................................


1. Thermal Energy (Solar)
Matahari adalah sumber tenaga yang utama bagi manusia. Matahari membekalkan pelbagai keperluan antaranya tenaga haba. Tenaga haba ini terhasil daripada fusion reaction antara gas Helium dan Hidrogen. Menurut kajian, pada setiap 15 minit, matahari mampu membekalkan tenaga yang mencukupi bagi manusia di Bumi selama setahun!!
Parabolic Dish Solar Collectors
Tenaga haba ini kebiasaannya dikumpul dengan menggunakan Solar Collectors. Tenaga yang terkumpul kemudiannya digunakan untuk menghasilkan wap air (steam) lalu disalurkan ke turbin wap air untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Untuk Entri DIDCHUKNOW10 - Matahari....sila click SINI


2. Photovoltaic (Solar)
Solar Panels
Selain tenaga haba, cahaya matahari juga mengandungi photons. Salah satu cara untuk memaksimakan penggunaan photons adalah dengan menggunakan solar panels. Kebanyakan solar panels diperbuat daripada semiconductor seperti silicon, dan mengandungi banyak elektron. Photons akan menerjah masuk ke dalam silicon tersebut lalu mengetuk (knock) elektron keluar daripadanya. Elektron yang bergerak bebas inilah yang menghasilkan tenaga elektrik.


3. Hydro Energy
Three Gorges Dam, China
Sebelum kemunculan gas asli, Malaysia pada awalnya menjana elektrik dengan menggunakan tenaga hidro. Tenaga hidro ini adalah tenaga yang ada pada air yang bergerak deras pada kelajuan tertentu, eg. sungai, air terjun, parit. Tenaga elektrik pula dijana dengan menggunakan water turbine yang disusun di bawah empangan. Empangan Bakun, Sarawak adalah empangan terbesar di Malaysia manakala Empangan Three Gorges, China pula adalah empangan terbesar di dunia. 

Untuk Entri DIDCHUKNOW10 - Air....sila click SINI



4. Wind Energy
Horizontal Axis Wind Turbine
Antara sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui adalah tenaga daripada angin. Angin tidak perlu sekuat ribut taufan atau puting beliung, kehadirannya sahaja sudah memadai. Teknologi ini kurang dipraktikkan di Malaysia memandangkan kita lebih selesa berladang sawit...hehe. Wind Turbine terbahagi kepada dua jenis - Horizontal Axis Wind Turbine (HAWT) dan Vertical Axis Wind Turbine (VAWT). HAWT digunakan di kawasan yang mempunyai angin yang kuat, manakala VAWT mampu berpusing dengan hanya angin sepoi-sepoi bahasa.


5. Biomass Energy
Tenaga yang boleh didapati pada haiwan dan tumbuhan serba microorganisme hidup adalah antara kategori tenaga biomass. Hidupan-hidupan ini mengandungi kandungan CHO (Carbon-Hydrogen-Oxygen) yang bisa menjadi ejen pembakaran. Bagi memudahkan penggunaan tenaga biomass ini, pembentukan bahan api secara briquettes diperkenalkan.

Untuk Entri DIDCHUKNOW10 - Sumber Tenaga Biomass, sila click SINI.



6. Wave Energy (Ocean)
Wave energy extraction method
Pergerakan ombak yang turun naik juga mampu untuk menjana tenaga elektrik. Pelampung digunakan untuk mengikut pergerakan permukaan air laut atau ombak. Manakala Wave Energy Converter (WEC) pula akan mengeksploitasi pergerakan ombak untuk menjana tenaga elektrik. Walaubagaimanapun, konsep ini masih lagi tidak digunakan secara meluas di dunia.



7. Tidal Energy (Ocean)
Air pasang surut juga boleh dieksploitasi untuk penjanaan tenaga elektrik. Fenomena yang berlaku kesan tarikan graviti bulan ini membentuk arus yang deras di dalam laut, sekaligus membolehkan turbin berpusing. Seperti tenaga ombak, teknologi ini masih tidak diaplikasi secara meluas di dunia, tetapi berpotensi untuk penjanaan elektrik akan datang. Sistem ini memerlukan bajet yang sangat tinggi manakala lokasi arus laut yang deras sukar untuk dijumpai.



8. Thermal Energy (Ocean)
OTEC facilities in Hawaii
Lautan dikategorikan sebagai solar collectors terbesar kerana lebih 2/3 permukaan bumi dipenuhi dengan lautan. Ocean Thermal Energy Converter (OTEC) mampu mengolah perbezaan suhu lautan kepada tenaga elektrik. Kebiasaannya suhu permukaan laut lebih panas daripada dasar. OTEC ialah kitaran Rankine (Rankine Cycle) yang menggunakan turbin tekanan rendah.



9. Geothermal Energy
Kolam air panas berdekatan loji geothermal
Tenaga geothermal lebih sinonim dengan lokasi gunung berapi. Lava yang menggelegak di dalam perut bumi memanaskan air di atas permukaan bumi sekaligus menghasilkan wap air. Terdapat tiga jenis loji kuasa geothermal - Dry Steam Power Plant, Flash Steam Power Plant dan Binary Cycle Power Plant. Teknologi ini diaplikasi secara meluas di Amerika Syarikat, mereka menghasilkan lebih 3086 MW pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, wap air ini juga mempunyai gas seperti hydrogen sulphide, methane dan ammonia yang boleh menyebabkan pemanasan global.



10. Fuel Cells
Methanol-Fuel Cell
Fuel cell adalah alat untuk menukar tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas kimia dengan oksigen atau ajen pengoksidaan yang lain. Gas Hidrogen adalah bahan api yang paling kerap dihasilkan dengan menggunakan alat ini. Sumber kepada penghasilan gas hidrogen pula adalah air, melalui proses elektrolisis. Disebabkan air tidak akan habis, maka fuel cells dikategorikan sebagai tenaga yang boleh diperbaharui. Fuel cell berbeza dengan bateri kerana ianya boleh menghasilkan tenaga elektrik secara berterusan selagi sumber bahan api dan oksigen/udara dibekalkan.


................................................................................................


REFERENCES
1. Lecture note Alternative Energy
2. DIDCHUKNOW10 [Jun '13] - Matahari
3. DIDCHUKNOW10 [Mac '13] - Sumber Tenaga Biomass
4. Wiki2 Solar Panels
5. Wiki2 Wave Power 
6. Wiki2 Tidal Power
7. Wiki2 Geothermal Electricity
8. Wiki2 Fuel Cells

................................................................................................


Tenaga yang boleh diperbaharui ini masih di peringkat awal di Malaysia. Yelah, kita kan kaya dengan sumber petroleum. Kebergantungan kita terhadap sumber petroleum seakan merencatkan usaha murni ini.

Akhir kata...  "Selamat menghadapi tarif elektrik yang baru."


Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk pula khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...
Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~