31 Ogos 2012....jam 9.30 pagi
Perarakan sambutan kemerdekaan-55 sedang rancak berlangsung di dataran Merdeka. Perarakan berwarna-warni ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kaum di Malaysia.
...............................................................................................
Aku plak baru pas sarap kat kedai mamak. Tanpa berfikir panjang, dengan semangat yang jitu aku gagahkan diri menapak ke kawasan perumahan berhampiran. Bebanan yang ku lempiaskan di lantai receptionist hotel bajet sedikit meringankan. Tanpa diduga, rumah pangsa terpampang di depan mata.

'Eh, rumah flat la...dekat je rumah dy rupenya.'
Perjalanan dilekaskan dek salakan anjing jalanan. Cuak beb!! Huhuhuhu. Setibanya di kawasan flat, blok Cempaka pula yang dicari.
'Kemboja, Kantan, Kekwa....weh, mana CEMPAKAnya??!!'
Pencarian yang mengkhinzir buta menyesatkan diri sendiri. Dengan pantas, telefon dikeluarkan dari kocek seluar...
"Rumahnya di mana??"
"Seksyen 6, sekarang di mana??"
"Seksyen 6, sekarang di mana??"
"Sekarang kat Seksyen 7, patut la xjumpe. Seksyen 6 kat mana plak??"
"Jauh dari Seksyen 7. Kene jalan depan sikit...jumpe tiang KFC/Pizza Hut yang tinggi gaban."
"Cam jauh je bunyik. Xpe la...jalan luk cari tiang tuh."
"Mesti awak penat. Hati-hati, ye."
...............................................................................................
31 Ogos 2012....jam 11.03 pagi
Cempaka yang dicari berjaya ku temui. Peluh mula membasahi diri. Terasa lencun sedikit di bahagian belakang. Cuak yang ku alami sedari tadi, hilang dibawa arus kelelahan. Fuh, akhirnnya aku sampai jua!!
"Saya dah sampai. Nak naik terus ke...tunggu kat bawah?"
"Tunggu kat bawah je la, nanti saya turun".

Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Kini aku berdiri, mendongak memerhati suasana harmoni kejiranan di sini. Indah, permai, bersih dipandang mata. Jauh berbeza dengan kawasan flat di Seksyen 7. Meskipun keharmonian itu tampak kelihatan, sampahnya pula melata terlonggok di sini sana. Bangkai tikus sebesar anak kucing terlenyek di tengah jalan. Tengit menyusuk hidung. Mujur tidak melekat bauan di badan. Jika tidak, introduksi 'pertemuan pertama' sudah pasti tidak enak...huhuhu.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."
Salam bersambut dengan seulas senyuman.
"Awak naik la dulu. Saya nak gi beli paper jap. Abang suruh."
"Xpe la...saya teman awak beli paper."
...............................................................................................
...............................................................................................
31 Ogos 2012....jam 11.15 pagi
Bersama senaskah akhbar Harian Metro, aku menapak perlahan-lahan diiringi tuan rumah mendaki tangga blok cempaka.
"Memang xde lift ke? Ni 5 tingkat kot."
Bangunan lama ni, wak. Dah lebih 10 tahun. Lagipun kite nek tingkat 4 je."
Gementar?? Ya, perasaan itu kembali menguasai diri. Lek chaer...lek. Setibanya di tingkat 4. suasana kellihatan meriah!! Marhaban sedang rancak berlangsung di sini. Yang lelaki segak bergaya berbaju Melayu. Yang perempuan, angggun berbaju kurung...EWAH.
"Haaaa...tudia menantu dia dah sampai", jerit salah seorang peserta Marhaban. Jirannya barangkali.
'Menantu?? Menantu?? Seyesly??'
Aku yang tidak keruan pantas menghulur tangan bersalaman dengan beberapa orang yang bertenggek di beranda. Marhaban adalah salah satu budaya masyarakat Jawa. Menziarahi jiran tetangga, beraya, menjamu selera, berselawat serta mendendangkan lagu khas Marhaban. Marhaban ini dirangka berdasarkan jumlah rumah yang sudi mengambil bahagian. Untuk tahun ini, dikhabarkan hanya 5 rumah yang masih bersemangat meneruskan tradisi itu di sini. Termasuklah rumah ini. Oh, alangkah indahnya hidup berjiran.
Menapak masuk buat pertama kali. Hati mulai berbisik cuba menenang diri. Ayah dan ibunya sibuk bermarhaban. Aku, dia dan abangnya sahaja di rumah kala ini. Kelihatan abangnya sedang sibuk di hadapan komputer riba.
"Nah bang. Paper yang dikirim tadi".
"Oh, ye. Terima kasih. Duduk la, buat je cam rumah sendiri".
'Rumah sendiri?? Rumah sendiri?? Seyesly??'
Selang beberapa ketika, ibunya pulang bersama sekuntum senyuman.
"Baru sampai??", tegur ibunya sekadar berbasa-basi.
"Yep, sesat mencari rumahnya tadi...dah jumpe bunga Kemboja, Kekwa, Kantan. Tercari-cari bunga Cempaka, xjumpa-jumpa....hahaha."
Belum pun sempat tawaku mengendur. Muncul bapanya di muka pintu.
...............................................................................................
Ikuti sambungannya....(Part 3)

No comments:
Post a Comment