Tuesday, 4 September 2012

Pertemuan Pertama (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi...
Sudah 55 tahun kita menjulang kemerdekaan hasil rundingan hitam putih dengan Queen Elizabeth...
Sambutannya penuh warna-warni diselangi hilai tawa golongan belia...
Anak muda dengan lantang dengan penuh bersemangat melaungkan slogan 'MERDEKA' sebagai tanda syukur atas nikmat ini...
Jalur Gemilang berkibar megah di angkasa raya seluruh pelusuk negara...
Tema "Janji Ditepati" pula dijadikan tiket bagi mengungkit segala kebaikan yang pernah ataupun sedang dilakukan...hik3


31 Ogos 2012....jam 12.10 tgh mlm...
Ketika ini, aku bersendirian menunggu Trans yang sudah lewat 10 minit. Sedang bermenung jauh memikirkan nasib di negeri orang, terpekik terlolong 2 3 orang sahabat kita. Melaungkan tanda kesyukuran mereka. Bunga api berdentum sayup-sayup di hujung sana. Tidak pula aku tahu akan kordinat lokasinya. Yang pasti, percikannya indah di mata. Kira-kira pukul 12.22am, Trans tiba dengan angkuhnya berdecet memecah sunyi.

Hampeh punya Trans...
...............................................................................................
2 hari sebelumnya, pelaburan muktamad telah aku lakukan. Dengan tekad, hujung minggu ini...janji pada diri harus DITEPATI!! Janji tahun baru yang aku ikrarkan.

Aku: Emmmm...nk g KL, tiket malam pkul bpe ade ye??
Kaunter: Ade kul 8, 9, 10, 11, 12....

Aku: Bape jam ek dari sini ke KL??
Kaunter: Dalam 6 jam sampai la...

Aku: Bagi tiket kul12...

Pengembaraan ini dijangkakan tiba sekitar jam 6pg. Saat itu kemudahan awam faveret gua, KTM Komuter sudah mula beraksi. Pemilihan waktu ini amatlah crucial. Andai sampai terlalu awal, tidorku mungkin bersambung di surau Komuter. Dengan barang berharga yang pelbagai?? Oh, TIDAK TIDAK TIDAK...
...............................................................................................


31 Ogos 2012....jam 6.06 pagi
Azan subuh sedang berkumandang. Aku tiba di Putra dengan sebaris senyuman. Sepanjang perjalanan, mimpi serta aircond menjadi teman. Urinary Bladder pula tidak memberi apa-apa isyarat mencurigakan, termasuklah Rectum...hik3

Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, aku bersesak membeli tiket di KTM Komuter. Mesinnya satu je boh!! Kaunter manual pula masih ketiduran...haih. Manakala destinasi ke Sentul pula terpaksa ditunda atas kesilapan memilih train.

"Weh, awat lambat sangat?? Dah lama aku tunggu ni", ngomel Za'im dihujung talian.
"Aku ngah tunggu train la ni. Kat KTM Komuter sekarang".

"Eh, rumah aku kat dengan LRT Sentul la der. Bukan Komuter".
"Eh, aku igt rumah ko dekat dengan Komuter. Ade je ke Sentul gune Komuter...hahaha. Kalu camtu sok je la aku datang rumah ko. Bereh?"

"Bereh2". Za'im yang mengantuk dengan hampa pulang menyambung tidurnya.

Penangguhan ekspedisi ke Sentul memaksa aku mengubah haluan. Tanpa melengahkan masa, perjalanan dihalakan pula ke destinasi utama, Sungai Buloh!!


31 Ogos 2012....jam 9.17 pagi
"Stesen berikutnya, Sungai Buloh. Next station, Sungai Buloh. Sila awasi langkah anda. Pliz mind the gap".

Kedengaran suara lunak gadis Komuter menyatakan ketibaan aku ke pitstop berikutnya. Debaran yang menumbuk dada ditenangkan dengan langkah seterusnya. TEKSI!!

"Bang, ke Khalifah bape ye??"
"RM15."

"Baik, ke Khalifah ye bang."

Restoran Khalifah menjadi saksi. Pertama kalinya aku berpijak di bumi Kota Damansara. Niat di hati mahu menempah bilik di hotel bajet barang semalam. Akan tetapi, kesemua single bed room sudah berpenghuni.

Receptionist menyarankan agar aku reserve saja itu bilik. Tergelincirnya sedikit matahari di kepala, penghuninya itu bakal berpergian. Setuju seraya mengangguk, beg sandang dan jijingan diserahkan buat simpanan. Malas bergerak dengan bebanan...

Kini nak cari rumahnya pula di mana....emmmmm, mana??

...............................................................................................



Ikuti sambungannya di sini...(part 2)


No comments:

Post a Comment