1 September 2012....8.03 pagi
Selesai
bersiram dan menyalin pakaian, bihun goreng serta pau kacang dan kaya
durian sudah sedia terhidang di ruang tamu. Sedari semalam, tidak
putus-putus aku bersantapan. Mujur sistem penghadaman masih di tahap
yang baik. Tidak meragam dan tidak kentut. Bihun goreng tiga pinggan, aku berhenti kekenyangan.
Sebiji pau kaya durian digigit perlahan sekadar dijadikan pencuci mulut.
Pagi
ini, si ayah emak bakal ke pasar. Si abang ke tempat kerja. Manakala aku dan si dia ke Ikano Power Center. Sekadar berjalan-jalan, mengisi masa yang
masih berbaki bersama. Di tempat yang tidak pernah kakiku terpijak akan
buminya. Mujur si ayah tidak keberatan melepaskan kami berdua.
"Nanti balik sebelum pukul 5", pesan si ayah.
Aku mengerti seraya mengangguk sebagai menghormati kehendak si ayah.
................................................................................................
1 September 2012....9.06 pagi
Kedua
ibu bapanya sudah berpergian ke pasar berdekatan. Abangnya pula bakal
bergerak ke tempat kerja sekitar setengah jam dari sekarang. Aku sedang
menunggu si dia bersiap sambil menonton kartun di kaca televisyen. Terkekeh-kekeh sendirian. Abangnya yang sedari tadi melihat sifat kebudakanku yang sedikit menyerlah, cuba
memecah sepi.
"Ko minat anime??"
Wah, soklan favourite nieh.
"Uish, minat bang. Saya siap buat koleksi lagi. Saya tengok One Piece".
"Owh, xtengok yang tu. Cite pe tuh??"
"Cite lanun2, matluthfi. Emmmmm...saya tgk Naruto jugak".
"Haaaaa...Naruto aku tengok. Dah sampai mana dah??"
"Dah sampai Naruto belajar kawal cakra Kyubi dengan adik Kazakage".
"Jauh gak tuh. Tapi sekarang dah best gler. Great Ninja War pun dah start".
"Saya xsampai kat situ lagi, bang. Lama dah tinggal. Abang baca kat manga x??"
"X...rasa xsonok plak tgk cite dy nanti".
Perbualan terus rancak diselangi gelak tawa sehinggalah si dia keluar ayu bertudung merah. Kehadirannya yang serba comel itu membuatkan aku terpaku.
"Haaaaaa nanti pas balik, bagi external abang kat dia", pesan si abang kepada si dia.
"External?? Buat apa??"
"Bagi cite Naruto kat dia".
Dari terpaku, kini terkedu. Udah lama benor tak follow up Naruto nieh. Ku sangka
panas sampai ke petang, gerimis pulak di tengah hari. Naruto yang ku
rindui bakal mengisi masa terluang di Ganu nanti. Keramahan si abang
menambahkan lagi keyakinan diri. Punya minat yang sama lagi. Senang nak mintak download nanti....hik3
................................................................................................
1 September 2012....4.57 petang
Pesan si ayah untuk membawa si dia pulang sebelum kul5 berjaya ditepati. Semangat kemerdekaan menguasai diri kala ini. Aku dan si dia gembira dapat meluangkan masa bersama.
Pada bila-bila masa sahaja aku bakal meninggalkan rumah ini. Rumah yang tersemat seribu kenangan buat aku. Meskipun hanya seharian lepak di sini. Terasa bagai sepurnama lamanya aku berkenalan dengan mereka. Sesekali aku tersengih sendirian. Syukur ke hadrat ilahi atas nikmat ini. Nikmat dipermudahkan jalan....jalan pertemuan, pertemuan pertama.
Si ayah sudah ke bawah kerna menunggu ketibaan tamunya dari Johor. Selang beberapa ketika, tetamu yang dinanti sudah memacakkan diri di depan rumah. Namun kelibat si ayah tidak pula kelihatan. Masing-masing kehairanan akan ketiadaan si ayah kala ini. Sedar-sedar, si ayah sudah memanggil aku di bawah melalui telefon si emak.
"Sahir, pakcik dah tunggu kat bawah"
"Owh, baik makcik".
Aku berkemas selekas mungkin lantas bersalaman dengan para tetamu yang hadir. Ucapan terima kasih tidak putus-putus buat si emak. Makanannya, minumanya, celotehnya, layanannya, senyumannya...terasa bagai di rumah. Abangnya pula masih di tempat kerja. Tidak sempat bersua muka buat terakhir kalinya. Selangkah kaki menjejak beranda rumah, si dia pantas menegah.
"Ada barang yang tertinggal ke wak??"
"Eh x, saya nak ikut sekali".
................................................................................................
"Saya mintak maaf ye pakcik. Nyusahkan pakcik je hantar saya ni. Nanti mesti lambat sampai rumah".
"Xpe-xpe. Bile kamu dah sampai Putra nanti, pakcik baru sampai rumah".
Setibanya di KTM Komuter, rasa sayu menyapa diri. Si ayah di bangku sebelah cuba berbasa-basi.
"Ni nak parking ke benti kat tepi jalan je??"
"Benti tepi jalan je la. Susakan pakcik lak".
"Kalau menghormati tetamu, kene parking dulu".
"Xpe pakcik, saya pun nak cepat ke rumah kawan".
"Ok, pakcik benti kejap je la kat depan tu".
Kereta dipandu perlahan ke lokasi yang dimaksudkan tadi. Berhenti saja bahu jalan, dengan pantas aku menghulur tangan bersalaman.
"Terima kasih banyak-banyak ye pakcik. Bagi tumpang tidur, makan, minum, mandi, tandas semua"
"Terima kasih jugak sebab datang".
"Mintak maaf ye pakcik kalu ade salah ape-ape. InsyaALLAH saya datang lagi".
"Raya Haji ni datang la lagi, bawak mak ayah sekali".
Beg sandang dan jijingan diambil di tempat duduk belakang. Sempat lagi menjeling ke wajah si dia yang sayu di sebelah sana. Merayu sukma supaya jangan pergi. Secara tiba-tiba, lagu motif band "Tuhan, Jagakan Dia" bermain-main di fikiran. Ingin saja ku tujukan lagu itu buat si dia kala ini. Tangan dilambai sebagai isyarat selamat tinggal.
Kini, janji semalam pula harus ditepati. Janji ke rumah Za'im di Sentul. Dengan pantas, tangan menyeluk kocek.
"Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam".
"Ko ade kat rumah x??"
"Ade-ade...hehehehe"
"Aku nak datang ni. Rumah ko dekat dengan Stesen LRT Sentul kan??"
"Yup".
"Sebelum maghrib aku sampai".
................................................................................................
Alhamdulillah...
"Pertemuan Pertama" aku akhiri dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi...
Moga kalian terhibur dengan jalan cerita yang cuba disampaikan...
Diharap jalan ceritanya juga bermanfaat untuk dijadikan pedoman...
Segala yang baik itu dari ALLAH, yang buruk khilaf saya sendiri...
Dengan sokongan para yang hadir ke blog ini, makin bersemangatlah rasa di hati untuk berkongsi cerita yang lain pula...

1 September 2012....6.17 petang
Sepanjang perjalanan ke KTM, traffic jam menjadi topik perbualan. Perjalanan ini tidaklah sesesak perjalanan pulang nanti. Rasa bersalah bertandang di hati."Saya mintak maaf ye pakcik. Nyusahkan pakcik je hantar saya ni. Nanti mesti lambat sampai rumah".
"Xpe-xpe. Bile kamu dah sampai Putra nanti, pakcik baru sampai rumah".
Setibanya di KTM Komuter, rasa sayu menyapa diri. Si ayah di bangku sebelah cuba berbasa-basi.
"Ni nak parking ke benti kat tepi jalan je??"
"Benti tepi jalan je la. Susakan pakcik lak".
"Kalau menghormati tetamu, kene parking dulu".
"Xpe pakcik, saya pun nak cepat ke rumah kawan".
"Ok, pakcik benti kejap je la kat depan tu".
Kereta dipandu perlahan ke lokasi yang dimaksudkan tadi. Berhenti saja bahu jalan, dengan pantas aku menghulur tangan bersalaman.
"Terima kasih banyak-banyak ye pakcik. Bagi tumpang tidur, makan, minum, mandi, tandas semua"
"Terima kasih jugak sebab datang".
"Mintak maaf ye pakcik kalu ade salah ape-ape. InsyaALLAH saya datang lagi".
"Raya Haji ni datang la lagi, bawak mak ayah sekali".
Beg sandang dan jijingan diambil di tempat duduk belakang. Sempat lagi menjeling ke wajah si dia yang sayu di sebelah sana. Merayu sukma supaya jangan pergi. Secara tiba-tiba, lagu motif band "Tuhan, Jagakan Dia" bermain-main di fikiran. Ingin saja ku tujukan lagu itu buat si dia kala ini. Tangan dilambai sebagai isyarat selamat tinggal.
Kini, janji semalam pula harus ditepati. Janji ke rumah Za'im di Sentul. Dengan pantas, tangan menyeluk kocek.
"Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam".
"Ko ade kat rumah x??"
"Ade-ade...hehehehe"
"Aku nak datang ni. Rumah ko dekat dengan Stesen LRT Sentul kan??"
"Yup".
"Sebelum maghrib aku sampai".
................................................................................................
*TAMAT*