Thursday, 28 February 2013

DIDCHUKNOW10 [Februari '13] - Tulang Manusia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih TULANG MANUSIA sebagai topik perbualan...sebahagian fakta menarik mengenai tulang manusia...selamat menimba ILMU :)

..............................................................................................

Tulang membentuk struktur badan kita. Tanpa tulang belulang, kita mungkin dikala ini mengesot di atas lantai, lihat sahaja cacing dan lintah. Basically abam sengaja specify tajuk ni kepada tulang manusia. Setiap makhluk terutamanya vertebrae, mempunyai struktur tulang yang berbeza.
................................................................................................



1. Tulang Manusia Lebih Kuat Daripada Konkrit
Tulang manusia sebesar sekotak mancis boleh menampung berat sehingga sembilan tan. Tulang manusia adalah empat kali lebih kuat berbanding konkrit.

NOTE: Konkrit adalah kombinasi simen, air, pasir dan batuan kecil.  



2. Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Manusia Dewasa

Setiap bayi yang baru lahir mempunyai sebanyak 300-350 tulang. Jumlah tulang belulang ini akan semakin berkurangan ketika proses tumbesaran. Ketika berumur sekitar 12-14 tahun, tulang2 kecil ini mula bergabung untuk membentuk tulang yang lebih besar dan kuat!! Manusia dewasa hanya mempunyai sebanyak 206 tulang.



3. Bayi Dilahirkan Tidak Mempunyai Tempurung Lutut (Kneecap)
Meskipun mempunyai tulang yang lebih banyak berbanding manusia dewasa, bayi tidak mempunyai tempurung lutut. Lutut bayi terdiri daripada beberapa tulang rawan (cartilage). Tulang rawan ini secara perlahan akan mula mengeras menjadi tempurung ketika berumur 3-5tahun. Proses pembentukan tempurung lutut ini dinamakan ossification.



4. Lebih Separuh Daripada Tulang Manusia Terdapat Pada Tangan Dan Kaki
Sekiranya bilangan tulang ini dikira mengikut lokasi pada badan, maka separuh darinya hanya terdapat pada tangan dan kaki. Bahagian tangan yang abam maksudkan kat sini adalah tapak tangan (38) sehingga pergelangan tangan (16). Manakala kaki pula daripada tapak kaki (38) sehingga buku lali (14).



5. Coccyx Adalah Ekor Yang Tersembunyi
Coccyx (pronounce kok' sik) atau tulang ekor terletak di bahagian hujung tulang belakang manusia. Berbentuk seakan sabit, tirus di hujung. Beberapa teori mengatakan coccyx ini adalah tinggalan nenek moyang kita yang mempunyai ekor. Terdapat lebih 100 kes bayi yang dilahirkan mempunyai ekor disebabkan wujudnya tulang ini. Sesetengah saintis berpendapat, kewujudan  coccyx ini tidak memberi fungsi significant disebabkan manusia tidak mempunyai ekor.



6. Femur Adalah Tulang Terbesar
Tulang Femur terletak pada bahagian paha manusia. Tulang ini bukan sahaja tulang yang terbesar, malah juga tulang yang terkuat. Tulang ini mampu menampung 30 kali ganda lebih berat daripadanya dengan isipadu yang sama. Apa yang lebih menarik, tulang ini berongga (hollow) dan tidak tumpat. 



7. Stapes Adalah Tulang Terkecil
Stapes atau stirrup terletak pada bahagian tengah telinga. Tulang terkecil ini dianggarkan berukuran 2.8mm panjang. Tulang ini merupakan satu-satunya tulang yang tidak berubah dari segi saiz atau fully grown sejak dilahirkan. Apa yang lebih menarik, tulang ini membantu dalam menghantar isyarat getaran bunyi ke dalam sistem pendengaran kita!!


 

8. Tulang Tengkuk: Manusia = Zirafah
Jumlah tulang tengkuk manusia adalah sama dengan jumlah tulang tengkuk seekor zirafah. Cume tulang zirafah ni tersangat-sangatlah panjangnye!! Tu yang nampak tengkuk zirafah ni menjulor ke ataih. 



9. Tulang Sumsum Menghasilkan Sel Darah
Tulang sumsum atau bone marrow terdapat dalam tulang-tulang yang berongga. Tujuan utama tulang sumsum ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah, darah putih dan platelet. Proses penghasilan sel darah ini dinamakan Haematopoiesis. Tulang sumsum menghasilkan lebih 2 juta sel darah merah setiap saat dan 500 bilion sel darah setiap hari. 



10. Tulang Hyoid Tidak Bersambung Dengan Tulang Yang Lain
Satu-satunya tulang yang 'terasing' daripada tulang lain adalah Hyoid. Tulang yang berbentuk seakan kaki kuda ini terletak di antara dagu dan thyroid cartilage. Tulang ini dipisahkan oleh otot dan ligamen daripada bersambung dengan tulang-tulang yang lain. Tulang ini membantu dalam pergerakan lidah dan ketika menelan makanan.
.............................................................................................


Apabila saluran darah kekurangan kalsium, darah akan menarik zat kalsium daripada tulang. Hal ini lambat laun akan menipiskan tulang dan melemahkan struktur tulang itu sendiri. Kejadian ini menyebabkan penyakit Osteoporosis, menjurus kepada keretakan dan patah tulang.


Nah, sup tulang tuk korang....nyam3
.............................................................................................



Reference
1. Facts about bones
2. 9 amazing bone facts
3. Bone fun facts
4. Bone marrow
5. Hyoid bone
6. 10 incredible baby facts
7. 10 amazing facts about human body
8. 10 useless human body parts


..............................................................................................


Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate... Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri... Wallahua'lam...



Anda suka entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce LIKE sikit

Friday, 1 February 2013

DIDCHUKNOW10 [Januari '13] - Tujuh {7}

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih angka TUJUH {7} sebagai topik perbualan. Tujuh perkara berkaitan alam semesta dan secebis berkaitan akhirat...selamat menimba ILMU :)
.............................................................................................

Angka Tujuh {7} merupakan satu-satunya angka Inggeris yang mempunyai dua suku kata dalam kiraan sepuluh {seven}. Angka tujuh sangat sinonim dengan dunia kita. Ayuh baca sebahagian daripadanya. Secara kebetulan abam baru start Semester 7 di UTP setelah mengharungi liku-liku hidup berlatihan industri~~
.............................................................................................



1. Tujuh Warna Pelangi

Michael Jackson Kill His Brother In USA
Abam percaya korang jugak ade cara tersendiri tuk ingat ketujuh-tujuh spectrum cahaya nieh. Merah--Jingga--Kuning--Hijau--Biru--Indigo--Ungu. Tujuh warna pelangi yang terhasil daripada proses pembiasan cahaya putih. Menghiasi langit setelah hujan yang renyai mula berhenti di siang hari. Keindahan warnanya menenangkan jiwa...begitu terasa keagungan sang Maha Pencipta.
Selain pelangi, pembiasan cahaya ini juga adalah faktor yang menentukan warna langit. Langit kelihatan kemerahan di waktu pagi dan biru di waktu siang adalah disebabkan lokasi matahari pada waktu berkenaan. Pembiasan yang sedikit di waktu pagi menampakkan kemerahan. Manakala pembiasan yang maksimum di waktu siang menampakkan kebiruan.



2. Tujuh Lautan Utama Dunia
Secara umumnya terdapat tujuh lautan utama dunia, seperti yang dilampirkan di atas:
1. Lautan Pasifik Utara

2. Lautan Pasifik Selatan
3. Lautan Atlantik Utara
4. Lautan Atlantik Selatan
5. Lautan Antartik
6. Lautan Artik
7. Lautan Hindi

Yang abam listkan nieh adalah lautan utama je yerk. Jangan tanya nape Laut China Selatan tak masuk dalam list ni. Korang sendiri leh nampak betapa kecik toeknya Laut China Selatan dalam peta dunia...huhuhu~~



3. Tujuh Lapisan Langit (Atmospheric Layers)
Atmosfera bumi mempunyai tujuh lapisan. Kalau xsilap ade dalam buku teks skola tingkatan 2 atau 3. Saintis percaya atmosfera bumi utama hanya ada 4 lapisan - Thermosphere, Mesosphere, Stratosphere dan Troposphere. Lagi 3 lapisan tuh (Exosphere, Ionosphere dan Ozonosphere), adalah lapisan-lapisan 'insignificant' atau nipis berbanding 4 lapisan utama atmosfera bumi. 

"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh langit yang berlapis-lapis" 
(Al-Mulk: 3)
"Lalu Dia menjadikan tujuh langit dalam dua masa" (Fussilat: 12)
"Dan kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?" (An-Naba: 12)


 4. Tujuh Benua

Terdapat 7 benua di dunia:
1. Asia

2. Afrika
3. Eropah
4. Amerika Utara
5. Amerika Selatan
6. Australia
7. Antartika

Australia merupakan BENUA terkecil dan juga NEGARA keenam terbesar di dunia. Manakala BENUA terbesar di dunia pula adalah Asia. Sungai Yangtze adalah sungai terbesar di Asia. Sungai ini juga mencetuskan banjir paling buruk dalam sejarah. Leh lepak kat SINI.



5. Tujuh Lapisan Bumi
Dulu masa kat sekolah, kita diajar yang bumi cume ade empat lapisan je - Kerak Bumi, Mantel, Teras Luar dan Teras Dalam. Tapi hakikatnya, bumi ade tujuh lapisan jugak sama macam langit.

"ALLAH yang menciptakan tujuh petala (langit) dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu" (At-Talaaq: 12)
Melalui kajian yang lebih terperinci, bahagian Mantel yang tebal pulak terbahagi kepada empat - D" Layer, Lower Mantle, Transition Region and Upper Mantle. Jadi konklusinya, lapisan bumi mengikut turutan adalah seperti berikut:
1. (0-40m) Crust - Oceanic and Continental
2. (40-400m) Upper Mantle/Athenosphere
3. (400-650m) Transition Region
4. (650-2700m) Lower Mantle
5. (2700-2890m) D" Layer
6. (2890-5150m) Outer Core
7. (5150-6378) Inner Core
Term lain yang berkaitan lapisan bumi adalah:
1. Lithosphere - nama lain bagi gabungan Crust dan Upper Mantle




6. Tujuh Lapisan Matahari
Selain bumi, matahari juga mempunyai tujuh lapisan. Walau bagaimanapun, lapisan matahari lebih kepada pembahagian lapisan GAS kerana matahari itu sendiri terbentuk daripada gas - Helium and Hidrogen. Susunan lapisan matahari adalah seperti berikut:
1. Corona 
2. Chromosphere
3. Photosphere
4. Subsurface Flow
5. Convection Zone
6. Radiative Zone
7. Inner Zone

Fun fact:
"100 bilion dinamite harus diletupkan SETIAP SAAT untuk menyamai tenaga yang dihasilkan oleh matahari."



7. Tujuh Keajaiban Dunia Terbaru
Tahukah anda, kini terdapat tujuh keajaiban dunia yang terbaru? Peristiwa pemilihan 7 keajaiban dunia terbaru ini berlangsung di Lisbon, Portugal pada 7 Julai 2007. Berikut adalah senarai 7 keajaiban dunia terbaru:
1. Chichenitza, Mexico

2. Christ Redeemer, Brazil
3. Colosseum, Italy
4. Taj Mahal, India
5. Great Wall, China
6. Petra, Jordan
7. Machu Picchu Michu Pikachu, Peru

Pemilihan monumen-monumen ini adalah berdasarkan nilai sejarah, keindahan, kesenian, pandangan arkeologis, complexity serta keteguhan seni bina.



8. Disebalik Tujuh Hari Seminggu
~ Bumi berputar mengikut paksi ---> Satu hari...
~ Bulan beredar mengelilingi bumi ---> Satu bulan...
~ Bumi beredar mengelilingi matahari ---> Satu tahun...

Tapi satu minggu?? Acane kire??? Haaaaa.....
Tujuh hari seminggu ini berasal daripada budaya kuno Babylon dan Yahudi. Mereka meraikan hari ketujuh sebagai 'hari suci' bagi agama mereka. Sebelum ni ade kalander lama yang pakai 8-9 hari seminggu tau. Hal ini disebabkan kiraan fasa bulan yang melebihi 28 hari (29/30 hari). So, ade satu minggu setiap bulan yang kene tambah 1-2 hari.

Joseph Stalin (pemimpin Soviet Union) pernah memansuhkan "HUJUNG MINGGU" pada tahun 1930 untuk meningkatkan produktiviti. Soviet Union kemudiannya mengubah seminggu mereka kepada 6 hari. Tapi, 10 tahun kemudian 7 hari seminggu apply balik kat Soviet Union.

"Tujuh hari seminggu dah jadi standard seluruh dunia"
"No wonder orang xbape gemor nak explain"



9. Tujuh Tingkatan Syurga
illustration purposes
Syurga memiliki tingkat, sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala, artinya,
”(Kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah, dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (QS. 3:163)

1. Syurga Firdaus
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus menjadi tempat tinggal". (Al-Kahfi: 107)


2. Syurga 'Adn
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (saat didunianya dari berbagai dosa)". (Taha: 76)


3. Syurga Naim 
Dijadikan dari perak putih. "Diperuntukkan bagi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal soleh". (Al Qalam: 34, Luqman: 8, Yunus: 9, dan Al-Haj: 56).

4. Syurga Ma'wa
Diciptakan dari jamrud hijau. "Adalah tempat orang-orang yang bertakwa kepada Allah". (An Najm:15)


5. Syurga Darussalam
Diciptakan dari Yakut merah. "Penghuninya yaitu orang-orang yang kuat iman dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah, serta beramal Saleh" (Al An'am: 27).


6. Syurga Darul Muqamah
"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi allah yang telah mengapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri; Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (surga) dan karunia-nya". (Fathir: 34-35)


7. Syurga Al-Maqamul Amin
"Diciptakan dari permata putih. Kediaman orang-orang yang bertakwa". (Ad dukhan: 51)



10. Tujuh Tingkatan Neraka
illustration purposes
1. Jahannam
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.
 

2. Jahim
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran surat As-Syu'araa (26) ayat 91. didalamnya ditempati orang-orang musyrik.
 

3. Hawiyah
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Qori'ah (101) ayat 9-10. didalamnya ditempati orang-orang munafik dan orang-orang kafir.
 

4. Wail
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muthaffifin, ayat 1-3.
 

5. Sa'ir
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain. Di dalamnya ditempati orang-orang Nasrani.
 

6. Saqar
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muddatstsir (26) ayat 26-27,42. didalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.

7. Hutomah
Nama ini tercantum dalam Al-Qur'an Surat Al-Humazah (104) ayat 4-5. didalamya ditempati orang-orang yahudi.
.............................................................................................



REFERENCE
1. Wiki2 Benua

2. Wiki2 Atmospheric Layer
3. Tujuh Lautan
4. Wiki2 seven-days a week
5. Lapisan Bumi
6. Tafsir Al-Quran
7. Wiki2 Planet

8. Lapisan neraka dan syurga
.............................................................................................


Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...


Anda suka entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce LIKE sikit

Thursday, 17 January 2013

Major for final year??

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Dah nak dekat sebulan aku memanaskan PS2 console kat rumah. Men GoW2 sampai khatam (Spartan till Titan)... Alhamdulillah, dapat jugak kesempatan yang sangat rare ini. Kredit to Shinobier tuk walkthrough titan mode...hik3~~

Puas rasa di hati...berkobar-kobar semangat di dada...melangkah ke alam final year seakan tidak terasa payahnye. Meskipun hakikatnya sudah pasti 10kali ganda lebih mencabar berbanding internship...!! (amboih keterlampauan hyperbolanya...lol)

Yang aku xleh tahan tuh, lum start pape lagi dah rasa tercabar. Kene decide major elektif!! UTP bagi sebulan tuk proses pemilihan. Tapi, aku terpaksa amik last minit. Kumpul pressure setepu-tepunya. Al-maklum la, aku bukannya good decision maker. Salu harapkan hint2 yang jitu lagi meyakinkan~~

Tidak keterlaluan aku katakan, keputusan ini merupakan langkah pertama untuk mengotakan azam 2013. Terutamanya dalam menentukan hala tuju dua semester terakhir nieh. Grad tahun ni atau tahun depan?? Stressful or joyful life?? Sumenye saling berkait. Jadi, segala bentuk keputusan adalah sangat crucial. Berat nanang boh!!

Basically, ade 5 major elektif yang ditawarkan tuk dak final year Meche khususnya - Automotive, Energy, Manufacturing, Material and Petroluem. Setiap major course pulak terdapat 3 core subject di bawahnya. Tapi, dgr cite leh men pilih-pilih subjek...xmain dah major2.

Kalu kite kaji balik isu ni dalam-dalam. Based on my own experience la. Alam pekerjaan sangat memerlukan seseorang yang kaya dengan segenap ilmu pengetahuan...xkire la ilmu ape sekalipun. Hatta, ilmu fotostat dan binding. Dalam erti kata lain, biar tau sikit2, belajar sikit2....dari belajar sedalam-dalamnya lalu terjerumus ke kancah 'narrow minded'...hik3~~
Secara ringkasnya, hal pemilihan major ni bukan la sesuatu yang perlu dirunsingkan. Apa yang perlu diberi perhatian khusus sekarang adalah isu minat. Dah lebih 3 tahun amik degree. Menempuh susah payah berpraktikal di negeri orang. Jadi isu minat ni serba sedikit terdetik di hati. Yang menjadi masalahnye, terdetik saja tidak ckup.


Terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan, antaranya:
1. Scope of study...
2. Lecturer style of teaching dan level of awesomeness...
3. Jadual yang tak xclash dan menarik...
4. Jumlah rakan2 yang punya minat yang sama dengan kita...
 


Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha yang tidak seberapa...hint2 jitu itu semakin jelas kelihatan. Actually, aku just ikot kata hati....sixth sense la konon. Major in Energy. Hope to be more energetic towards the end of this fruitful journey. Its tough...sure it is. But the game must go on. Wish me luck, guys :)
................................................................................

Neway, tajuk FYP aku...."Conveyor Design for Biomass Feeding System". Mula-mula, agak memilih. Tapi, serabut sangat dah fikiran aku nieh. So, aku lenjan je la mane aku rase ade secebis interest.


Anda suke akan entry ini??
Ce like sikit :)

Wednesday, 2 January 2013

DIDCHUKNOW10 [Disember '12] - Terengganu

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Abam Didiy baru je pindah dari Ganu ke Ipoh. Hampir enam tahun jugak la family abam bermastautin kat sana. Tapi abam stil stay kat Ipoh, belajar kat sini sampai la masuk UTP. Rezeki kat tempat sendiri jugak yang melimpah ruah...huhuhu
So, entri DIDCHUKNOW10 kali ni, abam nak share sikit la several facts sal Terengganu...enjoy~~
...........................................................................................


Terengganu Darul Iman [sebelum ini dikenali dengan nama Trengganu atau Tringganu] juga lebih selesa dengan panggilan Ganu. Merupakan salah satu negeri yang terletak di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Berkeluasan 13,035 km2 dengan kepadatan penduduk seramai 1,015,776 (pada tahun 2010). Lebih 90% penduduknya adalah Melayu beragama Islam. Lokasinya yang strategik sering menjadi sasaran angin monsun timur laut.
...........................................................................................


1. Ganu cume ade satu je panggung wayang

 
Mesra Mall, Kerteh merupakan satu-satunya lokasi di Terengganu yang ade wayang. Yup... Kuala Terengganu, Marang, dan di bahagian Utara Ganu mmg xde wayang. Selain Mesra Mall, kalu nak tgk wayang jugak kene g Kuantan Mega Mall. Lebih kurang sejam setengah dari Mesra Mall...hahaha.
Kat Mesra Mall ni ade TGV. Ape yang special pasal TGV Mesra Mall nieh, die ade jadual tersendiri. Khamis petang sampai Jumaat tgh ari xde wayang. Means, korg xleh mulakan weekend korg dengan layan muvie baru la. Eh, weekend kat Ganu start Jumaat k. Jangan uat xtau plak...



2. Loghat yang unik
Selain mendengungkan setiap perkataan yang ade huruf 'n' dan 'm'...loghat ganu jugak ade beberapa perkataan yang unik. Antaranya "dok ghok cetong" = penat sangat2, "koya" = poyo, "tubik" = keluar...dsg.
Ape yang lebih menarik pasal loghat Ganu ni...diorang xmain panas giler, sejuk giler, berat giler nieh. Diorang ade perkataan lain tuk replace term "giler". Haaaa...xke unik tuh!!
Panas giler = Panah ketik                     Hodoh giler = Huduh sepang
Sejuk giler = Sejuk ketor                     Berat giler = Berat nanang
Bising giler = Bising bangor                   Kemas giler = Kemah keming
Busuk giler = Busuk kohong



3. Hotel 5 bintang cume ada 2 butir ja
Awana Kijal, Terengganu
Tahukah anda, hotel mewah bertaraf 5 bintang cume ade 2 je kat Ganu. Se Awana Kijal kat Kijal...se g Tanjung Jara Resort kat Dungun. Kat Kuala Ganu, paling mewah pun hotel 4 bintang je.
Tanjung Jara Resort, Terengganu
Apa yang menarik pasal lokasi hotel-hotel bertaraf 5 bintang ini, ianya terletak tidak jauh dari kawasan perindustrian. Xde la btul2 sebelah kilang. Tapi, boleh kate xjauh la...dalam setengah jam dari kawasan pemprosesan emas hitam.



4. Sultan termuda dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Terengganu

Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu sewaktu baginda berusia 38 tahun. Sultan termuda yang menaiki takhta. Selang 6 tahun kemudian, baginda dilantik pula sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13 menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Alharhum Syed Putra Jamalullail. Sultan Mizan merupakan YDPA kedua termuda selepas ayahanda Tuanku Syed Sirajuddin, Almarhum Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (41 tahun).
Sultan Mizan selesa bergaul dengan rakyat jelata. Pernah bermain bola sepak bersama. Sekarang baginda aktif dengan aktiviti menunggang kuda yang sememangnya sebati dengan jiwa baginda sejak berusia 6 tahun lagi.



5. PRU-11, berlaku peralihan kuasa di Terengganu
Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengalami peralihan kuasa pada PRU ke-11. Peralihan ini mengakhiri pemerintahan selama 4 tahun PAS di Terengganu sejak tahun 1999. Dirampas Diambil alih semula oleh kerajaan pusat.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Terengganu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengukuhkan lagi kerajaan persekutuan di hati rakyat. Hal ini termasuklah dengan pembinaan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Bandar 'Cowboy' Kijal dan yang terbaru, Program Teganu Kite musim kedua di TV3...hik3~~



6. Nak masuk sekolah...kene tukar KERAKYATAN!!
Apa Terengganu bukan dalam jajahan Tanah Melayu?? Kene pakai passport ke nk masuk Ganu?? Hampa jangan buat2 terkejut...hahaha~~
Actually, sekolah yang dibina oleh Yayasan Agama Islam Terengganu adalah khas untuk rakyat Terengganu shje. Pendek kate, orang 'luar' xleh masuk. Assobiyah bak hang!! Hahaha~~ Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah kerajaan tidak dikenakan syarat sedemikian rupa. Jangan kalut ngat...Hik3~~
Ni pengalaman adik abam sendiri. Dia kene tukar jadi rakyat Ganu semata-mata nak masuk salah sebuah sekolah agama under Yayasan Agama kat Dungun. Nak tukar kerakyatan pulak kena duk kat Ganu at least 3 tahun...pulok!!?? Sib bek dah duk 4 tahun. Haish~~



7. Taman Tamadun Islam - Taman Tema bercirikan Islam pertama di dunia
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang dahulunya subur dengan pohon nipah yang melata. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Kira-kira 21 monumen dibangunkan di dalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz original.
Mula dibina pada Mac 2005. Taman ini bukan sahaja dikelilingi replika sejid dari serata dunia, malah sebuah sejid yang juga mercu tanda Terengganu iaitu Sejid Kristal turut menghiasi landskap.
Cag tiket yang dikenakan adalah seperti berikut - Dewasa (RM10), Kanak2 (RM5), Warga Emas atas 60 tahun (RM5), bukan rakyat ganu warganegara (RM20). Selepas pembayaran, passport atau buku kecil akan dibekalkan untuk anda...hik3~~



8. Terengganu, tempat lahir Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. UAI merupakan individu yang paling berpengaruh kat Malaysia sekarang. Sebut sahaja namanya pasti tersenyum dek terkenangkan celoteh beliau di Youtube.
Disebabkan jadual beliau yang terlalu padat lately, susah sikit nak tau lokasi tetap rumah beliau...huhuhu. Walaubagaimanapun, Terengganu tetap menjadi lokasi popular UAI untuk pengimarahan majlis ilmu. Lihat sahaja tentatif ceramah beliau...lebih 50% (16 lokasi) ceramah bulan Januari hanya di Terengganu!!



9. Juara SUKMA empat kali berturut-turut
Sejak SUKMA 2008 di Kuala Terengganu, Terengganu telah dinobatkan sebagai kuasa sukan negara sebanyak empat kali berturut-turut. Dan masih lagi juara bertahan!! Disebabkan Terengganu menang SUKMA kat Pahang baru-baru ni, dapat la abam merasa cuti peristiwa masa intern lepas...hik3.
Terengganu telah melahirkan ramai atlet berkualiti untuk mewakili negara. Walau bagaimanapun, pencapaian 4 kali berturut2 ini bukanlah pencapaian terbaik pernah direkodkan dalam kejohanan SUKMA. Selangor pernah memenanginya sebanyak 6 kali berturut-turut (1996-2006).



10. Nasi campur tuk lunch mahal giler
Berdasarkan survey rambang area Paka-Dungun, korg memerlukan sekurang2nya RM6 tuk makan tengah hari. Makan xleh berselera sangat. Lauk ikan seyes mahal kat Ganu. Kalu nak jimat, makan lauk ayam. Ayam pun ayam goreng je...ayam masak pelik sikit dah naik harga.
Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh segelintir 'orang luar' yang makan kat Ganu nieh. Kopok lekor pun mentekedarah harganya. Untuk pengetahuan rakyat Terengganu khususnya...di Perak (teman oghang peghok yob!!), jika ayamlah lauknya maka samalah harganya. Xkira la masak ape jenis sekalipun. Maaf andai terkasar bahase.
...........................................................................................



Sempena entri kali ni...abam nak ngajak para sahabat tuk berjalan-jalan kat Ganu. Banyak lokasi percutian menarik tuk dikunjungi. Plus, tahun 2013 ni memang tahun melawat Terengganu. Moh pakat g Ganu terrrr~~~
~~kalu tuang gi pata timor....jangan lupe maghi sokmo~~



Reference
1. Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2. Taman Tamadun Islam
3. Wiki2 Ustaz Azhar Idrus (UAI)
4. Wiki2 SUKMA
5. Facebook Kami Boikot Buletin Utama TV3
6. Facebook I <3 Loghat GANU KITE 
...........................................................................................



Ada cadangan untuk entri DIDCHUKNOW10 pada bulan2 akan datang?? Sila utarakan di ruangan komen di bawah...
TERIMA KASIH kepada yang membaca...


Maaf andai terkasar bahasa...
Anda suke akan entri ini??
Click like...