Saturday, 22 June 2013

PETRONAS Structured Interview (SI)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Pekabo engkome sekalian?? Harapnye sihat le yob!! Aku baru je interview dengan PETRONAS atau dalam nama yang lebih glamour, 'PETRONAS Structured Interview'. Interview aku ni berlangsung pada hari selasa lepas (18 Jun 2013) kat Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur. Untuk entri kali ni, aku nk share sikit-sikit la input yang aku dapat sepanjang SI nieh. Aku harap dapat membantu engkome sekalian terutamanya pada yang masih dalam persediaan menunggu panggilan SI.

Hampa suma jangan ghisau. Aku cuba explain sehabis daya tuk hampa paham the whole storyline of this interview. Mungkin details yang aku cuba sampaikan xsama dengan apa yang hampa bakal lalui nanti. But at least, leh prepare pe yang patut kan?? Kalu hampa ada doubt kat mana-mana, mohon utarakan di ruangan komen. Mana la tau, aku leh tolg hampa.
................................................................................................
Basically, SI ni terbahagi kepada 3 parts/stages:
1. Case Study (Individual)
2. Role Play (Group)
3. Behavioral Interview (Individual)
................................................................................................


1. CASE STUDY
Sebelum memulakan case study, 8 orang daripada kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan case study yang berbeza. Interviewee diberi masa selama 30 minit untuk memahami serta menginterpretasi a half A4 paged article. Satu soalan berkaitan dengan artikel akan guide hampa semasa pengolahan isi.

Group A: "Leaner or Meaner"...Makin longgar or makin tegas (decision making).
Group B: "Cleaning Up"..........Global Warming and Air Pollution.

Selepas 30 minit, kedua-dua group dipindahkan ke dalam dua bilik yang berbeza. Interviewee akan ditempatkan pada satu meja bulat yang terletak di tengah-tengah bilik tersebut. Enam accessor akan memerhatikan segenap tingkah laku interviewee dalam tiga penjuru yang berbeza. Haih, payah ngat tulih ayat nieh...aku bagi hampa gambaq la senang cita. Puih~~
Lebih kurang camni la susunannya aritu
Selepas brief intro daripada accessor, interviewee diberi masa selama tujuh minit untuk intro diri (nama, kos pe, asal mana) dan seterusnya memberikan ulasan panjang lebar mengenai case study berkenaan. Reminder dua minit akan diberikan sekiranya hampa bercakap xhenti-henti :P


Tips Abam DiDiY~~
Sebelum Perbincangan...
* Lek lu, tarik nafas panjang-panjang.
* Baca artikel dan soalan betul-betul. Tak faham, tanya je.
* Jot down apa sahaja yang bermain di fikiran semasa membaca artikel.
* Susun isi tu kasi kemas sikit.
* Fluentness of idea is important <--- yang ni memerlukan pengalaman.
* Masukkan idea-idea yang tidak terdapat dalam artikel.

Semasa Perbincangan...
* Jangan menulis semasa sahabat yang lain sedang bercakap.
* Fokus kepada presentation. Ingat!! Anda sentiasa diperhati.
* Jangan tulis pape kat kertas soalan. (Ade note kat bawah kertas...huhuhu)



2. ROLE PLAY
Actually, lepas je abis case study leh terus start role play kat bilik yang sama. Tapi, ade sedikit kelonggaran. Let say hampa nk terkucil ke pe, boleh la berpusu-pusu ke tandas...lol~

Interviewee diberi masa selama lebih kurang lima minit untuk discuss and pilih role masing-masing. Masa aku interview aritu, ade tujuh role yang ditawarkan, tapi leh pilih satu je. Pas dah pilih role tu, boleh la terus mulakan perbincangan. Hampa diberi masa selama 30 minit tuk utarakan pendapat serta idea hampa. Semasa perbincangan, hampa leh cakap either in BM or BI. It doesn't matter. As long as the idea is deliver. Aku aritu kene fully speaks in English la sebab ade sorang Egyptian dalam group. Kang dia ternganga plak, payah!!

Continuation of the discussion is the key at this stage. Make sure everyone speaks and don't talk too much. Pass the conversation to others and don't be selfish. Ala, sebijik cam MUET. Reminder will be announce in the last 3-5 minutes.


Tips Abam DiDiY~~
* Kalau xnak kene hentam kuat. Jangan amik government as the role play. (Kalu ade)
* Kalau suke hentam orang. Amik consumer as the role play. (Kalu ade)
* Cakap je apa yang terlintas di fikiran. 
* Jangan cakap sorang-sorang...pas kat kengkawan yang lain jugak.
* Hidupkan perbincangan dengan lawak jenaka selamba badak.
* Interrupt je bila xpuas hati dengan idea orang lain...BUT JANGAN LUPA ADAB!!



3. BEHAVIORAL INTERVIEW
Lepas abis role play, mungkin ade hi-tea sikit. Pastu baru start final stage ni.


Behavioral Interview adalah interview secara face-to-face. Basically ko akan face tiga orang accessor dalam bilik tuh. Dua orang kat depan, sembang dengan ko. Sorang lagi kat belakang, study ko punya body language (ini assumption je brader).

Well, the conversation will start with an ice-breaking session. Then, pengalaman peribadi pula dipersoal. Berikut adalah soalan-soalan yang ditanya kepada aku aritu (ape yang aku ingat je la brader) :-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i. Tell us more about yourself :-
     *Personal details
     *Educational Background
     *Parents
     *Siblings

ii. How do you find yourself in the next five years?

iii. Tell us your biggest strength and weakness.

iv. What project have you really involved directly? Are you the leader or just a follower of that project?

v. Have you been a leader? As a leader, what didchudo? Have you encounter crucial situation? How do you handle that crucial situation?

vi. Are you ready to learn new things?

vii. If your boss wants you to handle a big project which does not related to your specialty, would you accept?

viii. Which place would you prefer to work in PETRONAS?

ix. If we send you oversea, would you go? 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Tiada had masa untuk stage nieh. But for the record, the fastest is half an hour and the longest is one and a half hours. Hampa leh cakap either in BM or BI. Nak rojak pun xde hal la. Untuk experience based question, hampa leh goreng pape je pengalaman peribadi yang pernah hampa lalui. BUT BEWARE!! Jangan cerita sesuatu yang hampa xpernah buat. Dikhabarkan accessor ni dah dilatih untuk detect whether hampa menipu or tak.


Tips Abam DiDiY~~
* Macam biasa, jangan gelabah xtentu hala.
* Jaga eye contact.
* Jangan menipu kalau korang xde experience.
* Be confident with your answer.
* Kalau xpaham soalan, mintak ulang balik soalan tuh.
* Jangan rush sangat nak jawab soalan, amik masa untuk interpret soalan tu dulu.
* If possible, organize your answer.
................................................................................................
Fuh, aku harap entri kali ni dapat la memberi sedikit gambaran bagaimana ghupenye SI ni berlangsung. SI kali ni menggunakan sistem yang baru. Slightly less stressful then before, I think. So, gudluck to all future PETRONAS interviewee. I wish you all the best in your upcoming SI.


Segala yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Suke akan entri ini?? Cer like sikit :) 

Saturday, 1 June 2013

DIDCHUKNOW10 [Mei '13] - Kacang Soya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih Kacang Soya sebagai topik perbualan. 10 produk berasaskan kacang soya yang mungkin anda tidak tahu. Selamat membaca~~
..............................................................................................



Kacang soya; [English: Soy bean] adalah sejenis kekacang yang tidak asing bagi kita. Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berketinggian sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.

Kandungan asid amino yang tinggi dalam kacang soya membantu dalam memastikan  keseimbangan kandungan protein dalam badan, terutamanya golongan vegetarian. Perkataan soy diambil daripada perkataan Jepun, shoyu yang bermaksud kicap. Berikut abam senaraikan 10 produk berasaskan kacang soya.
..............................................................................................



1. Air Minuman
Lambakan pelbagai jenama susu soya di pasaran tempatan menjadikan soya begitu sinonim dengan masyarakat kita. Apa yang menjadi di luar kebiasaan kita adalah susu soya yang dijadikan minuman alternatif bagi menggantikan susu bayi.
 
Isomil adalah salah satu contoh susu bayi yang berasaskan kacang soya. Bagi sesetengah bayi yang alah kepada susu lembu, susu ini boleh dijadikan alternatif. Sekiranya bimbang akan side effect of soy product, leh consult dengan doctor tuk another alternatives.



2. Tempe
Makanan tradisional jawa ini sangat terkenal di selatan tanah air. Tempe terbentuk melalui proses penapaian terkawal yang menyatukan setiap biji kacang soya, tekstur seakan daging burger. Tempe selalunya digoreng atau dimasak dengan sambal sebelum dihidangkan. Secara personal abam xberapa minat dengan tempe...tapi kalu isteri dah masak, bedal jugak la~~



3. Tauhu
Japanese style "Silken tofu" bersama kicap dan hirisan lobak merah
Tauhu; [English: Tofu] terhasil daripada susu soya yang dibekukan. Normally, proses pembekuan adalah dalam acuan berbentuk kiub. Tauhu mengandungi kandungan kalori yang rendah, tetapi tinggi kandungan protein. Tauhu juga boleh digoreng. Tauhu sumbat adalah contoh tauhu goreng yang disumbat dengan timun dan taugeh.

Untuk pencuci mulut atau manisan di petang hari, tauhu boleh dihidangkan bersama sira atau gula pelbagai rasa...lebih dikenali dengan panggilan Tau Fu Fa/Douhua/Taho.



4. Kicap
Hantu Botol Kicap (gambar hiasan kot2 korang bace blog ni tengah malam)
Kicap; [Jepun: shoyu; English: soy sauce] adalah penambah perasa yang tidak asing bagi kita khususnya rakyat Malaysia. Bahan asas bagi pembuatan kicap adalah kacang soya, garam dan ragi. Secara umumnya proses pembuatan kicap terbahagi kepada beberapa bahagian - pembersihan, perebusan, penapaian, penjemuran, penapaian lagi, tambah perasa plak lagi, dan last sekali pembotolan. Fuh!! Proses penapaian seyesly makan masa, berbelas minggu lamanya. Adalah digalakkan untuk para pengguna kicap untuk membeli sahaja di kedai runcit yang berhampiran.



5. Miso
Miso adalah sejenis perasa tradisional Jepun. Kacang soya yang telah ditapai akan digaul bersama garam dan fungus kōjikin. Gabungan ramuan ini akan menghasilkan paste yang pekat seperti gambar di atas. Miso digunakan oleh masyarakat Jepun dalam penjerukan sayur-sayuran atau daging. Tapi yang paling common, diorang pakai buat Miso Sup. Xtau la teman sedap ke idok le yob!!~~



6. Nattō
Makanan tradisi Jepun ini terhasil daripada gabungan kacang soya yang telah ditapai (fermented) dan Bacillus Subtilis. Nattō bersama nasi adalah makanan sarapan yang popular di Jepun. Nattō begitu digemari di Jepun kerana bau dan rasanya yang kuat, selain mempunyai tekstur berlendir.



7. Oncom
Bagi masyarakat Jawa Barat, oncom adalah salah satu makanan ruji mereka. Terdapat 2 jenis oncom - oncom merah dan hitam. Oncom ni cam anak menakan tempe la sebab depa sama-sama dibentuk pakai acuan. Apa yang membezakan oncom dengan tempe, oncom ni diperbuat daripada sisa makanan lain. Contohnya, sisa pulpa soya (okara) daripada pembuatan tauhu. Untuk lebih lanjut mengenai oncom, leh google sendiri...wek~~



8. Foo Chok
To be honest, abam baru tau name natang ni foo chok. Salu bedal je masuk perut. Bahan yang kebiasaannya terdapat dalam yong tau fu serta mee kari ini ghupenye berasaskan kacang soya. Nah kome, terliur jap~~



9. Soy Lecithin
Lecithin adalah sejenis minyak yang terdapat pada setiap binatang mahupun tumbuhan. Normally, yellow-brownish in color. Lecithin soya pula dikhabarkan ada pada bar coklat di pasaran. Untuk lebih kepastian, leh le engkome g grocery shop pasni. Secara umumnya, lecithin ini mengandungi khasiat (kebaikan) yang pelbagai. Oleh kerana soya mengandungi side  effect tertentu, maka lecithin yang berasaskan soya adalah kurang baik untuk kesihatan.



10. Keju
     
Sifat soya yang hampir sama dengan susu membolehkan soya dijadikan keju atau soy kaas dalam bahasa belanda. Keju yang terhasil mempunyai rasa yang hampir sama dengan keju Cheddar. Keju cheddar camne plak le ghasenye yob!!~



..............................................................................................


Fuhhhhh...sedang abam duk godek-godek pasal kacang soya, abam terserempak la dengan vid nieh. "Soy Guapo" name diberi. Vid clip spanish song. Honestly, abam xtau its spanish till abam bukak Google Translate...hik3~


Enjoy idak?? Hahahaha...


References
5. Wiki2 Lecithin
6. Wiki2 Oncom
7. Wiki2 Tempeh 
8. Wiki2 Tofu
..............................................................................................


Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam... 

Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

Tuesday, 30 April 2013

DIDCHUKNOW10 [April '13] - PRU13 (Parlimen Panas)

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum w.b.t.
 

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai topik perbualan. Top 10 Parlimen Panas yang menjadi perhatian abam pada pengiraan undi 5 Mei nanti...
..............................................................................................

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Pemilihan lokasi pilihan raya parlimen panas ini adalah pandangan peribadi abam sendiri. Sekadar perkongsian di musim pilihan raya yang boleh dikatakan tersengit dalam sejarah.
..............................................................................................



1. P125 - Parlimen Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan sebuah kota pentadbiran negara yang gah dilengkapi prasarana serba moden dan pintar disediakan kerajaan sejak sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan dan ditunjukkan kepada rakyat malaysia sebagai antara nadi kemajuan rakyat Malaysia.
Parlimen yang kukuh sukar tergugat ini tergoncang dengan kedatangan orang kuat PAS. Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) dan Husam Musa (PAS). Kerusi ini abam kategorikan sebagai kerusi terpanas dalam pilihan raya umum kali ini kerana kedua-dua calon bertanding di lokasi pentadbiran negara selain mempunyai kreadibiliti tersendiri selaku pemimpin parti.



2. P108 - Parlimen Shah Alam
Zulkifili Noordin adalah bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu. Beliau merupakan satu-satunya calon lompat parti (PKR-BN) yang bertanding atas pilihan Dato Seri Najib sendiri. Apa yang lebih menarik, keyakinan beliau untuk memenangi kerusi Shah Alam daripada Khalid Samad dilihat sungguh jitu dan tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak sekalipun Tuhan beliau sendiri. Begitu angkuh menongkat langit.
Shah Alam bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Khalid Samad (PAS) dan Zulkifli Noordin (BN). Meskipun keyakinan lawannnya begitu jitu, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat tenang dengan gelagat lawannya. Malah, beliau sempat lagi mengucapkan tahniah kepada lawan beliau....LIHAT DI SINI.



3. P162 - Parlimen Gelang Patah
Bekas ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bakal pulang ke negeri kelahirannya untuk berdepan satu lawan satu dengan penyandang kerusi, Abdul Ghani Othman (BN). Pertandingan di Gelang Patah ini merupakan cabaran paling hebat bagi Lim Kit Siang sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam arena politik tanah air. Hal ini adalah 'simbolik' bahawa beliau tidak ada kesungguhan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sekiranya Lim Kit Siang inginkan kerusi parlimen, Ipoh Timur sudah pasti menjamin kemenangan beliau. Lihat sahaja pada PRU 2004, Penasihat DAP ini mengutip jumlah undi tertinggi dalam kalangan calon DAP sekaligus mengangkat beliau sebagai ketua pembangkang. Apakah keyakinan di Ipoh Timur bakal menggegar Gelang Patah? Sama-sama kita nantikan~~



4. P121 - Parlimen Lembah Pantai
Lembah Pantai terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan ini dimenangi oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar (PKR) pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil (BN).
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, penyandang kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) akan berdepan dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Provikasi Nong Chik ke atas Nurul Izzah sudah kelihatan sebelum penamaan calon lagi. Cabaran Nong Chik di dewan parlimen untuk berdebat hanyalah hangat-hangat tahi ayam.



5. P022 - Parlimen Pasir Mas
Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang juga presiden PERKASA, Ibrahim Ali tidak dipilih oleh Najib Razak untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum kali ini meskipun mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini menyebabkan Ibrahim Ali hilang sabar lantas bertanding sebagai calon bebas.
 
Ketegangan ini akhirnya hilang setelah calon BN, Che Johan Che Pa bertindak untuk tidak menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon. Sekaligus Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang kerusi, Ibrahim Ali (Bebas) dan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh (PAS). Adakah Ibrahim Ali akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat?
 


6. P100 - Parlimen Pandan
Penyandang kerusi parlimen Pandan, Ong Tee Keat tidak akan mempertahankan kerusinya Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Manakala bekas setiausaha peribadinya, Allan Tan Yew Leng pula akan bertanding dengan tiket bebas.
Selain itu, pembongkar kes lembu NFC, Rafizi Ramli (PKR) juga akan bertanding di sini. Hal ini cukup menarik kerana kebanyakan perdebatan kerajaan dan pembangkang pasti nampak muka dia...lolz. Dengan kredibiliti yang beliau ada, apakah Rafizi dapat menguasai kerusi Parlimen Pandan?



7. P131 - Parlimen Rembau
Menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan sekali lagi mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU12 yang lalu. Meskipun telah mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini, Dato' Seri Najib masih tetap mahu mencalonkan beliau untuk kerusi ini.
Rembau Most Wanted yoo~~
Kerusi Rembau bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara penyandang kerusi, Khairy Jamaluddin (BN), Radzali A. Ghani (PKR) dan Abdul Aziz (BEBAS). Dapatkah Khairy mempertahankan kerusi Rembau?



8. P067 - Parlimen Kuala Kangsar
Perletakkan jawatan Kamilia Ibrahim sebagai Naib Ketua Wanita UMNO dan dalam masa yang sama bertanding atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar telah menarik perhatian ramai pihak termasuk abam. Keputusan ini memeranjatkan semua pihak khususnya UMNO sendiri. Tindakan Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas bagi menentang calon BN, Wan Mohd Khairil telah menyebabkan beliau dibuang daripada UMNO. Apakah tindakan Kamilia ini berbaloi?
Untuk makluman engkome sekalian, Dr Raja Iskandar Al-Hiss ini adalah pensyarah Malaysian Studies abam kat UTP. Paper dia Jumaat ni la yob!! Diharap dengan masuknya sesi sidang akhbar Dr Raja ke dalam blog abam, dapatlah sedikit markah bonus tuk abam...amin~~



9. P065 - Parlimen Ipoh Barat
Parlimen Ipoh Barat merupakan tempat abam mengundi le yob!! Abam akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek. Ala, dekat je dengan Tesco Extra. Disebabkan abam mengundi di kawasan ini, maka sekaligus abam nak tau la siapa yang akan memimpin kawasan abam.
Bekas ahli parlimen abam
Parlimen Ipoh Barat bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara penyandang kerusi, M Kulasegaran (DAP), Cheng Wei Yee (BN) dan S S Khalwant Singh (BEBAS).


10. P072 - Parlimen Tapah
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Parlimen ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bekas guru besar sekolah abam bakal bertanding di sini atas tiket BERJASA. Ustaz Shaharuzzaman Bistamam merupakan guru pertama abam yang masuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen. Abam doakan muallim berjaya dan dapat menebus balik wang yang dicagarkan. Sekiranya tidak berjaya menjadi ahli parlimen, diharap muallim akan terus berbakti kepada penduduk Tapah khususnya dan Islam amnya.
..............................................................................................

Pertembungan dua parti besar dalam Pilihan Raya Umum kali ini akan menentukan hala tuk negara untuk 4-5 tahun akan datang. Dalam 4-5 tahun ini, pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh itu, kepada yang sudah  boleh mengudi, pulanglah dan undilah calon-calon yang difikirkan atau dirasakan berwibawa, bertanggungjawab, beramanah, relevan dalam mampu memikul impian serta harapan rakyat.
Apa kerusi panas korang? Tuliskan di ruangan komen...terima kasih :)


 
Reference
1. Parlimen Malaysia
2. Youtube.com
3. Calon Pasir Mas Tarik Diri
4. Facebook TV PRU13 
5. Facebook Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
6. Senarai Calon Parlimen PRU13
..............................................................................................
 

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...

Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

Wednesday, 10 April 2013

DIDCHUKNOW10 [Mac '13] - Sumber Tenaga Biomass

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Abam Didiy diberi sekali lagi kesempatan untuk undate entry DIDCHUKNOW10. DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Untuk minggu ni abam pilih biomass sebagai topik perbualan. 10 Sumber Tenaga Biomass...selamat menuntut ilmu~~
................................................................................................
Dalam memastikan kehidupan yang lebih mampan (sustainable), ilmuan seluruh dunia berusaha sedaya upaya untuk mencari kaedah terbaru bagi menjana sumber tenaga elektrik mahupun tenaga haba. Usaha yang berterusan ini adalah langkah awal untuk mengatasi masalah sumber bahan api fossil yang kian merosot dari hari ke hari. Selain itu, tenaga biomass juga digunakan secara meluas dalam sektor agrikultur (pertanian).

Antara renewable energy yang popular ialah biomass. Biomass ialah bahan biologi yang berasaskan organism hidup ataupun mati. Kualiti sesuatu bahan biomass ini bergantung kepada calorific value sesuatu bahan biomass. Dalam kate lain, jumlah carbonaceous content yang ada dalam bahan tersebut. Untuk entry kali ni, abam akan elaborate 10 sumber biomass...
................................................................................................

1. Energy Crop (Tanaman Tenaga)
Pennisetum Purpureum
Dengan teknologi yang serba canggih sekarang nieh, manusia mula menanam tumbuhan yang digunakan khas untuk penghasilan tenaga. Yup, untuk menghasilkan tenaga elektrik sahaja gunanya, bukan tuk makan atau lain-lain. Tumbuhan ini lebih kepada pokok yang tidak berkayu. Antara tumbuhan yang tergolong dalam kategori ini adalah willow, poplar, serta Mischantus dan Pennisetum Purpureum. Tumbuhan tenaga ini akan melalui beberapa proses sebelum menjadi biofuel seperti bioethanol.



2. Virgin Wood (Kayu Dara)
Kayu balak sering kali dibakar secara terus untuk menjana tenaga haba bagi proses pembentukan wap air. Wap air ini pula akan digunakan untuk menjana eletrik (steam turbine). Selain direct combustion, kayu ini juga dipotong kecil untuk melalui proses yang lebih kompleks seperti gasifikasi, pencernaan anaerobik, dsg. Proses-proses ini dapat mengoptimumkan lagi tenaga yang ada pada kayu, sekaligus mengurangkan pencemaran udara. Kayu arang juga tergolong dalam kategori ini.



3. Food Waste (Sisa Makanan)
Sisa makanan seperti tulang, sayuran, buah-buahan, nasi, cili, bawang, cengkih, kulit buah, kulit kayu manis, mee, bihun, roti, dgs. boleh diasingkan ke dalam satu bekas. Bahan-bahan ini perlu dikeringkan sebelum dijadikan baja tanaman belakang rumah. Proses pengeringan membantutkan pembiakan lalat, dan seterusnya menjamin suasana yang lebih bersih dan sihat.



4. Agricultural Waste (Sisa Pertanian)
Sayuran yang rosak
Biomass juga boleh didapati dalam aktiviti pertanian. Sisa pertanian yang kering seperti jerami padi boleh terus dibakar untuk menjana elektrik. Manakala sisa-sisa yang basah pula boleh dicerna secara anaerobik (tanpa oksigen) untuk menjana gas methana. Sisa pertanian yang paling popular di Malaysia adalah kelapa sawit.



5. Industrial Waste (Sisa Industri)
Serpihan kayu atau wooden chip
Selain aktiviti pertanian, sebahagian sisa industri juga boleh dikategorikan sebagai sumber tenaga biomass. Sektor perindustrian ini lebih tertumpu kepada syarikat yang menggunakan sumber tumbuhan ataupun binatang. Sisa toksik tidak tergolong dalam kategori ni ye kengkawan yang abam hormati sekalian. Dan yang pastinya kilang pemprosesan bahan-bahan organik ini menghasilkan sisa buangan. Antara sisa buangan industri yang popular adalah serpihan kayu, sabut kelapa, dsg.



6. Sewage Sludge (Sisa Kumbahan)
Lazimnya, sisa kumbahan dibuang ke tapak pelupusan sampah selepas diproses. Kos logistik seringkali menekan syarikat sisa kumbahan, IWK khususnya. Selain itu, kos penggunaan tenaga elektik daripada TNB juga tidak kurang banyaknye. Secara kebetulan, sisa kumbahan ini mengandungi carbonaceous content yang mencukupi untuk proses pembakaran. Maka ianya tergolong dalam kategori sumber biomass.

Sejujurnya, abam punya FYP menggunakan sisa kumbahan untuk menjana tenaga elektrik. Tapi, abam punya part just proses pengeringan sludge tuh to achieve optimum calorific value. Selebihnye part orang lain...hik3~~



7. Landfill (Tempat Pelupusan Sampah)
Landfill adalah tempat berkumpulnya sampah-sampah daripada kawasan perumahan khususnya di kawasan bandar. Sampah yang dikumpul di sini lebih dikenali sebagai municipal solid waste. Selain itu, sisa kumbahan yang telah diproses juga akan dihantar ke sini untuk dibuang. Apa yang menarik, setelah timbunan sampah ini terperam sekian lama, gas methana akan terhasil secara semula jadi melalui proses pencernaan anaerobic. Untuk mengekstrak gas berharga ini, beberapa batang paip ditanam di bawah tapak pelupusan sampah. Gas methana ini kemudiannya akan disalurkan ke tempat menjana tenaga elektrik.



8. Animal Waste (Sisa Binatang)
Seni Tahi Lembu
Sisa binatang yang abam cube bangkitkan ini lebih menjurus kepada tahi binatang. Kebanyakkannya tahi binatang ternakan seperti lembu, ayam dan babi. Tahi lembu yang telah dikeringkan boleh dibakar, macam bakar kayu je.
Untuk mengoptimumkan lagi tenaga yang ada pada tahi binatang ini, proses-proses seperti gasifikasi dan  pyrolysis digunakan.



9. Algae (Lumut)
Salah satu teknologi terbaru penghasilan tenaga adalah dengan menggunakan alga atau lumut. Lumut adalah organisma yang tumbuh dengan pantas dan berkeupayaan untuk menangkap gas karbon dioksida. Lumut boleh dibiak di dalam kolam, kawasan panas. Walaubagaimanapun, cuaca yang tidak menentu serta gangguan bakteri lain boleh membantutkan pembiakan lumut.
Algae is protected from contamination
Untuk menghasilkan kualiti bahan api yang bermutu maka lumut haruslah dijaga daripada sebarang pencemaran luar. Selepas beberapa proses yang lain, lumut ini akan bertukar menjadi bahan api, biodiesel.



10. Used Cooking Oil (Minyak Masak Yang Telah Digunakan)
Minyak masak yang telah digunakan beberapa kali mengandungi kandungan kalori yang tinggi. Oleh itu, minyak yang tidak lagi mahu digunakan sering kali dibuang terus ke dalam singki. Hal ini sekaligus mencemarkan alam sekitar. Sekiranya minyak masak ini dikumpul dan 'dibersihkan', ianya boleh digunakan dalam enjin diesel.

Rudolf Diesel
Kini enjin diesel lebih sinonim dengan minyak diesel petroleum. Namun, haruslah diketahui bahawasanya sebelum manusia menjumpai petroleum, enjin ini menggunakan minyak sayuran. Pada tahun 1898, Rudolf Diesel telah mencipta enjin diesel yang menggunakan minyak kacang tanah. Kirenye teknologi flashback la nieh~~
................................................................................................

Tenaga biomass adalah tenaga alternatif yang mudah dan murah untuk didapati. Camne xmurah, orang pakat buang...muehehehe.


Reference
................................................................................................

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...


Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~