Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Saturday, 1 June 2013

DIDCHUKNOW10 [Mei '13] - Kacang Soya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih Kacang Soya sebagai topik perbualan. 10 produk berasaskan kacang soya yang mungkin anda tidak tahu. Selamat membaca~~
..............................................................................................



Kacang soya; [English: Soy bean] adalah sejenis kekacang yang tidak asing bagi kita. Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berketinggian sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.

Kandungan asid amino yang tinggi dalam kacang soya membantu dalam memastikan  keseimbangan kandungan protein dalam badan, terutamanya golongan vegetarian. Perkataan soy diambil daripada perkataan Jepun, shoyu yang bermaksud kicap. Berikut abam senaraikan 10 produk berasaskan kacang soya.
..............................................................................................



1. Air Minuman
Lambakan pelbagai jenama susu soya di pasaran tempatan menjadikan soya begitu sinonim dengan masyarakat kita. Apa yang menjadi di luar kebiasaan kita adalah susu soya yang dijadikan minuman alternatif bagi menggantikan susu bayi.
 
Isomil adalah salah satu contoh susu bayi yang berasaskan kacang soya. Bagi sesetengah bayi yang alah kepada susu lembu, susu ini boleh dijadikan alternatif. Sekiranya bimbang akan side effect of soy product, leh consult dengan doctor tuk another alternatives.



2. Tempe
Makanan tradisional jawa ini sangat terkenal di selatan tanah air. Tempe terbentuk melalui proses penapaian terkawal yang menyatukan setiap biji kacang soya, tekstur seakan daging burger. Tempe selalunya digoreng atau dimasak dengan sambal sebelum dihidangkan. Secara personal abam xberapa minat dengan tempe...tapi kalu isteri dah masak, bedal jugak la~~



3. Tauhu
Japanese style "Silken tofu" bersama kicap dan hirisan lobak merah
Tauhu; [English: Tofu] terhasil daripada susu soya yang dibekukan. Normally, proses pembekuan adalah dalam acuan berbentuk kiub. Tauhu mengandungi kandungan kalori yang rendah, tetapi tinggi kandungan protein. Tauhu juga boleh digoreng. Tauhu sumbat adalah contoh tauhu goreng yang disumbat dengan timun dan taugeh.

Untuk pencuci mulut atau manisan di petang hari, tauhu boleh dihidangkan bersama sira atau gula pelbagai rasa...lebih dikenali dengan panggilan Tau Fu Fa/Douhua/Taho.



4. Kicap
Hantu Botol Kicap (gambar hiasan kot2 korang bace blog ni tengah malam)
Kicap; [Jepun: shoyu; English: soy sauce] adalah penambah perasa yang tidak asing bagi kita khususnya rakyat Malaysia. Bahan asas bagi pembuatan kicap adalah kacang soya, garam dan ragi. Secara umumnya proses pembuatan kicap terbahagi kepada beberapa bahagian - pembersihan, perebusan, penapaian, penjemuran, penapaian lagi, tambah perasa plak lagi, dan last sekali pembotolan. Fuh!! Proses penapaian seyesly makan masa, berbelas minggu lamanya. Adalah digalakkan untuk para pengguna kicap untuk membeli sahaja di kedai runcit yang berhampiran.



5. Miso
Miso adalah sejenis perasa tradisional Jepun. Kacang soya yang telah ditapai akan digaul bersama garam dan fungus kōjikin. Gabungan ramuan ini akan menghasilkan paste yang pekat seperti gambar di atas. Miso digunakan oleh masyarakat Jepun dalam penjerukan sayur-sayuran atau daging. Tapi yang paling common, diorang pakai buat Miso Sup. Xtau la teman sedap ke idok le yob!!~~



6. Nattō
Makanan tradisi Jepun ini terhasil daripada gabungan kacang soya yang telah ditapai (fermented) dan Bacillus Subtilis. Nattō bersama nasi adalah makanan sarapan yang popular di Jepun. Nattō begitu digemari di Jepun kerana bau dan rasanya yang kuat, selain mempunyai tekstur berlendir.



7. Oncom
Bagi masyarakat Jawa Barat, oncom adalah salah satu makanan ruji mereka. Terdapat 2 jenis oncom - oncom merah dan hitam. Oncom ni cam anak menakan tempe la sebab depa sama-sama dibentuk pakai acuan. Apa yang membezakan oncom dengan tempe, oncom ni diperbuat daripada sisa makanan lain. Contohnya, sisa pulpa soya (okara) daripada pembuatan tauhu. Untuk lebih lanjut mengenai oncom, leh google sendiri...wek~~



8. Foo Chok
To be honest, abam baru tau name natang ni foo chok. Salu bedal je masuk perut. Bahan yang kebiasaannya terdapat dalam yong tau fu serta mee kari ini ghupenye berasaskan kacang soya. Nah kome, terliur jap~~



9. Soy Lecithin
Lecithin adalah sejenis minyak yang terdapat pada setiap binatang mahupun tumbuhan. Normally, yellow-brownish in color. Lecithin soya pula dikhabarkan ada pada bar coklat di pasaran. Untuk lebih kepastian, leh le engkome g grocery shop pasni. Secara umumnya, lecithin ini mengandungi khasiat (kebaikan) yang pelbagai. Oleh kerana soya mengandungi side  effect tertentu, maka lecithin yang berasaskan soya adalah kurang baik untuk kesihatan.



10. Keju
     
Sifat soya yang hampir sama dengan susu membolehkan soya dijadikan keju atau soy kaas dalam bahasa belanda. Keju yang terhasil mempunyai rasa yang hampir sama dengan keju Cheddar. Keju cheddar camne plak le ghasenye yob!!~



..............................................................................................


Fuhhhhh...sedang abam duk godek-godek pasal kacang soya, abam terserempak la dengan vid nieh. "Soy Guapo" name diberi. Vid clip spanish song. Honestly, abam xtau its spanish till abam bukak Google Translate...hik3~


Enjoy idak?? Hahahaha...


References
5. Wiki2 Lecithin
6. Wiki2 Oncom
7. Wiki2 Tempeh 
8. Wiki2 Tofu
..............................................................................................


Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam... 

Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

Saturday, 27 October 2012

DIDCHUKNOW10 [Oktober '12] - Pokok Kelapa

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa abam didiy. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Minggu ni abam pilih POKOK KELAPA sebagai topik permulaan. 10 bahagian pada pokok kelapa dan kegunaannya.
.....................................................................................

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga dikenali sebagai nyiur. Tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada jenis. Terdapat di semua kawasan tropika. Pohon kelapa punya 1001 kegunaan. Moh, kite rungkai misteri ini bersama-sama....

1. Batang kelapa
Masyarakat dahulu menggunakan batang kelapa untuk membuat titi bagi menyeberangi sungai kecil. Batang kelapa juga boleh diproses menjadi sumber kayu seperti papan, dinding dan siling. Dalam jangka masa panjang, batang pokok kelapa dapat menampung kekurangan sumber kayu. Selain itu, batang kelapa mengandungi kandungan karbohidrat yang boleh ditukar kepada gas methanol dan ethanol.


2. Pelepah kelapa
Pelepah kelapa yang mereput menjadi baja semulajadi pokok kelapa. Pelepah kelapa juga menjadi medium takungan air buat pokok kelapa. Pendek kata xsusah langsung la nak jaga pokok kelapa nieh. Serba 'berdikari'...hehehe.
antara kegunaan lain pelepah kelapa :P


3. Pucuk daun kelapa
Kebanyakan masyarakat pedalaman menggunakan pucuk daun kelapa untuk membuat origami yang pelbagai. Pucuk kelapa ni salunye mendapat sambutan time2 raya la. Time tu je orang semangat nak buat ketupat...hik3~~


4. Batang daun kelapa
Batang daun kelapa atau lebih selesa dengan dipanggil lidi boleh digunakan untuk membuat penyapu lidi. Dalam zaman millennium yang serba moden nieh, memang susah nak nampak penyapu lidi ni. Orang semua dah pakai penyapu plastik yang lebih lembut dan efficient. Yang kaya sikit, pakai vacuum je...hik3~~
Lidi jugak digunakan untuk membantu dalam proses penyediaan makanan. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah cara penyediaan satay. Pulut panggang dan tapai pulut juga menggunakan lidi untuk 'mengikat' daun yang membalutinya...

5. Air kelapa
Air kelapa kaya dengan khasiat yang pelbagai. Sering diminum bersama isi kelapa muda. Menurut petua, air kelapa muda mampu menyejukkan badan dan amat sesuai buat pengidap demam panas. Coconut shake pula adalah kolaborasi antara air kelapa dan aiskrim...meleleh beb!! Selain itu, air kelapa yang melalui proses penapaian atau fermentation akan bertukar menjadi Nata De Coco (a chewy, translucent, jelly-like food product).
Nata De Coco...gua syak ade antara korang yang g beli bende ni pasni.....hehehe

6. Isi kelapa tua
Dalam banyak2 bahagian pada pokok kelapa, part ni la yang paling banyak kegunaannye. Minyak kelapa datangnya dari part ni la...
isi kelapa tua harus diparut dahulu


Isi kelapa tua atau lebih selesa dengan panggilan kelapa parut memang banyak gunanya. Kuih seri ayu, lepat pisang, lepat ubi, kuih sagu, kuih kuaci, kuih ketayap, kuih lompang, kuih gula melaka dan pulut panggang adalah antara kuih-muih tradisional yang menggunakan kelapa parut.

Andai diperah, keluar cecair putih yang digelar 'santan'. Santan ni pelengkap hampir semua jenis masakan melayu - masak kari, masak lomak cili api, masak rendang, masak kurma...

Goreng kering kelapa parut pada api yang kecil sehingga bertukar kecoklatan. Selepas itu, kisar kering bahan tersebut sehingga keluar minyak. Kelapa parut dah bertukar jadi kerisik!! Kerisik ni normally orang buat masak rendang, kurma, kari dsbnya.

Tak cukup??? Ade lagi...
Goreng kelapa parut dlm kuali tanpa minyak. Gunakan api sederhana kecil. Bila kelapa hampir kering & kekuningan, masukkan tepung beras secukupnya...jgn terlalu byk. Gaul & goreng hingga cukup msk dan jgn biar terlalu lama nanti hangus. Tutupkan api n biarkan kelapa tadi sejuk seketika. Nak tau pe jadi??
jadi sagon bhai~~ hik3


7. Tempurung kelapa
"Bagai melepaskan batok di tangga" ~~ peribahasa yang sangat dekat dengan kita. Batok ni bukanlah "uhuk3" ataupun "haktuih". Batok ni orang dulu2 pakai tuk ceduk air dalam tempayan buat basuh kaki sebelum naik ke rumah. Penghujung batok tersebut diperbuat daripada tempurung kelapa.
batok yang dimaksudkan
Tempurung kelapa juga dikomersialkan melalui aneka kraftangan. Ade dompet tempurung kelapa kalis hentakan bak hang!! Dikatakan tempurung kelapa boleh diproses untuk dijadikan bahan penghalau nyamuk.


8. Sabut kelapa
Sabut kelapa ni boleh kate cam kulit kelapa la. Tebal dan berbulu. Normally orang biar reput je bende alah ni. Buat baja pokok kelapa tu sendiri. Sabut kelapa ni leh buat halau nyamuk tau. Korang bakar je bende ni, kasi barrarized. Nyamuk memang xdekat punya.

Dalam dunia serba moden ni, sabut kelapa semakin mendapat sambutan. Buat kusyen la, tilam la. Comfortness dy setanding kekabu. Cume berat la nak handle dengan kudrat 4 kerat. Tambah2 time tukar cadar...hik3~~


9. Mayang kelapa
Mayang kelapa adalah bahagian yang bakal tumbuhnye buah kelapa. Basically, lokasinya terletak di puncak pokok kelapa. Kat mayang kelapa ni la, nira kelapa diperoleh. Mayang kelapa yang sesuai, dipotong serong dan diikat supaya tidak pecah. Kemudian, bekas plastik digunakan untuk mengumpul air nira yang menitik. Nak bagi penuh satu botol plastik ni mengambil masa lebih kurang 12-14 jam.

Air nira yang diperam beberapa hari pula akan bertukar menjadi tuak (sejenis arak). Tuak yang diminum berlebihan akan memberi kesan yang tidak jauh bezanya dengan arak. Kalau dibiarkan lebih lama lagi, nira ini akan menjadi masam dan bertukar menjadi cuka semulajadi. Perghhh...banyak tul pertukaran...hik3~~

Antara produk yang boleh dihasilkan dengan menggunakan nira kelapa adalah nira jelly dan gula melaka. Air nira sangat popular di Pantai Timur. Senang nak cari la compare dengan tempat lain. Tambah2 kat pasar Ramadhan diorang, toleh je dah nampak...hik3~~

Bile duk sebut pasai nira ni, teringat plak cite abah. "Tok aki abam dulu xmampu nak beli gula. Bile opah nak buat kuih raya, tok aki akan cari nira kelapa sebagai pengganti gula. Kemanisannye tidaklah jauh berbeza. Lalu suasana raya dinikmati dengan gumbiranya"~~the end.


10. Umbut kelapa
Umbut kelapa juga terletak di puncak pohon kelapa. Lokasi spesifiknya adalah di tempat pelepah kelapa bertenggek. Buang kulit dy...dalam tu la umbut kelapa.
sebelum buang kulit
Kalu nak amik bahagian umbut ni, kene tebang terus pokok kelapa. Ye la, pelepah, daun sume dah buang. Camne nak buat proses photosynthesis kan?? So, agak rare la nak jumpe bende ni sebab jarang sekali pohon kelapa ditebang...ye dak??
selepas buang kulit
Umbut kelapa selalunye dibuat campuran dalam masakan melayu terutamanya kari. Rasa dy tak jauh beza dengan ubi...lemak2 sikit. Penah dengar cerita abah. Kenduri xckup daging. Umbut kelapa diracik halus untuk menampung kekurangan daging. Sekali pandang cam ade banyak daging...hik3~~

.....................................................................................


Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Anda suka entri ini??
Ade cadangan atau pendapat untuk DIDCHUKNOW10 bulan depan??
Sila utarakan di ruangan komen...terima kasih :)


Sunday, 22 January 2012

~~~Cameron dan Strawberries~~~

Alhamdulillah...itu saja ucapan yg terluah kala kaki memijak bumi Ipoh tercinta. 3 hari 2 malam sudah cukup tuk mengungkap pahit manis, asam garam family outing.

Cameron memang sangat sinonim dengan strawberi dan teh. Sebut je cameron ingat strawberi meghah menyala....sebut je cameron ingat teh Boh, ummmppphhhh....sebut je cameron ingat lokasi percutian yang sejuk, nyaman lagi menenangkan.


SEJUK?? NYAMAN?? MENENANGKAN?? Haaaaa??? Owhhh tidak...tidak...tidak....
Tang strawberi ngan teh tu aku setuju sangat. Tapi tang temperature *geleng kepala secara sopan dengan bibir duck face*. Cameron dan hujan di pagi hari sudah cukup tuk menegakkan segenap bulu roma yang ade meskipun berbaju sejuk sepanjang malam. Oh yeah...facts!!

Ok2, enough la sal suhu. Aku akui memang payah bagi golongan yang berdarah panas tuk membiasakan diri dengan suhu sejuk cam kat cameron tu. Ce tanya ikan kap yang mendiami kolam kecil di Big Red Strawberry Farm, sejuk ke x duk kat cameron sambil berendam 24/7?? Jangan kecewa jikalau ikan kap berkenaan mendiamkan diri...itu sangat normal.


Kalu hampa nk makan strawberi, aku recommend korg Big Red Strawberry Farm, Brinchang. Ni dah masuk kali ke-3 aku datang sini. So far, the best place to eat fresh strawberries. Namun begitu, bagi yang xbpe nk reti panjat bukit nek kete, better parking bawah je la. Takot tersodok kete belakang *der, gua cakap sama lu, nyaris wooo....even kete auto recon* #true story. Bagi yang punya keegoan keyakinan yang jitu...truskan mendaki...hehehe.


Setelah puas mendaki, maka sampailah aku ke Big Red Strawberry Cafe. Sesampai je aku ke tempat yang dituju, mata mula melilau melihat pelbagai reaksi serta ragam pengunjung2. "Emmm, nampak sedap je makanan yang awek tu makan", desis hatiku. "Perghhh, comel gk awek tu", jerit batinku.


Menu sal strawberry bersusun-susun...macam-macam ada. Menu salad pun xkurang hebatnye. Jadi aku nk kongsikan sikit sal makanan2 yang sempat kami rase makan lahap kat situ...

 Strawberry Sundae

Strawberry Waffle

Strawberry with Cream

Last but not least...
Strawberry Chocolate Fondue...ni men cicah-cicah

Credit: Thx 4 da pic...maf curi amik gmbr ni kat google. Actually xsempat nk amik gmbr2 makanan tu time makan. Seyes pelahap...tahap kebulur.


Reaksi abah pas makan Strawberry Chocolate Fondue:
"Yang strawberi rase strawberi...yang coklat rase coklat"

Reaksi aku pas makan Strawberry Chocolate Fondue:
"................................................................................."



Akhir kata:-
Cameron Highlands sejuk dan 'nyaman', 
Strawberinya merah rasanya masam,
Baju sejuk dijadikan teman,
Pagi petang dan juga malam...

Mulut bergetar tergagap-gagap,
Badan menggigil tanpa diminta,
Udaranya sejuk bernafas asap,
Bagai di Europe jiwa meronta...