Friday, 7 September 2012

Pertemuan Pertama (Part 3)

31 Ogos 2012...11.20 pagi
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."

Salam disambut dengan tendangan bertubi-tubi di dada. Dup dap...dup dap. Aku yang tidak keruan sedari tadi pantas menghulur tangan bersalaman. Roman wajah dimaniskan dengan senyuman. Berdehem sekali dua...ayahnya mula mengatur bicara.

"Kamu ni dari mana?"
"Dari Ganu, Pakcik."

Perasaan gugup cuba dicampak jauh-jauh. Ini peluang pertama dan aku takkan sia-siakan. Berdepan secara one-on-one dengan ayahnnya bisa menimbulkan pelbagai kemungkinan. Datang si emak sambil membawa beberapa jug Ribena.

"Jemput la makan kuih raya ni, sape ke namanya?"
"Syahir, makcik".

"Haaaa, jemput makan sahir. Nah air. Jangan malu-malu"

Sahir?? Sahir pun sahir la. Perhatian dihalakan pula ke arah longgokan kuih raya yang pada hemat aku mustahil untuk dihabiskan dalam seminggu dua akan datang.

"Banyaknya kuih raya, makcik. Homemade ke??"
"Ade mak lang buat, orang bagi, jiran bagi, beli pun ade. Jemput-jemput".
...............................................................................................


Dengan santun, ku capai balang biskut coklat. Sekadar menghormati pelawaan tuan rumah. Air Ribena pula diteguk selahapnya. Cuba menghilangkan dahaga yang sedari tadi mencengkam diri menagih simpati. Ayahnya pula masih duduk di hadapan pintu. Melihat keletah aku barangkali.

"Ko merokok??"
"Tak, pakcik".

Pehhhhh, soklan no2 leh tahan. Sib bek xhisap rokok. Muahaha....
2 soklan pertama dari ayahnya berjaya dijawab dengan tegas dan jelas. Confident level sedikit meningkat.

"Bagus-bagus".

Si ayah mencapai sepuntung rokok lantas merokok di muka pintu.

"Manis la Ribena ni. Gi amik air sejuk kat dapur", ngomel si emak.

Si dia datang bersama sebotol air sejuk 1.5L. Lalu dituangnya perlahan-lahan ke dalam jug Ribena.

"Tuangkan sikit dalam ni", minta si ayah.

Air sejuk bercampur buah kurma. Air khas buat si ayah. Kurma Marhaban rumah sebelah. Aku yang diam dari tadi meneguk Ribena sekali lagi.
...............................................................................................


"Puas dah minum manis-manis masa Marhaban tadi. Ko tidur mana malam ni??"
"Oh, hehehe. Saya tidur kat hotel bajet sebelah Khalifah tu, pakcik. Bajet xbajet la. Seratus gak satu malam".

"Mahal tuh".

Benar. Dari Ganu ke KL pun baru RM33. Tidur satu malam dekat itu hotel bajet juga sudah kena itu RM100. Tiga kali ganda bak hang!! Aku dah leh buat satu lagi trip pergi balik nak jumpe mentua...OPS!!

"Ko tidur sini je la malam ni".
"Uish, segan saya, pakcik".

"Tapi tidur sana mahal. Tidur sini dah jimat banyak".

Segan tuh satu hal. Lebih merisaukan, soklan bertubi-tubi yang bakal diajukan sepanjang keberadaan aku di rumah ini. Ya, memang fokus utama mahu ketemu sama kedua orang tuanya. Sampai lewat petang sudah cukup lama. Beranjak ke malam, tidur pula di rumahnya. Fuh, otakku kebejatan.

"Pakcik nak tidor dulu. Sunat tidor sebelum Jumaat. Ko tidor je la kat situ. Port pakcik tidor tuh. Nah, amik ni buat bantal".

Dicampaknya bantal sofa kepada aku. Si ayah pancing baik punya. Nak kasi feel tidor rumah dulu bak hang!!

"Xpe la pakcik, saya gi mandi dulu".
"Nanti pas Jumaat, pakai kete pakcik gi amik barang sume kat hotel tu. Bawak sini. Gi la dengan abangnye nanti".

...............................................................................................


Ikuti sambungannya...(Part 4)

Tuesday, 4 September 2012

Pertemuan Pertama (Part 2)


31 Ogos 2012....jam 9.30 pagi
Perarakan sambutan kemerdekaan-55 sedang rancak berlangsung di dataran Merdeka. Perarakan berwarna-warni ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kaum di Malaysia.
...............................................................................................

Aku plak baru pas sarap kat kedai mamak. Tanpa berfikir panjang, dengan semangat yang jitu aku gagahkan diri menapak ke kawasan perumahan berhampiran. Bebanan yang ku lempiaskan di lantai receptionist hotel bajet sedikit meringankan. Tanpa diduga, rumah pangsa terpampang di depan mata.

'Eh, rumah flat la...dekat je rumah dy rupenya.'

Perjalanan dilekaskan dek salakan anjing jalanan. Cuak beb!! Huhuhuhu. Setibanya di kawasan flat, blok Cempaka pula yang dicari. 

'Kemboja, Kantan, Kekwa....weh, mana CEMPAKAnya??!!'

Pencarian yang mengkhinzir buta menyesatkan diri sendiri. Dengan pantas, telefon dikeluarkan dari kocek seluar...

"Rumahnya di mana??"
"Seksyen 6, sekarang di mana??"

"Sekarang kat Seksyen 7, patut la xjumpe. Seksyen 6 kat mana plak??"
"Jauh dari Seksyen 7. Kene jalan depan sikit...jumpe tiang KFC/Pizza Hut yang tinggi gaban."

"Cam jauh je bunyik. Xpe la...jalan luk cari tiang tuh."
"Mesti awak penat. Hati-hati, ye."
...............................................................................................


31 Ogos 2012....jam 11.03 pagi
Cempaka yang dicari berjaya ku temui. Peluh mula membasahi diri. Terasa lencun sedikit di bahagian belakang. Cuak yang ku alami sedari tadi, hilang dibawa arus kelelahan. Fuh, akhirnnya aku sampai jua!!

"Saya dah sampai. Nak naik terus ke...tunggu kat bawah?"
"Tunggu kat bawah je la, nanti saya turun".

Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Kini aku berdiri, mendongak memerhati suasana harmoni kejiranan di sini. Indah, permai, bersih dipandang mata. Jauh berbeza dengan kawasan flat di Seksyen 7. Meskipun keharmonian itu tampak kelihatan, sampahnya pula melata terlonggok di sini sana. Bangkai tikus sebesar anak kucing terlenyek di tengah jalan. Tengit menyusuk hidung. Mujur tidak melekat bauan di badan. Jika tidak, introduksi 'pertemuan pertama' sudah pasti tidak enak...huhuhu.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."

Salam bersambut dengan seulas senyuman.

"Awak naik la dulu. Saya nak gi beli paper jap. Abang suruh."
"Xpe la...saya teman awak beli paper."
 ...............................................................................................


31 Ogos 2012....jam 11.15 pagi
Bersama senaskah akhbar Harian Metro, aku menapak perlahan-lahan diiringi tuan rumah mendaki tangga blok cempaka.

"Memang xde lift ke? Ni 5 tingkat kot."
Bangunan lama ni, wak. Dah lebih 10 tahun. Lagipun kite nek tingkat 4 je."

Gementar?? Ya, perasaan itu kembali menguasai diri. Lek chaer...lek. Setibanya di tingkat 4. suasana kellihatan meriah!! Marhaban sedang rancak berlangsung di sini. Yang lelaki segak bergaya berbaju Melayu. Yang perempuan, angggun berbaju kurung...EWAH.
 
"Haaaa...tudia menantu dia dah sampai", jerit salah seorang peserta Marhaban. Jirannya barangkali.

'Menantu?? Menantu?? Seyesly??'

Aku yang tidak keruan pantas menghulur tangan bersalaman dengan beberapa orang yang bertenggek di beranda. Marhaban adalah salah satu budaya masyarakat Jawa. Menziarahi jiran tetangga, beraya, menjamu selera, berselawat serta mendendangkan lagu khas Marhaban. Marhaban ini dirangka berdasarkan jumlah rumah yang sudi mengambil bahagian. Untuk tahun ini, dikhabarkan hanya 5 rumah yang masih bersemangat meneruskan tradisi itu di sini. Termasuklah rumah ini. Oh, alangkah indahnya hidup berjiran.

Menapak masuk buat pertama kali. Hati mulai berbisik cuba menenang diri. Ayah dan ibunya sibuk bermarhaban. Aku, dia dan abangnya sahaja di rumah kala ini. Kelihatan abangnya sedang sibuk di hadapan komputer riba.

"Nah bang. Paper yang dikirim tadi".
"Oh, ye. Terima kasih. Duduk la, buat je cam rumah sendiri".

'Rumah sendiri?? Rumah sendiri?? Seyesly??'

Selang beberapa ketika, ibunya pulang bersama sekuntum senyuman.

"Baru sampai??", tegur ibunya sekadar berbasa-basi.
"Yep, sesat mencari rumahnya tadi...dah jumpe bunga Kemboja, Kekwa, Kantan. Tercari-cari bunga Cempaka, xjumpa-jumpa....hahaha."

Belum pun sempat tawaku mengendur. Muncul bapanya di muka pintu.
...............................................................................................



Ikuti sambungannya....(Part 3)



Pertemuan Pertama (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi...
Sudah 55 tahun kita menjulang kemerdekaan hasil rundingan hitam putih dengan Queen Elizabeth...
Sambutannya penuh warna-warni diselangi hilai tawa golongan belia...
Anak muda dengan lantang dengan penuh bersemangat melaungkan slogan 'MERDEKA' sebagai tanda syukur atas nikmat ini...
Jalur Gemilang berkibar megah di angkasa raya seluruh pelusuk negara...
Tema "Janji Ditepati" pula dijadikan tiket bagi mengungkit segala kebaikan yang pernah ataupun sedang dilakukan...hik3


31 Ogos 2012....jam 12.10 tgh mlm...
Ketika ini, aku bersendirian menunggu Trans yang sudah lewat 10 minit. Sedang bermenung jauh memikirkan nasib di negeri orang, terpekik terlolong 2 3 orang sahabat kita. Melaungkan tanda kesyukuran mereka. Bunga api berdentum sayup-sayup di hujung sana. Tidak pula aku tahu akan kordinat lokasinya. Yang pasti, percikannya indah di mata. Kira-kira pukul 12.22am, Trans tiba dengan angkuhnya berdecet memecah sunyi.

Hampeh punya Trans...
...............................................................................................
2 hari sebelumnya, pelaburan muktamad telah aku lakukan. Dengan tekad, hujung minggu ini...janji pada diri harus DITEPATI!! Janji tahun baru yang aku ikrarkan.

Aku: Emmmm...nk g KL, tiket malam pkul bpe ade ye??
Kaunter: Ade kul 8, 9, 10, 11, 12....

Aku: Bape jam ek dari sini ke KL??
Kaunter: Dalam 6 jam sampai la...

Aku: Bagi tiket kul12...

Pengembaraan ini dijangkakan tiba sekitar jam 6pg. Saat itu kemudahan awam faveret gua, KTM Komuter sudah mula beraksi. Pemilihan waktu ini amatlah crucial. Andai sampai terlalu awal, tidorku mungkin bersambung di surau Komuter. Dengan barang berharga yang pelbagai?? Oh, TIDAK TIDAK TIDAK...
...............................................................................................


31 Ogos 2012....jam 6.06 pagi
Azan subuh sedang berkumandang. Aku tiba di Putra dengan sebaris senyuman. Sepanjang perjalanan, mimpi serta aircond menjadi teman. Urinary Bladder pula tidak memberi apa-apa isyarat mencurigakan, termasuklah Rectum...hik3

Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, aku bersesak membeli tiket di KTM Komuter. Mesinnya satu je boh!! Kaunter manual pula masih ketiduran...haih. Manakala destinasi ke Sentul pula terpaksa ditunda atas kesilapan memilih train.

"Weh, awat lambat sangat?? Dah lama aku tunggu ni", ngomel Za'im dihujung talian.
"Aku ngah tunggu train la ni. Kat KTM Komuter sekarang".

"Eh, rumah aku kat dengan LRT Sentul la der. Bukan Komuter".
"Eh, aku igt rumah ko dekat dengan Komuter. Ade je ke Sentul gune Komuter...hahaha. Kalu camtu sok je la aku datang rumah ko. Bereh?"

"Bereh2". Za'im yang mengantuk dengan hampa pulang menyambung tidurnya.

Penangguhan ekspedisi ke Sentul memaksa aku mengubah haluan. Tanpa melengahkan masa, perjalanan dihalakan pula ke destinasi utama, Sungai Buloh!!


31 Ogos 2012....jam 9.17 pagi
"Stesen berikutnya, Sungai Buloh. Next station, Sungai Buloh. Sila awasi langkah anda. Pliz mind the gap".

Kedengaran suara lunak gadis Komuter menyatakan ketibaan aku ke pitstop berikutnya. Debaran yang menumbuk dada ditenangkan dengan langkah seterusnya. TEKSI!!

"Bang, ke Khalifah bape ye??"
"RM15."

"Baik, ke Khalifah ye bang."

Restoran Khalifah menjadi saksi. Pertama kalinya aku berpijak di bumi Kota Damansara. Niat di hati mahu menempah bilik di hotel bajet barang semalam. Akan tetapi, kesemua single bed room sudah berpenghuni.

Receptionist menyarankan agar aku reserve saja itu bilik. Tergelincirnya sedikit matahari di kepala, penghuninya itu bakal berpergian. Setuju seraya mengangguk, beg sandang dan jijingan diserahkan buat simpanan. Malas bergerak dengan bebanan...

Kini nak cari rumahnya pula di mana....emmmmm, mana??

...............................................................................................



Ikuti sambungannya di sini...(part 2)


Thursday, 30 August 2012

Real Madrid, Spanish Super Cup 12 Champion!!

Assalamualaikum w.b.t.

Campiones!! Campiones!! Campiones!! Campiones!!
Campiones!! Campiones!! Campiones!! Campiones!!
Campiones!! Campiones!! Campiones!! Campiones!!


30/8/2012...Spanish Super Cup end with a victory...
Gonzalo Higuain, Cristiano Ronaldo make great finishes to claim the trophy...
As Messi scored a astonishing freekick to tight up the aggregate...
Away goal advantage led us to celebrate our first title of the season...

Game highlights....HD
 

Barca played with 10 men after Adriano was red carded on 27th minutes...after we led 2-0!!
And Madrid seems confident to put more pressure to the visitors...


Pepe was back from the injury....
Higuain scored in 3 consecutive games for Madrid so far...
Ronaldo scored in 5 consecutive Classicos...
Modric first debut = Spanish Super Cup...!!!

 Enjoy the pic ^_^V
The Champions!!
At Spurs 4 years no cup...at Madrid 10 minutes 1 cup...










I personally didn't watch this awesome game...
And I regret it so much right now...
Neway, congratz boys...you make me proud...
And thanks to Valdes for the assist of an away goal last week :)

Now this explained a lot :)



Saturday, 18 August 2012

1 Syawal 1433H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

29 hari berpuasa...
Menahan lapar, dahaga, nafsu yang bergelora...
Dengan ibadah yang luar biasa...
Berjemaah setiap solat fardhunya...
Al-Quran ditadabbur sampai khatamnya...
Qiamullail rutin sebelum sahurnya...
Al-Qadr dikecap dengan jayanya...
Wah...manis sungguh Ramadhan pada yang sabar dan cube menyelaminya...


Hari ni...1 Syawal 1433 Hijri
Entri ini menjadi saksi...
Perginya Ramadhan sekali lagi...
Bersama senyuman dan sedikit sebak di hati...
Apakah tahun depan bisa kita temui...
Akan bulan yang indah ini sekali lagi??
Doa dipanjat ke hadrat ilahi...
Sekali lagi Ya ALLAH...sekali lagi!!


Selamat Hari Raya saya ucapkan...
Buat yang menapak ke blog teman...
Kalau terguris kiri dan kanan...
Terluka di zahir, tersindir di dalaman..
Jari tersusun kaki dan tangan...
Salah silap ku pohon kemaafan...
Dalam hati disimpan jangan...
Sampai syurga kita kawan...

InsyaALLAH...




Akhir kata...
Ketupat and nasi impit punya perbezaan yang ketara...
Jangan claim ade ketupat kalau buat nasi impit...hik3
just to make this thing clear :P





Saturday, 4 August 2012

20 aktiviti masa intern

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah…pejam celik pejam celik, dah genap 2 bulan intern kat Ethylene nieh  (4th June - 4th August). Pelbagai pengalaman berjaya digarap.
Kalu sesetengah U len dah kemas2 nk balik dah yob…intern 2 bulan je…huhuhu

Tuk entry kali ini..aku nk share skit la beberapa perkara  yang boleh dilakukan masa praktikal/intern/latihan industry…hik3



1. Jalan2 tunjuk muke
Ini sangat crucial sebenarnya. To show availability and ready to grab as much knowledge as possible.
Namun begitu, pembawaan diri sangat penting...



2. Buat reports and slide presentations
Ini salah satu cara nk memperhebatkan lagi skill 'Microsoft Office'. Some engineers are really typical about documentation work ni. Font type/size salah la…kne perbanyakan SmartArt la…animations la…gambar kasi bnyk sikit la…mcm2. Dari situ kita tahu mne yang harus diperbaiki.

3. Site visit
Site visit ni favorite trainee tiap2 hari. Kat tempat aku praktikal ni ade 2 plant – PCESB dan PEMSB. So bnyk gler leh explore…
G tgk the ACTUAL equipment…pumps, compressors, valves, furnances, reactors, boilers, etc. Pendek kate kalu g site dari pagi sampai tgh hari, tanpa disedari penuh la logbook tuk hari itu…hik3

4. Tolg technician buat keje (pegang spanar, allen key dan sebagainye)
Sambil2 melawat tuh, leh la tolg2 technician sikit. Tukar mech seal ke, blinding deblinding ke, change corroded bolts and nuts ke.
Dikhabarkan amalan sebegini sememangnye disukai para technician. Mudah nk mix up dengan diowg kemudian :)

5. Bertanya sebanyak mungkin
Curiosity meningkat dengan mendadak bile berpraktikal nieh. Tambah2 kalu g site. Jadi ringan2kn mulut bertanya sebnyk mungkin apa2 yang terlintas di fikiran.
Mungkin ade sesetengah soklan itu tidak dilayan. Normal la tu…kite bukannye tny lecturer ataupun cikgu. Tapi jgn putus asa untuk bertanya!! :)


6. Bersukan dengan staffs:
Bola sepak, bowling, woodball, pingpong, futsal, basketball
Dengan bersukan, uhkuwah itu akan lebih erat. Personally, aku sendiri pun berkawan dengan bersukan. Kalu xbersukan, sampai ke sudah xde kawan…huhuhu
Teghok bebenor le yob...

7. Involve dalam aktiviti yang dianjurkan oleh company: Talks, jamuan
Kadang2 ade events yang company anjurkan tuk semua staff termasuklah trainee. Ringan2kan kaki join bnde2 nieh. Mne tau dapat free gift ke, lucky draw ke, coupon ke, free lunch pack ke, etc. etc…hik3.
Tuk bulan Ramadhan nieh, tiap2 hari ade tadarus kat surau. Dapat la perkemaskan sikit bacaan dengan tajwid yang betul....

8. Study ape yang engineer atau technician suruh
Well, as a trainee…study is a MUST!! Kadang2 bertimbun PDF, Words diowg bagi. Nk termuntah gk la bace…huhu


9. Makan dengan staff
Ini memang sgt rare sebenarnye. Dalam 2 bulan ni, baru 2 kali makan dengan staff.
Kalau nk mengajak staff kuar makan tuh segan sikit la kn. Nak diajak pun jarang sekali, inikan pulak mengajak. Iye dak?? Tapi kalu ade kesempatan tuh, ce belanje sekali...hik3

10. Talk and talk with friends (improve communication skills)
Praktikal menemukan kite dengan ramai kenalan baru. Dari INSTEP, UTP, UTeM, UPM, GMI, UMP, etc. etc. Dari dibuang masa begitu sahaja, ade beknye bercakap dan berkongsi cerita. Tapi, jangan la sembang kuat sangat, bukan semua orang ade “free time” cam ko. Bereh??

11. Online
Ade several new terms yang memerlukan kepantasan dalam mengenal pasti maksud dan gunanya. Dalam hal ini, Google sangat memainkan peranan. Tanpanya, Gen-Y malas untuk 'mencari'…uhuk3.

mech seal?? bitch pliz

12. Skill membuat air di di pantry
Boleh kata lengkap gk la pantry kat sini. Macam2 minuman boleh dibancuh. Dari kopi, nescafe, milo, teh, horlick and even anlene…hahaha. Gula, coffee-mate, susu pekat manis pun disediakan. Bukan tu je…nk uat teh beng pun bley, ade ais… Kadang2 ade la technician or engineer yang suruh buat air. Ko buat je k...jgn bnyk tny. Cepat sikit ko mix up pastu...bereh??

13. Master yourself with the photostat machine
Trainee dan mesin fotostat ni ibarat isi dan kuku. Sahabat baik yang susah tuk dipisahkan…hik3. Tambah2 kalu bnyk documentation work.
Mesin kat sini multipurpose - leh fotostat, scan dan fax. Dengan itu, maka semakin eratlah ikatan yang terjalin.

14. Tidoq
Bagi yang menghadapi insomnia malam semalam, lunch time digunakan dengan sebaik mungkin tuk ‘melepaskan lelah’ setelah penat bekerja (padahal on9 je dari pagi)…hik3.

15. Tolg engineer buat keje diowg
Ada kalanya, engineer uat kerja2 yang bnyk dan remeh. Fill in data into excel, prepare slide presentation, amik itu ini, fotostat drawing etc. Sebagai trainee yang berhemah, kite seharusnye membantu meringankan kerja mereka.

16. Join meeting and involve in it (argue if possible)
Time meeting ni la kite leh nilai how decision making is done, cne cara diowg communicate, cara bergaduh yang ‘dihalalkan’ dan mcm2 lagi..
Ade kemusykilan, bangkitkan aje. Namun, sebagai trainee mithali adalah lebih baik observe dulu sebelum bertanya. Takut mengganggu momentum meeting.
makan2, minum2 pas meeting..ngeh3

17. Outstation
Sebagai unofficial staff, dapat outstation ni mmg ckup heaven. Ade yang berjalan keluar company, ade luar negeri, luar negara, ade yang ke Borneo sana. Pendek kate kalu keluar, kepuasan intern itu dapat dirasa berkali ganda...

18. Presentation
Jangan la buat slide show je. Berdirilah di depan khalayak dan points out own views or cited views. Dengan itu, kite leh built up self-confidence.
Confident ni tersangatlah penting. Tambah2 bile nk melangkah ke alam final year dan seterusnya alam pekerjaan yang jauh lebih mencabar. So far aku dah buat 2 presentations. Flow dy xdela cantik sangat, xdela confident sgt. Tp, tu la gunenye bljr dari pengalaman kn??

19. Jadi duta company
Bile dah outstation tuh, secara tak langsung kite dah bawak nama company. Gunakan kesempatan yang ade tuk grab as much knowledge as possible. Secara tak langsung, imej diri serta company akan lebih dihormati :)

20. Jatuh cinta pandang pertama
Uish…uish…uish…Bertemu dengan kenalan baru ada yang tak stay sebagai kawan. Timbul bibit2 percintaan plak. Hik3~~
             “Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetap”
             –Dewa19–
Fokuz2...



.............................................................................................
*PCESB - PETRONAS Chemicals Ethylene Sdn. Bhd.
*PEMSB - Polyethylene Malaysia Sdn. Bhd.

Kepada yang masih belum melakukan aktiviti di atas, peluang yang ade jangan disiakan :)


Sebarang cadangan lain tuk entri ini boleh la dilampirkan di ruangan komen dibawah.



Wednesday, 30 May 2012

~ KMPKku ~

Assalamualaikum w.b.t.

Setahun di KMPk merupakan pengalaman penuh nostalgik...
Baik manis mahupun pahit...
Hampir setiap sudutnya bisa membuat kita tersenyum...
Pulang semula ke bumi bertuah ini menjadi impian segenap mantan ahlinya...
kalu musim panaih...berpeluh xhingat

sekali hujan...BAH terus!!

Buat semua warga KMPk...
Terimalah sajak pantun dari patik...


KMPk ku cantik indah dan permai,
      Kelilingnya sawit tiada sungai,
Ada pipit tiada murai,
      Ada rumput tiada teratai…

Tempatnya luas pelajarnya ramai,
      Jauh dekat mereka sampai,
Dari selatan ke Gunung Jerai,
      Dari barat ke timur pantai…

Guru-guru si bijak pandai,
      Pelbagai benih ilmu disemai,
Mengajar mendidik tak kenal longlai,
      Tiada malas tiada lalai,
Sentiasa tersenyum tatkala menghurai,
      Supaya ilmu semua tercapai,
Bila diuji dapat dituai…

Wahai rakan sahabat handai,
      Hamba nak beri nasihat bernilai,
Perjuangan kita belum selesai,
      Jangan dibiar ilmu berkecai,
Jangan dibiar maruah tergadai,
      Bermain bersuka masa yang sesuai,
Moga kejayaan berjaya digapai,
      Menara gading di bulan Julai…*

Ini sekadar pantun yang santai,
      Hanya rekaan yang cincai-cincai,
Hanya nukilan yang serabut serabai,
      Salah silap harap diabai,
Mohon ampun terkasar andai…

-March 2009-




 

Pantun ini dinukil khas sempena "Pertandingan Mencipta Karya" anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)...
Karya yang menang akan terpilih untuk dimuatkan ke dalam Prodigy atau majalah tahunan KMPK sesi 08/09..

Puisi ini mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut dan sekaligus melayakkan diri untuk dipampangkan diselitkan ke dalam Prodigy tersebut...

  

Untuk menambahkan lebih emosi ke dalam karya ini...
Ianya dilampirkan di muka surat akhir Prodigy...
Atau lebih tepat, di kulit majalah tersebut...

Bertemankan gambar seorang lelaki ditiup lembut bayu petang, pantun ini seakan diberi aura yang indah dalam suasana penuh emosi di penghujung semester...

*Kredit tuk designer background*




p/s: Sekarang dak matrix masuk U bulan September...so abaikan "Julai" ni ek...ni pantun lama...hik3 :)