Showing posts with label Chancito. Show all posts
Showing posts with label Chancito. Show all posts

Saturday, 14 April 2012

Chancito football, yes we can!! (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk update blog sendiri...lol
Team Chancito Football, UTP Soccer League 2011
Chancito telah pun mengharungi 4 perlawanan dalam Liga Underground 2012 nieh. Tuk entri kali ni, izinkan aku summarized balik keempat-empat perlawanan Chancito Football setakat nieh.



Chancito 1 - 2 Jambulani                          (22 Mac 2012)
(Din Kaka)

Aku, posisi right back
Perlawanan pertama menyaksikan kekalahan Chancito di tangan Jambulani. Ketinggalan 2-0 pada babak pertama tidak mematahkan semangat Chancito. Gol-gol Jambulani berpunca dari kegagalan perangkap offside barisan pertahanan. Kedua-duanya one-on-one dengan keeper. Separuh masa kedua, Din Kaka mencuri tumpuan dengan gol jarak jauh yang cantik!!
Din Kaka (Captain), awesome long range goal
Kita pulang hampa pada perlawanan pertama...
Jadi, aku try buat entri pembangkit semangat "Chancito Football, yes we can (part 1)". Dan menurut perkiraan, semangat sedikit berkobar :P




Chancito 4 - 3 Abang Epul                        (3 April 2012)
(Zaid Ali, Pama, Zaid Ali, Apam[P])

half time, njoy habis :)
Setelah hampir 2 minggu kemudian, Chancito berhadapan pula dengan Abang Epul. Babak pertama Chancito lead 3-0 hasil dari kesilapan pertahanan lawan. Namun pada separuh masa kedua, pertahanan Chancito seakan hilang tumpuan apabila dibolosi 3 gol.
Apam, sepak penalti 2 kali...due2 masuk, 1 je kire...lol
Nasib bek penalti Apam menerjah jaring....sepak dua kali pulak tu (sepakan pertama tidak dikira kerana foul). Abang Epul juga dihadiahkan satu sepakan penalti, tapi gagal disempurnakan dengan baik oleh penyerang mereka.
Pama, menjaringkan gol kedua Chancito
Kemenangan pertama ini menceriakan kembali kem Chancito setelah hampir 2 minggu 'menderita' dek mengenangkan nasib kalah di tangan Jambulani....lol
Zaid Ali, man of the match



Chancito 1 - 1 Underscore                                       (4 April 2012)
(Iqhwan Alimi)

Piji, gagal beraksi akibat kecederaan lutut...
Dalam game nieh, beberapa pemain pertahanan tengah Chancito mengalami kecederaan - Piji dan Apek. Aku pula diberi tanggungjawab mengemudi bahagian tengah pertahanan selaku stopper. Neway, Ramos pun men stopper gk kan?? hik3...
Iqhwan Alimi, penjaring goal cantik dari sudut yang sukar
Jaringan cantik Iqhwan Alimi pada sudut yang sukar memberikan sedikit kelebihan sehingga tamat babak pertama. Kepenatan yang masih berbaki semalam tidak menggugatkan semangat Chancito tuk terus bermain. Selang beberapa minit babak kedua bersambung, Underscore menghukum kekalutan pertahanan Chancito dengan gol penyamaan.
Faza, finger tip save
Pastu, Chancito mengekalkan permainan bertahan-counter hingga ke akhir permainan. Asyik kene serang je, nyaris-nyaris bolos. Nasib bek, ketangkasan Faza berjaya menidakkan beberapa bola bahaya termasuklah finger tip save. Perlawanan berakhir seri, satu mata berharga berjaya dibawa pulang kem Chancito.




Chancito 2 - 2 ECC                                       (10 April 2012)
(Iqhwan Alimi, Din Kaka[P])

Apeh, pemain import baru Chancito Football 2012
Setelah hampir seminggu berehat, Chancito turun pula menentang ECC. ECC tergolong antara pasukan pilihan kali ini. Dalam 3 perlawanan sebelum ini, ECC tidak lagi kalah mahupun seri.
Amin, last man Chancito
Persaingan antara kedua-dua pasukan seakan seimbang. Namun, Chancito dikejutkan oleh gol awal ECC setelah lontaran ke dalam mereka berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Chancito. Di penghujung babak pertama, sepakan sudut Chancito pula mengucar-kacir pertahanan ECC dan Iqhwan Alimi menggunakan kesempatan yang ade untuk menjaringkan gol penyamaan.
Ismail Nasir, assist penalti...
Selang beberapa minit selepas separuh masa kedua, ECC kembali di depan pabila Faza gagal menolak keluar bola lambung ECC. Tersentak dengan gol tersebut, Chancito melipat gandakan serangan...bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan. Dan usaha itu tidak sia-sia pabila Chancito dihadiahkan sepakan penalti setelah Ismail Nasir dijatuhkan.
Faiz, menerima kad kuning pertama
Din Kaka menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan seterusnya mengikat ECC hingga ke akhir perlawanan.
________________________________________________________________________

Penjaring gol Chancito...
~ Zaid Ali - 2 gol
~ Iqhwan Alimi - 2 gol
~ Din Kaka - 2 gol
~ Pama - 1 gol
~ Apam - 1 gol

Penerima kad kuning... 
~ Faiz



anda penyokong Chancito?? click like :)

Monday, 26 March 2012

Chancito football, yes we can!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...

Masih ingatkah anda dengan ini??
chancito goal fiesta!!

Chancito goal fiesta against Goliath, UTP Soccer League 2011. Kemenangan paling besar Chancito dalam sukan bola sepak padang. Dalam game nieh, Pama dapat hatrik, Din Kaka skor 2 biji, Zaid Ali plak menjaringkan gol pertama peribadi. Game ni bnyk kenangan manis buat kite.



Ingatkah pulak dengan yang ini??
dendam berbalas!!

Kekalahan 3-2 di tangan Blackhawk tuk season debut mmg sukar tuk dilupakan. Kite dah lead 2-0 tuk first half. Second half diowg kejar balik 3 gol. Kite pulang dengan hampa. Sekaligus tersingkir tuk season 2010. Namun kekecewaan itu berjaya kite hapuskan pada season 2011 dengan kemenangan ke atas Blackhawk 1-0. Sekaligus menyusul bersama Facebook menempah tiket ke suku akhir.



Yang ni sure korg ingat...
Clean sheet group stage

Kite menamatkan peringkat kumpulan dengan menduduki tangga teratas. Bukan itu sahaja, kita juga tak bolos! Alhamdulillah...

Selain itu, kita jugak pernah mengalahkan seeded team dalam first season kite...
Kita jugak pernah kejar balik 3-3 pas ketinggalan 3-0 time friendly match...
Kita mampu sebenarnye...

kat atas padang kita hanya satu...

Secara keseluruhannya, kite dah bagi yang terbaek. Mungkin gak tuah ada pada kita.
Chancito telah melangkah setapak demi setapak...
Kita bukan pasukan yang lemah...kita boleh buat...kita boleh buat!!
Kita boleh mencipta lebih bnyk sejarah selain yang pernah kita kecapi...

fair play, they said

Season 2012 ni, Chancito Football join LIGA UNDERGROUND 2012 dek penolakan proposal UTP Soccer league 2012 atas sebab-sebab tertentu...
So, basically ade 11 team yang bertanding secara liga merebut tempat teratas...
Thus, setiap team kene main 10 kali la...uhuk3..

Diharapkan season kali ni, kita dapat improve lagi mne yang kurang. Perkemaskan kelebihan yang ada. Harapan kita, sekurang-kurangnye berada dalam kelompok 3 teratas.
Kita boleh buat...kita boleh buat!!
Chan chan chan chan chan CITO!!




Doakan kejayaan kami dengan click like...moga makbul insyaALLAH :)

Friday, 23 March 2012

Chancito Retro Night Gala Dinner

Bismillah...

Aku tau Retro Night ni dah seminggu berlalu...

Biarkan...kasi hidup balik mood dinner yang awesome gler tuh.....

Honestly la kan, dalam bnyk2 official dinner yang aku pergi...
Chancito punya la yang paling happening...
Sume pakat enjoy sehabis boleh...gelak sampai xckup nafas, meleleh-leleh air mata bak hang...hahaha

Aku saja nk highlight sal Retro Night nieh...bukan ape..
1. Ni la kali pertama Chancito uat dinner kat hotel. Hotel Tower Regency to be specific...
2. Siap ade tema lagi tuh. Retro to be specific...
3. Sumenye smart2 dan cute2 belaka. Sampai ade yang aku xknl pun ade...gler makeover!! Hahahaha....
4. Last but not least, tuk rujukan...in cased rindukan malam yang penuh bersejarah nieh....
Tuk rujukan len sila ke sini ye


Bertemakan retro pastinye xsah kalu xde baju lengan pendek petak2, baju bunga2, ranggi2...
Ade yang berhabis wang ringgit beli pakaian dan aksesori2 sempena malam gala penuh sejarah nieh...
Ade yang men sewa pinjam kawan2 punya je...
Ade yang men taram pakai xikot tema...

Malam yang penuh dengan gelak tawa ini juga diserikan lagi dengan band Scavia. Scavia membawa beberapa lagu retro bagi membangkitkan lagi mood retro dalam diri setiap hadirin yang hadir...

Makanan dy pulak...mah aih, sedap yang amat....*gulp*
Bertambah, xberingat....hahaha..
irresistible chicken lasagna...awwwww yeah!!

Di samping makanan yang serba lazat dan menyelerakan...
Beberapa anugerah jugak memeriahkan lagi majlis retro nieh...
Pemilihan berdasarkan sistem undi online...

Anugerah Chancito Cute Sangat (L) & (P)
cuteness level infinity!!
Anugerah Chancito Kaki Bola & Kuat Berpeluh
abam morinho ngan goal scoring machine...
Anugerah Chancito Maskulin & Feminin
mr muscle n miss feminin
Anugerah Chancito Berwawasan Tinggi (L) & (P)
wise old man
kuat jog nieh
Anugerah Chancito Kelakar gler (L) & (P)
seyes lawak!! wakaka...
Anugerah Chancito Terhangat Di Pasaran (L) & (P)
terhangat!!
Anugerah Chancito Bajet Glamer (L) & (P)
glamer dow...
Anugerah Chancito Kegeraman Kegemaran Ramai (L) & (P)
most votes goes to....
Anugerah Chancito yang dapat Sorakan Ramai (L) & (P)


Mohon uat lagi dinner2 camni pada masa akan datang...
Aku akan cube tuk ikot tema len kali keyh......hahaha
satu-satunya pakaian aku yang 'mengikut tema'


tuk gambar2 len...sila rujuk
1. album mufaz
2. album kancong
3. album fiza
4. album shaz
5. album za'im
6. album duhast
7. album didiy

credit gk ditujukan kepada Aqwa, gmbr2 ko comel2 belaka...



mau lagi dinner Chancito pasni?? click like :)