Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
DIDCHUKNOW10 adalah entri bulanan istimewa Abam DiDiY. Setiap hujung bulan, abam didiy akan pilih satu topik. Then abam akan ulas 10 fakta menarik mengenainya. Bulan ni abam pilih Kacang Soya sebagai topik perbualan. 10 produk berasaskan kacang soya yang mungkin anda tidak tahu. Selamat membaca~~
..............................................................................................
Kacang soya; [English: Soy bean] adalah sejenis kekacang yang tidak asing bagi kita. Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berketinggian sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.
Kandungan asid amino yang tinggi dalam kacang soya membantu dalam memastikan keseimbangan kandungan protein dalam badan, terutamanya golongan vegetarian. Perkataan soy diambil daripada perkataan Jepun, shoyu yang bermaksud kicap. Berikut abam senaraikan 10 produk berasaskan kacang soya.
..............................................................................................
1. Air Minuman
Lambakan pelbagai jenama susu soya di pasaran tempatan menjadikan soya begitu sinonim dengan masyarakat kita. Apa yang menjadi di luar kebiasaan kita adalah susu soya yang dijadikan minuman alternatif bagi menggantikan susu bayi.
Isomil adalah salah satu contoh susu bayi yang berasaskan kacang soya. Bagi sesetengah bayi yang alah kepada susu lembu, susu ini boleh dijadikan alternatif. Sekiranya bimbang akan side effect of soy product, leh consult dengan doctor tuk another alternatives.

2. Tempe
Makanan tradisional jawa ini sangat terkenal di selatan tanah air. Tempe terbentuk melalui proses penapaian terkawal yang menyatukan setiap biji kacang soya, tekstur seakan daging burger. Tempe selalunya digoreng atau dimasak dengan sambal sebelum dihidangkan. Secara personal abam xberapa minat dengan tempe...tapi kalu isteri dah masak, bedal jugak la~~
3. Tauhu
Japanese style "Silken tofu" bersama kicap dan hirisan lobak merah |
Tauhu; [English: Tofu] terhasil daripada susu soya yang dibekukan. Normally, proses pembekuan adalah dalam acuan berbentuk kiub. Tauhu mengandungi kandungan kalori yang rendah, tetapi tinggi kandungan protein. Tauhu juga boleh digoreng. Tauhu sumbat adalah contoh tauhu goreng yang disumbat dengan timun dan taugeh.
Untuk pencuci mulut atau manisan di petang hari, tauhu boleh dihidangkan bersama sira atau gula pelbagai rasa...lebih dikenali dengan panggilan Tau Fu Fa/Douhua/Taho.
Untuk pencuci mulut atau manisan di petang hari, tauhu boleh dihidangkan bersama sira atau gula pelbagai rasa...lebih dikenali dengan panggilan Tau Fu Fa/Douhua/Taho.
4. Kicap
Hantu Botol Kicap (gambar hiasan kot2 korang bace blog ni tengah malam) |
Kicap; [Jepun: shoyu; English: soy sauce] adalah penambah perasa yang tidak asing bagi kita khususnya rakyat Malaysia. Bahan asas bagi pembuatan kicap adalah kacang soya, garam dan ragi. Secara umumnya proses pembuatan kicap terbahagi kepada beberapa bahagian - pembersihan, perebusan, penapaian, penjemuran, penapaian lagi, tambah perasa plak lagi, dan last sekali pembotolan. Fuh!! Proses penapaian seyesly makan masa, berbelas minggu lamanya. Adalah digalakkan untuk para pengguna kicap untuk membeli sahaja di kedai runcit yang berhampiran.
5. Miso
Miso adalah sejenis perasa tradisional Jepun. Kacang soya yang telah ditapai akan digaul bersama garam dan fungus kōjikin. Gabungan ramuan ini akan menghasilkan paste yang pekat seperti gambar di atas. Miso digunakan oleh masyarakat Jepun dalam penjerukan sayur-sayuran atau daging. Tapi yang paling common, diorang pakai buat Miso Sup. Xtau la teman sedap ke idok le yob!!~~
6. Nattō
Makanan tradisi Jepun ini terhasil daripada gabungan kacang soya yang telah ditapai (fermented) dan Bacillus Subtilis. Nattō bersama nasi adalah makanan sarapan yang popular di Jepun. Nattō begitu digemari di Jepun kerana bau dan rasanya yang kuat, selain mempunyai tekstur berlendir.
7. Oncom
Bagi masyarakat Jawa Barat, oncom adalah salah satu makanan ruji mereka. Terdapat 2 jenis oncom - oncom merah dan hitam. Oncom ni cam anak menakan tempe la sebab depa sama-sama dibentuk pakai acuan. Apa yang membezakan oncom dengan tempe, oncom ni diperbuat daripada sisa makanan lain. Contohnya, sisa pulpa soya (okara) daripada pembuatan tauhu. Untuk lebih lanjut mengenai oncom, leh google sendiri...wek~~

8. Foo Chok
To be honest, abam baru tau name natang ni foo chok. Salu bedal je masuk perut. Bahan yang kebiasaannya terdapat dalam yong tau fu serta mee kari ini ghupenye berasaskan kacang soya. Nah kome, terliur jap~~
9. Soy Lecithin
Lecithin adalah sejenis minyak yang terdapat pada setiap binatang mahupun tumbuhan. Normally, yellow-brownish in color. Lecithin soya pula dikhabarkan ada pada bar coklat di pasaran. Untuk lebih kepastian, leh le engkome g grocery shop pasni. Secara umumnya, lecithin ini mengandungi khasiat (kebaikan) yang pelbagai. Oleh kerana soya mengandungi side effect tertentu, maka lecithin yang berasaskan soya adalah kurang baik untuk kesihatan.
10. Keju
Sifat soya yang hampir sama dengan susu membolehkan soya dijadikan keju atau soy kaas dalam bahasa belanda. Keju yang terhasil mempunyai rasa yang hampir sama dengan keju Cheddar. Keju cheddar camne plak le ghasenye yob!!~
..............................................................................................
Fuhhhhh...sedang abam duk godek-godek pasal kacang soya, abam terserempak la dengan vid nieh. "Soy Guapo" name diberi. Vid clip spanish song. Honestly, abam xtau its spanish till abam bukak Google Translate...hik3~
Enjoy idak?? Hahahaha...
References
3. Wiki2 Miso
4. Wiki2 Nattō
5. Wiki2 Lecithin
6. Wiki2 Oncom
7. Wiki2 Tempeh
8. Wiki2 Tofu
..............................................................................................
Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ni berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, Yang buruk itu khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...
Anda suka akan entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Ce Like Sikit~~

No comments:
Post a Comment