Assalamualaikum w.b.t.
Abam Didiy baru je pindah dari Ganu ke Ipoh. Hampir enam tahun jugak la family abam bermastautin kat sana. Tapi abam stil stay kat Ipoh, belajar kat sini sampai la masuk UTP. Rezeki kat tempat sendiri jugak yang melimpah ruah...huhuhu
So, entri DIDCHUKNOW10 kali ni, abam nak share sikit la several facts sal Terengganu...enjoy~~
...........................................................................................
Terengganu Darul Iman [sebelum ini dikenali dengan nama Trengganu atau Tringganu] juga lebih selesa dengan panggilan Ganu. Merupakan salah satu negeri yang terletak di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Berkeluasan 13,035 km2 dengan kepadatan penduduk seramai 1,015,776 (pada tahun 2010). Lebih 90% penduduknya adalah Melayu beragama Islam. Lokasinya yang strategik sering menjadi sasaran angin monsun timur laut.
...........................................................................................
1. Ganu cume ade satu je panggung wayang
Mesra Mall, Kerteh merupakan satu-satunya lokasi di Terengganu yang ade wayang. Yup... Kuala Terengganu, Marang, dan di bahagian Utara Ganu mmg xde wayang. Selain Mesra Mall, kalu nak tgk wayang jugak kene g Kuantan Mega Mall. Lebih kurang sejam setengah dari Mesra Mall...hahaha.
Kat Mesra Mall ni ade TGV. Ape yang special pasal TGV Mesra Mall nieh, die ade jadual tersendiri. Khamis petang sampai Jumaat tgh ari xde wayang. Means, korg xleh mulakan weekend korg dengan layan muvie baru la. Eh, weekend kat Ganu start Jumaat k. Jangan uat xtau plak...
2. Loghat yang unik
Selain mendengungkan setiap perkataan yang ade huruf 'n' dan 'm'...loghat ganu jugak ade beberapa perkataan yang unik. Antaranya "dok ghok cetong" = penat sangat2, "koya" = poyo, "tubik" = keluar...dsg.
Panas giler = Panah ketik Hodoh giler = Huduh sepang
Sejuk giler = Sejuk ketor Berat giler = Berat nanang
Bising giler = Bising bangor Kemas giler = Kemah keming
Busuk giler = Busuk kohong
3. Hotel 5 bintang cume ada 2 butir ja
Awana Kijal, Terengganu |
Tanjung Jara Resort, Terengganu |
4. Sultan termuda dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Terengganu
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu sewaktu baginda berusia 38 tahun. Sultan termuda yang menaiki takhta. Selang 6 tahun kemudian, baginda dilantik pula sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13 menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Alharhum Syed Putra Jamalullail. Sultan Mizan merupakan YDPA kedua termuda selepas ayahanda Tuanku Syed Sirajuddin, Almarhum Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (41 tahun).
Sultan Mizan selesa bergaul dengan rakyat jelata. Pernah bermain bola sepak bersama. Sekarang baginda aktif dengan aktiviti menunggang kuda yang sememangnya sebati dengan jiwa baginda sejak berusia 6 tahun lagi.
5. PRU-11, berlaku peralihan kuasa di Terengganu
Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengalami peralihan kuasa pada PRU ke-11. Peralihan ini mengakhiri pemerintahan selama 4 tahun PAS di Terengganu sejak tahun 1999.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Terengganu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengukuhkan lagi kerajaan persekutuan di hati rakyat. Hal ini termasuklah dengan pembinaan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Bandar 'Cowboy' Kijal dan yang terbaru, Program Teganu Kite musim kedua di TV3...hik3~~
6. Nak masuk sekolah...kene tukar KERAKYATAN!!
Apa Terengganu bukan dalam jajahan Tanah Melayu?? Kene pakai passport ke nk masuk Ganu?? Hampa jangan buat2 terkejut...hahaha~~
Actually, sekolah yang dibina oleh Yayasan Agama Islam Terengganu adalah khas untuk rakyat Terengganu shje. Pendek kate, orang 'luar' xleh masuk. Assobiyah bak hang!! Hahaha~~ Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah kerajaan tidak dikenakan syarat sedemikian rupa. Jangan kalut ngat...Hik3~~
Ni pengalaman adik abam sendiri. Dia kene tukar jadi rakyat Ganu semata-mata nak masuk salah sebuah sekolah agama under Yayasan Agama kat Dungun. Nak tukar kerakyatan pulak kena duk kat Ganu at least 3 tahun...pulok!!?? Sib bek dah duk 4 tahun. Haish~~
7. Taman Tamadun Islam - Taman Tema bercirikan Islam pertama di dunia
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang dahulunya subur dengan pohon nipah yang melata. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Kira-kira 21 monumen dibangunkan di dalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz original.
Mula dibina pada Mac 2005. Taman ini bukan sahaja dikelilingi replika sejid dari serata dunia, malah sebuah sejid yang juga mercu tanda Terengganu iaitu Sejid Kristal turut menghiasi landskap.
Cag tiket yang dikenakan adalah seperti berikut - Dewasa (RM10), Kanak2 (RM5), Warga Emas atas 60 tahun (RM5), bukan
8. Terengganu, tempat lahir Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. UAI merupakan individu yang paling berpengaruh kat Malaysia sekarang. Sebut sahaja namanya pasti tersenyum dek terkenangkan celoteh beliau di Youtube.
Disebabkan jadual beliau yang terlalu padat lately, susah sikit nak tau lokasi tetap rumah beliau...huhuhu. Walaubagaimanapun, Terengganu tetap menjadi lokasi popular UAI untuk pengimarahan majlis ilmu. Lihat sahaja tentatif ceramah beliau...lebih 50% (16 lokasi) ceramah bulan Januari hanya di Terengganu!!
9. Juara SUKMA empat kali berturut-turut
Sejak SUKMA 2008 di Kuala Terengganu, Terengganu telah dinobatkan sebagai kuasa sukan negara sebanyak empat kali berturut-turut. Dan masih lagi juara bertahan!! Disebabkan Terengganu menang SUKMA kat Pahang baru-baru ni, dapat la abam merasa cuti peristiwa masa intern lepas...hik3.
Terengganu telah melahirkan ramai atlet berkualiti untuk mewakili negara. Walau bagaimanapun, pencapaian 4 kali berturut2 ini bukanlah pencapaian terbaik pernah direkodkan dalam kejohanan SUKMA. Selangor pernah memenanginya sebanyak 6 kali berturut-turut (1996-2006).
10. Nasi campur tuk lunch mahal giler
Berdasarkan survey rambang area Paka-Dungun, korg memerlukan sekurang2nya RM6 tuk makan tengah hari. Makan xleh berselera sangat. Lauk ikan seyes mahal kat Ganu. Kalu nak jimat, makan lauk ayam. Ayam pun ayam goreng je...ayam masak pelik sikit dah naik harga.
Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh segelintir 'orang luar' yang makan kat Ganu nieh. Kopok lekor pun mentekedarah harganya. Untuk pengetahuan rakyat Terengganu khususnya...di Perak (teman oghang peghok yob!!), jika ayamlah lauknya maka samalah harganya. Xkira la masak ape jenis sekalipun. Maaf andai terkasar bahase.
...........................................................................................
Sempena entri kali ni...abam nak ngajak para sahabat tuk berjalan-jalan kat Ganu. Banyak lokasi percutian menarik tuk dikunjungi. Plus, tahun 2013 ni memang tahun melawat Terengganu. Moh pakat g Ganu terrrr~~~
~~kalu tuang gi pata timor....jangan lupe maghi sokmo~~ |
Reference
1. Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2. Taman Tamadun Islam
3. Wiki2 Ustaz Azhar Idrus (UAI)
4. Wiki2 SUKMA
5. Facebook Kami Boikot Buletin Utama TV3
6. Facebook I <3 Loghat GANU KITE
...........................................................................................
Ada cadangan untuk entri DIDCHUKNOW10 pada bulan2 akan datang?? Sila utarakan di ruangan komen di bawah...
TERIMA KASIH kepada yang membaca...
Maaf andai terkasar bahasa...
Anda suke akan entri ini??
Click like...
nak tanya, camne tukar kerakyatan tu? saya dah stay tganu 22 tahun, payah dapat bantuan ape2 sbb kod negeri kat tgh tu
ReplyDeleteermmm...
DeleteTukar kerakyatan ni bermaksud seseorang tu kne declare dy orang ganu and bermastautin kat ganu...
Kalu x, dy xleh masuk skola under yayasan...
Boleh saya tau, apa jenis bantuan yang payah nk dapat tuh??