Monday, 14 July 2014

World Cup 2014 Highlights

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Piala Dunia 2014 telah melabuhkan tirainya. Berikut adalah 50 highlights sepanjang kejohanan ini dilangsungkan.

NOTA: Entri kali ni penuh dengan gambar bergerak. Jadi abam nasihatkan biarkan page ni terbukak, gi buat keje lain, selang 30 minit baru baca k.
..................................................................................


1. FINAL 2010 Pada Pertemuan Pertama
Belanda dengan misi membalas dendam telah memanfaatkan segala peluang dengan sebaiknya dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Sepanyol. Kecundang di Final Afrika Selatan 2010 dibalas dengan rogol bergilir-gilir oleh Van Persie dan Arjen Robben.


2. Gol Sendiri Mulakan Kempen Piala Dunia 2014
Gol pertama untuk kejohanan Piala Dunia kali ini dijaringkan oleh pemain Brazil, Marcelo ke dalam gawangnya sendiri.


3. Rekod Penjaring Terbanyak Terburai
Jaringan ini menjadikan Miroslav Klose, penjaring gol Piala Dunia terbanyak dengan 16 gol. (2002 - 5 gol...2006 - 5 gol...2010 - 4 gol...2014 - 2 goal).

4. Magical Foam Diperkenalkan Buat Pertama Kali
Digelar buih magis kerana krim ini akan hilang tersejat akibat perubahan suhu. Buih ini diperbuat daripada campuran air dan butane. Butane akan tersejat lalu meninggalkan air. Sumber : Magical Vanishing Foam


5. Gol Line Technology Diperkenalkan Buat Pertama Kali
Ini adalah kali pertama Goal Line Technology diuji dalam sejarah Piala Dunia. Untuk video penuh, sila ke SINI.


6. Juara Bertahan, Sepanyol Tersingkir Awal
Setelah Brazil pada 1966, Perancis pada 2002 dan Itali pada 2010, kini giliran Sepanyol pula menimpa nasib yang sama. Juara bertahan tersungkur awal di peringkat kumpulan.  


7. Gol Pertama Wayne Rooney
Wayne Rooney pulang dengan dua gol dalam kejohanan kali ini setelah gagal menjaringkan sebarang gol untuk dua kejohanan sebelumnya (2006 & 2010). Gol ini dijaringkan ketika menentang Uruguay pada pertembungan kedua peringkat kumpulan.


8. Flying Dutchman First Edition
Robin Van Persie Amazing Header
Gol Pertama Belanda ketika menentang Sepanyol. Salah satu gol paling rare dan cantik korang boleh tengok dalam World Cup kali ini.


9. Rekod Pemain Bola Terpantas Dunia
Arjen Robben telah memecahkan rekod pemain terpantas dunia yang dipegang Antonio Valencia dengan kelajuan 37.0 km/h. Fuh!!


10. 'Love Bite' Luis Suarez
Luis Suarez kembali dengan insiden menggigit pihak lawan. Ini adalah insiden menggigit yang ketiga dalam kariernya. Mangsa keadaan, George Chiellini.  


11. Sikuan Maut Alex Song
Selain insiden 'love bite', ade jugak insiden menyiku pihak lawan. Mangsa sikuan maut, Mario Manzukic. Song dikenakan kad merah akibat insiden ini.


12. Cooling Break Pertama
Pertembungan Belanda dan Mexico menyaksikan cooling break pertama dalam sejarah Piala Dunia. Suhu ketika itu sekitar 39 degree celcius. Menurut FIFA, Rehat 3 minit diberikan pada minit ke-30 dan 75. Seterusnya 10 minit masa tambahan diberikan di akhir perlawanan. 


13. Costa Rica ke Suku Akhir Buat Pertama Kali
Costa Rica telah menunjukkan persembahan yang sangat menakjubkan dalam kejohanan kali ini. Selain menyingkirkan England dan Italy serta menjuarai kumpulan 'maut' D, Costa Rica juga buat pertama kalinya ke suku akhir setelah menyingkirkan Greece. Mereka akhirnya tumbang di tangan Belanda. 


14. Pertembungan Brazil-Chile Pecah Rekod Twitter
Pertembungan Brazil-Chile merekodkan sebanyak 16.4 juta tweet dalam satu acara secara langsung. Menurut Twitter, setelah pertahanan Chile, Gonzalo Jara terlepas sepakan penalti, sebanyak 389,000 tweet/min telah direkodkan. Sumber: Brazil-Chile Becomes Most Tweeted Sport Events Ever!


15. Flying Dutchman Second Edition
Arjen Robben merebahkan badan untuk menuntut penalti yang membawa kepada kemenangan Belanda. Arjen Robben sendiri mengaku akan aksi rebahan yang dia lakukan...lihat SINI.


16. Tim Howard Pecah Rekod Goalkeeper 
Dalam perlawanan USA menentang Belgium, Tim Howard telah menyelamatkan gawangnya sebanyak 16 kali sekaligus mencipta rekod baru dalam sejarah Piala Dunia.


17. Kesemua Juara Kumpulan Ke Suku Akhir
Ini adalah pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, juara daripada setiap kumpulan melangkah ke peringkat suku akhir.


18. Gaya Rambut Baru Ronaldo
Gaya rambut baru ini dibuat pada perlawanan menentang USA. Corak zig-zag ini menyerupai parut bekas pembedahan seorang budak di Sepanyol bernama Eric Ortiz Cruz. Ronaldo telah membayar kesemua yuran pembedahan Eric berjumlah £50,000.


19. Neymar Patah Tulang Belakang (Vertebrae)
Terjahan Zuniga ini telah menyebabkan Neymar patah tulang belakang sekaligus terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2014. 


20. Penjaga Gol Algeria Teruskan Puasa
Penjaga Gol Algeria, Raïs M'Bolhi tetap meneruskan puasanya ketika menentang Jerman pada pusingan kalah mati. SUMBER: Harian Metro


21. Tim Krul Bermain Semata-Mata Untuk Penalti
Jurulatih Belanda, Louis Van Gaal menukar Jasper Cillessen dengan Tim Krul pada penentuan sepakan penalti. Tim Krul berjaya menempis dua bola untuk memastikan Belanda ke separuh akhir. Dikatakan Tim Krul berlatih selama 7 minggu khas untuk penalti.


22. Pasukan Algeria Menderma Untuk Palestin

Pasukan Algeria berhajat mendermakan bonus $9 juta Piala Dunia mereka kepada rakyat Palestin. "They need it more than us", kata penyerang Algeria, Islam Slimani. Lihat SINI.


23. Pepe Heatbutt Muller
Berang dengan lakonan Muller, Pepe bertindak menenyeh kepala Muller dengan kepalanya sendiri. Pepe dikenakan kad merah akibat insiden ini.


24. Pemain Cameroon Bergaduh Sesama Sendiri
Selain sikuan Alex Song, dalam game yang sama, Assou-Ekotto dan Benjamin Moukandjo pula bergaduh.

25. Penampilan Sulung Bosnia Herzegovina

Meskipun negara mereka sedang dalam peperangan, Bosnia masih mampu untuk menghantar skuad mereka ke Brazil.


26. Jurulatih Argentina Tiru Gaya Michael Jackson
Alejandro Sabella nyaris jatuh ketika secara spontan meniru gaya Michael Jackson setelah sepakan Higuain terkena palang gol sewaktu menentang Belgium.


27. Serangga Di Bahu James Rodriguez
'Belalang' ini muncul ketika James mengambil sepakan penalti menentang Brazil.


28. Messi Still Can't Go Through Courtois
Badi Messi berterusan apabila sekali lagi gagal menebusi gol yang dikawal Courtois.


29. Kekalahan Terburuk Brazil
Ini bukan sahaja kekalahan terburuk dalam kejohanan Piala Dunia kali ini malah juga kekalahan terburuk dalam sejarah Brazil di Piala Dunia.


30. Peminat Paling Sedih
Dikatakan ini adalah peminat paling sedih sepanjang Piala Dunia 2014.


31. Manuel Neuer Funny Mistake
Neuer buat lawak pada penghujung game lawan Ghana...huhuhu.


32. The Dancing Ghana
Asamoah Gyan bersama rakan-rakan meraikan gol kedua Ghana ketika menentang Jerman.


33. Miguel Herrera Celebration
Against Netherlands
Against Cameroon
The last part, sum it up...hehe.


34. Arm Band Tuk Peminat Tegar Belanda
Robin van Persie memberikan arm bandnya kepada peminat tegar Belanda selepas membelasah lunyai Brazil untuk penentuan tempat ketiga.


35. Algeria Ke Pusingan Kalah Mati Buat Pertama Kali
 
Ini adalah kali ke-4 Algeria ke Piala Dunia (1982, 1986, 2010, 2014). Kali ini di Brazil, skuad Algeria berjaya ke pusingan kalah mati buat pertama kali. 


36. Jasper Cillessen Meme Gone Viral
Aksi Cillessen sebelum sepakan percuma Brazil, penentuan tempat ketiga...haha. 


37. David Luiz Menangis
Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva sangat-sangat memberi kesan terhadap keseluruhan persembahan Brazil kali ini.


38. Brazil, Negara Ketiga Bolos 12 Gol Sejak 1974


39. Romero Membawa Argentina Ke Final
Ketangkasan Romero menempis dua penalti ketika menentang Belanda telah membawa argentina ke pentas final sejak 1990. Gambar : Romero tempis sepakan Wesley Sneijder.


40. Sepakan Percuma 'Goosebumps' David Luiz
Sepakan yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang menonton secara langsung...FUH!~


41. Isu Paul Pogba Dan Wilson Palacios
Pogba membalas kekasaran Palacios ke atasnya. Biasalah darah muda...

 
42. Shaheen Si Unta
Shaheen si unta telah menggantikan the 'legendary' Paul si sotong untuk game prediction Piala Dunia 2014. Shaheen dilihat konsisten memilih pasukan yang menang di peringkat awal kejohanan. Namun setelah gagal meramal game Portugal-Jerman, unta ini lebih kerap memilih pasukan yang kalah...lol.


43. Javier Mascherano Si Penyelamat
Ini adalah antara babak paling dramatik selain sepakan penalti sewaktu pertembungan separuh akhir Belanda-Argentina.


44. Neuer Rempuh Higuain
Insiden kekasaran final. Terjahan kuat ini tidak dikenakan sebarang kad kerana Neuer menyentuh bola terlebih dahulu.


45. Golden Glove : Manuel Neuer
Ramai penjaga gol yang menunjukkan persembahan menakjubkan sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini antaranya Raïs M'Bohli (Algeria), Vincent Enyeama (Nigeria), Guillermo Ochoa (Mexico), Julio Ceasar (Brazil) dan Sergio Romero (Argentina). Tapi, Neuer tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.


46. Golden Boot : James Rodriguez
Ini adalah gol keempat James Rodriguez. Antara gol tercantik sepanjang kejohanan kali ini. Meskipun kecundang di peringkat suku akhir menentang Brazil, Rodriguez telah berjaya menyumbat 6 gol sekaligus membawa pulang trofi Golden Boot.


47. Golden Ball : Lionel Messi (Player of the Tournament)

Messi pulang hampa meskipun dinobatkan sebagai Player of the Tournament. Ada yang melabelkan Messi sebagai pemain paling sedih dalam kejohanan kali ini. Maradona pula menyangkal bahawa ada lagi pemain yang lebih layak berbanding Messi untuk anugerah ini...lihat SINI. Well, abam pun setuju dengan Maradona.


48. Gonzalo Higuain Offside Goal Celebration
Higuain meraikan gol offside ketika menentang Jerman di pentas final. The legend says that Higuain is still celebrating...lol~


49. Gotze Musnahkan Harapan Messi
Pemain gantian, Mario Gotze telah menjaringkan gol yang meranapkan impian Argentina umumnya dan Messi khususnya. Tunggu 4 tahun lagi la gamaknya Messi oiii~~

50. Jerman Juara Piala Dunia 2014!!
Konsisten sepanjang kejohanan. Selain merogol tuan rumah di rumahnya sendiri. Tanpa disangkal lagi, mereka sememangnya layak untuk memenangi Piala Dunia kali ini. Ini adalah kali pertama pasukan dari Eropah memenangi Piala Dunia di tanah Amerika Selatan.
......................................................................................


Dan untuk closing, lihat media Korea Utara memberitahu rakyatnya bahawa mereka akan ke final Piala Dunia menentang Portugal. Satu negara kena pusing...lol tuk Korea Utara.


Cukuplah kot 50...hahaha
Anda Suka Akan Entri Ini? Click Like :)

Monday, 23 June 2014

DIDCHUKNOW10 [Jun '14] - Real Madrid

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pekabor engkome sekalian? Harap semuanya sihat belaka le yob!!
DIDCHUKNOW10 adalah entry istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan petik satu topik then elaborate 10 fakta menarik mengenai topik tersebut. Untuk entri Jun '14, abam akan membicarakan mengenai "10 Fakta Menarik Mengenai Real Madrid".

Real Madrid adalah sebuah kelab bola sepak yang kaya dengan sejarah tersendiri. Dan sebagai peminat 'nombor satu' Real Madrid disamping kejayaan membawa pulang trophy UCL yang ke-10, maka waktu dan saat ini tersangatlah sesuai untuk abam senaraikan 10 fakta menarik mengenai Real Madrid. Semoga pada masa akan datang, kita mungkin boleh sehaluan...insyaALLAH~~
~~!!A Por La Decima!!~~
................................................................................................


1. Sebuah Kelab Diraja
Madrid Football Club ditubuhkan pada tahun 1902. Pada tahun 1920, King Alfonso XIII telah mengurniakan gelaran diraja kepada kelab ini. Sejak hari itu, Madrid Football Club mula dikenali sebagai 'Real' Madrid Football Club dengan lambang mahkota mula terukir di atas lencana. Perkataan 'REAL' merujuk kepada 'ROYAL' dalam bahasa Sepanyol.


2. Kelab PALING KAYA Di Dunia
Buat masa ini, Real Madrid adalah kelab TERKAYA dunia dengan jumlah pendapatan sebanyak US$675 juta setahun. Barcelona dan Bayern Munich masing-masing berada pada tangga ke-2 dan ke-3 dengan jumlah pendapatan kurang daripada US$630 juta setahun.


3. Pemenang Piala Eropah Yang PERTAMA
Piala Eropah mula diperkenalkan pada tahun 1955-1956. Kejohanan tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk menentukan kelab yang terbaik di Eropah. Pada kejohanan pertama, hanya 16 pasukan yang mengambil bahagian dan Real Madrid adalah kelab pertama yang memenangi pertandingan tersebut. Vamos Real~


4. Menang Piala Eropah LIMA KALI Berturut-Turut
Setelah memenangi Piala Eropah yang pertama, Real Madrid meneruskan kecemerlangan dengan membolot kejuaraan yang sama sebanyak lima (5) kali berturut-turut. Dari tahun 1956 sehinggalah 1960. Real Madrid adalah satu-satunya kelab yang berjaya melakukan sedemikian rupa.


5. Rekod Pemain TERMAHAL Dunia
Gareth Bale Goal vs. Barcelona (Copa Del Ray Final 2014)
Polisi Florentino Peréz selain status kelab terkaya dunia adalah antara faktor Rekod Pemain Termahal Dunia dipegang oleh Real Madrid. Bermula dengan Luis Figo (€62m, 2000) dan Zinedine Zidane (€75m, 2001). Selang 9 tahun kemudian, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod yang dipegang Zidane dengan rekod perpindahan sebanyak €94m, 2009. Pada tahun 2013, Gareth Bale dibeli daripada Tottenham dengan rekod baru perpindahan sebanyak €100.


6. Santiago Bernabéu Yeste
Santiago Bernabéu merupakan presiden kelab sejak tahun 1945. Beliau bertanggungjawab membina semula kem latihan kelab selepas peperangan saudara (1936-1939). Pada tahun 1953, Santiago mula mengatur strategi dengan membeli pemain bertaraf dunia dari luar negara dan yang paling menonjol pastinya Alfredo Di Stéfano. Strategi ini berjaya mengangkat Real Madrid di mata dunia pabila merangkul kejuaraan Eropah 5 kali berturut-turut sejak kali pertama dipertandingkan. Kini, nama Santiago Bernabéu terukir pada nama stadium, the home ground of Real Madrid.


7. Pemenang UCL TERBANYAK (10 Kali)
~~This goal will forever be remembered~~
24 May 2014 merupakan tarikh yang bersejarah khususnya buat peminat Real Madrid. Kejuaraan ke-10 (La Decima) yang ditagih sejak berkemarau 12 tahun lamanya akhirnya menjadi realiti setelah membenam Atletico Madrid pada perlawanan akhir di Lisbon, Portugal. Kejayaan ini menjadikan Real Madrid pemenang piala Eropah terbanyak sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1955. 


8. Kelab TERBAIK Sepanjang Abad
Real Madrid telah dinobatkan oleh FIFA sebagai Kelab Terbaik Sepanjang Abad pada December 2000. Pengundian dilakukan menerusi langganan majalah dwi-tahunan Majalah Dunia FIFA. 196 undian berjaya dikutip dan Real Madrid memperoleh 43.35% daripada pengundian tersebut sekaligus merangkul kelab terbaik sepanjang abad (1901 - 2000)


9. The Los Galácticos
Dari Kiri : David Beckham, Luis Figo, Florentino Peréz, Zinedine Zidane, Ronaldo
Polisi Florentino Peréz selaku presiden kelab sejak tahun 2000 untuk membawa pemain-pemain bertaraf dunia ke Real Madrid banyak mengubah landskap kelab. Kehadiran Luis Figo (2000), Zinedine Zidane (2001), Ronaldo (2002) dan David Beckham (2003), Real Madrid mula digelar sebagai The Los Galácticos. Pada tahun 2009, Florentino Peréz membawa Cristiano Ronaldo dan Ricardo Kaká ke Real Madrid dan seterusnya membeli Gareth Bale pada tahun 2013. Hajat dan cita-citanya untuk membina Los Galácticos 2.


10. Kelab Paling BERNILAI Di Dunia
Menurut Forbes' List of Most Valuable Club (updated June 2014), Real Madrid menduduki tangga teratas. Pencapaian kelab dalam liga tempatan dan Eropah disamping dibarisi pemain yang mantap dan digeruni banyak menyumbang kepada kejayaan ini.
................................................................................................


REFERENCE
1. Facebook Real Madrid C.F.
2. Wiki2 Real Madrid C.F.
3. Wiki2 Kelab Bola Sepak Terkaya Dunia
4. Forbes' List of Most Valuable Club
5. Wiki2 UEFA Champions League
6. Cerita 10 kali menang UCL
7. FIFA Club of the Century  
................................................................................................


~Terkaya, Bersejarah, Bernilai, Pemain Termahal, Terbaik~
Itu sahajalah konklusi yang boleh abam buat berkaitan kelab abam, Real Madrid. Abam menyeru kepada yang singgah blog abam ni, ayuh bersama abam menuju UCL ke-11...kui3. Second kit season depan boleh buat hadiah anniversary...pink yob kabor!!~
Second Kit Season 14/15
Alhamdulillah, DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang baik itu daripada ALLAH, yang buruk pula khilaf abam sendiri...
Wallahua'lam...

Tuesday, 6 May 2014

DIDCHUKNOW10 [Mei '14] - Nombor Penting Di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pekabor engkome sekalian? Harap semuanya sihat belaka le yob!!
DIDCHUKNOW10 adalah entry istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan petik satu topik then elaborate 10 fakta menarik mengenai topik tersebut. Tuk entri May '14, abam akan membicarakan mengenai "Antara 10 Nombor Penting Di Dunia".

Matematik dan nombor adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Setap perkara yang wujud pasti punya istilah matematiknya tersendiri. Berikut abam senaraikan antara 10  nombor yang penting di dunia. Nombor-nombor ini banyak menyumbang terhadap perkembangan teknologi dan sains moden. Semoga bermanfaat...insyaALLAH~~

Anda juga mungkin meminati, DIDCHUKNOW10 [Januari '13] - TUJUH
..............................................................................................


1. Speed of Light, c
'Kelajuan cahaya' (dalam vacuum), c adalah kelajuan terpantas yang boleh dikecapi oleh apa sahaja perkara di dunia ini. Nisbah kelajuan cahaya dan kelajuan bunyi (n = c/v) menentukan kelajuan cahaya yang terbias, juga dikenali sebagai indeks biasan. Formula yang mengaitkan jisim objek dengan kelajuan cahaya (gambar), adalah formula yang paling popular di dunia.
c = 3.0 x 109 ms-2


2. Gravitational Constant, G
Gravitational Law
Gravitational Constant, G digunakan untuk mengira daya graviti antara dua objek. Tahukah anda, berdasarkan persamaan di atas, setiap objek mempunyai gravity? Termasuklah tarikan antara manusia. Gravitational Constant menggunakan simbol 'G' besar untuk mengelak terkeliru dengan 'g' kecil yang hanya digunakan untuk permukaan graviti bumi.
G = 6.67384 × 10-11 m3kg-1s-2


3. Avogadro's Constant, NA
Avogadro's Constant, NA adalah jumlah zarah atau atom yang terdapat dalam sesuatu objek atau bahan. Dalam kata lain, hampa leh kira berapa banyak atom dalam badan hampa pakai nombor ni la...hehe. Tapi, papehal convert dulu berat setiap elemen dalam badan korang kepada mol, refer periodic table...hehe
NA = 6.02214129 × 1023 mol-1


4. Ideal Gas Constant, R
Ideal Gas Law
Gas Constant atau Ideal Gas Constant, R terdapat dalam banyak persamaan asas sains fizikal, antaranya Ideal Gas Law dan Persamaan Nernst. Ideal Gas Law adalah hasil gabungan Boyle's law, Charles's law, Avogadro's law, dan Gay-Lussac's law. Hasil gabungan ini membuktikan bahawa berat dan suhu berkadar terus dengan tekanan dan isipadu...lol (pelik ngat bunyinya). Dan terdapat satu nilai pemalar yang tidak berubah iaitu Ideal Gas Constant.
R = 8.3144621 Jmol-1K-1


5. Boltzmann Constant, kB
Boltzmann Constant didefinisikan sebagai hubungan antara suhu dan tenaga kinetik yang terdapat dalam setiap molekul ideal gas. Pemalar ini diperoleh daripada seorang ahli fizik Austria bernama Ludwig Boltzmann (1844 - 1906). Secara umumnya, tenaga pada molekul gas adalah berkadar terus dengan suhu. Pabila suhu meningkat, molekul akan bergerak lebih pantas. Dengan kajian Boltzmann ini, maka terjawablah persoalan mengapa ais lebih cepat mencair dalam air panas berbanding air suam.
kB = 1.3806488 × 10-23 m2kgs-2K-1


6. Planck's Constant, h
Pada tahun 1900, Max Planck cuba mengaitkan tenaga dalam satu quantum elektromagnetik dengan kekerapan radiasi (radiation frequency). Hasil kajian Planck ini digunakan oleh Einstein untuk membuktikan bahawa cahaya matahari mempunyai zarah yang digelar photon. Planck sebenarnya tidak menyangka teorinya memberi inspirasi kepada sains abad ke-20 dan 21. Pemalar Planck ini telah banyak menyumbang kepada perkembangan teknologi elektronik.
h = 6.62606957 × 10-34 m2kgs-1


7. Absolute Zero, T
Absolute zero adalah suhu paling rendah yang boleh dikecapi oleh apa sahaja perkara di dunia ini. Kategori dia macam kelajuan cahaya jugak la. Walau bagaimanapun, tiada hidupan yang mampu hidup pada takat beku yang sebegitu. Mengenakan tekanan ke atas gas adalah cara bagaimana peti sejuk kita berfungsi. Namun, manusia masih lagi tidak mampu untuk menurunkan suhu sehingga tahap absolute zero ni. Paling power pun adalah dengan melambatkan pergerakan atom menggunakan lazer...peh~
T = -273.15 oC = 0 Kelvin


8. Euler's Number, e
Euler's Number, e digunakan untuk mengira jumlah interest. Nombor ini juga sangat penting untuk menerangkan pereputan Carbon-14. Selain itu, Euler's number ini juga digunakan dalam menentukan perbezaan tekanan pada bendalir (fluid). Fuh, pening nak explain. Pendek cerita, banyak la aplikasi nombor ini. Untuk pengetahuan engkome sekalian, nombor ni ada kat kalkulator (CASIO-570) engkome, simbol e (merah)...ehehe~
e = 2.71828183 (dimensionless)


9. Pi, π
Pi, π (sebutan, 'pai') adalah nisbah antara lilitan bulatan dan diameter bulatan tersebut. Archimedes adalah individu yang dikatakan bertanggungjawab membuat pengiraan Pi secara teori. Pada tahun 1761, Lambert membuktikan bahawa Pi tidak boleh ditulis dalam bentuk pecahan - 22/7 bukan Pi ye adik2 sekalian. Untuk nombor Pi dengan sejuta nombor perpuluhan, sila click SINI. Cerita pasal Pi ade. Hari Pi pun ade, jatuh pada 14/3 (March 14th) setiap tahun.
π = 3.14159265359 (dimensionless)



10. Golden Ratio,ϕ
Golden ratio, ϕ ini sering digunakan untuk meramal pertumbuhan ekonomi. Nombor ini sangat kerap dilihat dalam kehidupan kita. Bagi abam, Golden Ratio adalah nombor yang paling unik kerana ia membuktikan kewujudan tuhan. Layan vid ni luuuhhh~ 
ϕ = 1.61803398875 (dimensionless)

..............................................................................................


REFERENCE
6. Boltmann's Constant Definition
7. Planck's Constant and the Energy of a Photon
8. Brief History of PI 
..............................................................................................
 

Antara nombor-nombor penting yang lain adalah seperti 999, 911 dan 666. Nombor-nombor yang abam senaraikan ini banyak digunakan dalam sains fizik. Macam kiranya ulangkaji la bagi abam. Kepada yang mengambil aliran sains dulu, selamat refresh :P 

Anda juga mungkin meminati, DIDCHUKNOW10 [Januari '13] - TUJUH

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate...
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...

Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~

Sunday, 20 April 2014

Permohonan Kad CIDB

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pekabo engkome sekalian? Harapnya sihat belaka le yob!! Engkome jangan risau, masa abam update entry ni, abam cuma bersin dua tiga kali je. Tanda-tanda awal nak ceceme le tew. Tapi takpe...abam masih bersemangat untuk memberikan informasi yang pastinya bermanfaat untuk engkome sekalian.

Entry kali ini lebih menjurus kepada cara memohon kad CIDB atau nama panjangnya Construction Industry Development Board. Kad yang lebih manja dengan panggilan Kad Hijau (Green Card) ini adalah 'tiket' untuk memasuki kawasan pembinaan atau site. Memandangkan kerjaya abam lebih cenderung ke arah 'lepak dekat site', kad hijau ini adalah menjadi satu kewajipan untuk abam peroleh.
..............................................................................................


Seperkara yang abam nak highlight sangat-sangat dalam entry ini adalah permohonan kad CIDB sekarang adalah SECARA ONLINE. Bukannya isi borang pakai kertas dan pen ala kuno camtu lagi. Sekarang ni zaman moden dan serba canggih. Jadi abam menyeru kepada semua yang ingin membuat permohan kad hijau, sebelum memulakan langkah anda, sila isi butiran peribadi anda di SINI.

Setelah membuat pendaftaran online, pemohon haruslah memilih lokasi kursus yang dirasakan sesuai. Memandangkan abam sudah punya kad OGSP (Oil and Gas Safety Passport), maka abam tidak perlu lagi mengikuti kursus ini. Daftar, bayar dan tunggu kad siap. Selain kad OGSP, abam tak pasti kad apa lagi yang leh skip kursus CIDB...lol.

Selepas settle semua urusan online (maklumat peribadi & pemilihan lokasi kursus), bolehlah berpusu-pusu ke lokasi CIDB berhampiran anda untuk urusan pembayaran. Jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pendaftaran pertama adalah RM50.

Pas dah bayar sume, engkome kene tunggu selama 10 hari bekerja atau 2 minggu sebelum kad hijau engkome siap. Kad ini bertahan atau valid selama 3 tahun kot (nanti abam konpem balik). Pas expired engkome kene renew, RM50 tuk 2 tahun, RM100 tuk 5 tahun.
..............................................................................................


Sekali lagi, pokok pangkal entry ini adalah untuk memberitahu engkome sekalian bahawasanya permohonan kad CIDB atau kad hijau adalah secara online. Sila click SINI.

Segala Yang Baik Itu Daripada ALLAH...
Manakala Yang Buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...

SEKIRANYA ENTRY INI MEMBANTU ANDA, CLICK "LIKE"

Thursday, 3 April 2014

DIDCHUKNOW10 [April '14] - Binatang Yang Haram Dimakan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pekabor engkome sekalian? Harap semuanya sihat belaka le yob!!
DIDCHUKNOW10 adalah entry istimewa Abam Didiy. Setiap bulan abam akan petik satu topik then elaborate 10 fakta menarik mengenai topik tersebut. DIDCHUKNOW10 terhenti selama lebih 3 bulan kerana abam sibuk menyesuaikan diri dengan bidang kerjaya yang baru abam ceburi...uhuk3. Seyes blog memang berhabuk!! Tapi xpe. Tuk entri kali ini, abam kembali membicarakan mengenai "10 Jenis Binatang Yang Haram Dimakan".

Mencari yang halal itu merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam. Hal ini termasuklah pencarian sumber makanan. Makanan yang halal bukan sahaja menjamin tumbesaran yang baik bahkan dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Pengharaman sesuatu binatang itu adalah berlandaskan ayat Al-Quran, Sunnah Nabi dan pendapat ulama'. Berikut adalah 10 jenis binatang yang dikategorikan haram untuk dimakan.
..............................................................................................


1. Hidup Dua Alam
Katak, kura-kura, penyu, labi-labi, ketam batu dan belacak adalah antara binatang dua alam yang haram dimakan. Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: "Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati." (ihtiyat)


2. Buas, Mempunyai Taring Dan Berkuku Tajam Mencengkam
Binatang-binatang pemangsa atau karnivor yang memakan haiwan lain seperti harimau, singa, buaya, helang, beruang dan jerung adalah haram dimakan. "Nabi Muhammad S.A.W. melarang memakan setiap haiwan bertaring yang buas dan burung yang mempunyai kuku tajam” (HR. Muslim).


3. Yang Digalakkan Dan Dilarang Untuk Dibunuh
Sebilangan ulama' berpendapat binatang yang digalakkan mahupun dilarang untuk dibunuh adalah haram dimakan. Jenis binatang yang digalakkan bunuh di Tanah Haram adalah burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan cicak. Manakala binatang yang dilarang untuk dibunuh pula adalah semut, lebah, belatuk dan nuri.


4. Yang Memakan Kotoran (Al-Jallalah)
Binatang yang memakan bangkai atau benda-benda kotor yang menjijikkan juga diharamkan untuk dimakan. Antara binatang ini adalah burung gagak, burung hering, biawak, babi, etc. Ala, korang tau la. Dari Ibn Umar: Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
Crow / Raven / Gagak

5. Tidak Disembelih Kerana ALLAH
Binatang yang disembelih untuk upacara pemujaan dan kesyirikan adalah haram untuk dimakan. Selain itu, binatang yang disembelih dengan tidak mengikut syara' juga diharamkan. Tambah-tambah pulak yang langsung tidak disembelih, bangkai...lagi la. Hurrmmmmm~


6. Yang Beracun Atau Berbisa
Islam juga melarang umatnya memakan binatang yang mempunyai bisa atau racun. Hal ini kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan. Ular, kala jengking dan lipan adalah antara binatang berbisa yang tergolong dalam ketegori ini. Meskipun begitu, terdapat percanggahan ulama' berkenaan landak.


7. Darah Yang Mengalir
Segala binatang atau bahagian organ yang masih mempunyai darah yang mengalir adalah haram dimakan. Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.


8. Yang Menjijikkan / Hodoh
Menurut ulama', apa-apa sahaja binatang yang dipandang jijik dan kotor oleh golongan majoriti manusia. Atau dalam kata lain, binatang yang hodoh atau buruk paras rupanya (haih...xsedap hati plak tulis camni) adalah haram untuk dimakan.
Blobfish, World's Ugliest Animal
Firman Allah SWT:
”...dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157).


9. Keldai Dan Khimar Peliharaan
Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama juga bersepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).


10. Yang Jelas Pengharamannya Di Dalam Al-Quran
Berdasarkan surah Al-Maidah, ayat 3, binatang yang jelas diharamkan Allah S.W.T. adalah babi, darah yang mengalir, binatang yang disembelih selain darpada nama ALLAH dan bangkai.
.............................................................................................. 


REFERENCE 
..............................................................................................

Soal halal haram adalah soal yang sangat dipandang serius dalam Islam. Meskipun begitu, abam hanya menyenaraikan sebahagian daripada binatang yang haram dimakan sahaja. Sebarang kemusykilan atau penerangan lebih lanjut akan hal ini haruslah merujuk kepada golongan yang lebih berilmu serta berpengetahuan.

Alhamdulillah, entri DIDCHUKNOW10 kali ini berjaya jugak diupdate setelah lebih 2 bulan berhabuk sawang bagai...lol.
Yang Baik Itu Daripada ALLAH, Manakala Yang buruk Pula Khilaf Abam Sendiri...
Wallahua'lam...

Anda Suka Akan Entri DIDCHUKNOW10 kali ini??
Cer Like Sikit~~