Saturday, 11 April 2015

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Part 2 - Ngilu Komedi)

Pagi yang hening. Burung berkicauan menghias suasana yang sejuk lagi nyaman. Oksigen dihirup bersama-sama bauan asap carbon monosida. Sesak gayanya menghantar anak-anak ke sekolah.

"Sebelum datang treatment, encik sarapan dulu ye", masih terngiang pesanan gadis klinik gigi swasta dua hari lepas. Akal berputar, cuba menghubungkan sel-sel otak tanpa bantuan Anmum Essential. Mengingat kembali lokasi sarap terdekat dengan klinik. Oh yeah, roti canai.

........................................................................

Tepat pukul 10 pagi, kereta diparkir tidak jauh dari klinik. Masih tutup. Bosan. Gigi reput diraba-raba. Haish! Melekat jugak pejadah roti canai ni. Biar doktor je la yang buangkan nanti...grrrr.

Selang 20 minit, muncul seorang gadis membuka pintu klinik. Lagaknya tidak seperti seorang doktor. Mungkin gadis yang menjawab telefon abam tempoh hari.

........................................................................

"Encik yang kol aritu ek? Cuba cek nama encik. Betul ke tak".
"Abam Didiy. Betul la ni. Nama abam la ni".

"OK. Encik duduk dulu. Doktor tak sampai lagi ni. Nanti saya panggil encik".
"Baik".

Dada berombak lembut secara tiba-tiba. Fuh...fuh. Nafas dihirup hembus berulang kali. Debornye yob~

........................................................................

Jam hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Siaran televisyen terasa begitu membosankan. Sempat abam mencuri nguap sekali dua.

"ENCIK DIDIY!!", laungan jauh di hujung sana. Gelap.

Kaki dihayun sedikit ketar. Lutut goyang bak hang.

Terang. Kelihatan sebuah kerusi istimewa tersergam indah di tengah ruang bilik. Besar dan menakutkan. Dua orang gadis bertopeng putih sedia menanti dengan sarung getah menyaluti kedua belah tangan

"Jemput duduk"
"Saya nak buat scaling and polishing. Pastu cabut gigi reput".

Doktor mengangguk tanda faham. Scaling dan polishing berjalan lancar. Sesekali abam disuruh berkumuh. Darah kelihatan dalam setiap ludahan.

Setelah selesai, abam diberi masa selama 5 minit bagi menenangkan diri sebelum rawatan seterusnya. Kesempatan ini diambil sepenuhnya untuk bertanyakan hal-hal berkaitan cabut gigi geraham bongsu. Termasuklah procedure ringkas, tahap kesakitan, komplikasi selepas rawatan serta secebis nasihat doktor untuk bekalan seminggu dua akan datang.

........................................................................


Sejenis jel merah diratakan ke bahagian gusi luar dan lelangit di bahagian dalam. BANYAK SANGAT. Serta merta bahagian yang disapu tadi menjadi pedih berangin. Sedikit jel merah menggelongsor masuk ke celahan oesophagus. Fuh, pedih yang amat. Terbatuk-batuk menahan sakit. Kelat, pedih, sakit, tak sedap langsung.

Setelah menyapu begitu banyak jel merah, doktor duduk termenung di satu sudut bilik. Membiarkan abam meronta menahan rasa tidak selesa. Air paip sahaja yang setia meneman abam berkumuh membuang rasa jelik tersebut.

Selang beberapa minit, doktor menayang jarum di depan mata. Menjentik-jentik membuang udara. Panjang syringe ada la dalam 5 inci.

Wednesday, 11 March 2015

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Part 1 - Introduction)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Pada penghujung tahun 2013, abam berkesempatan untuk membuat scaling dan polishing di sebuah klinik gigi swasta kat Taman Botani, Ipoh. Scaling and polishing adalah proses mencuci gigi daripada sisa-sisa yang tidak mampu dibuang dengan hanya menggunakan berus gigi. Advance cleaning la bahasa mudahnya. Treatment paling menakutkan zaman sekolah rendah dulu...kah3. Dalam treatment tu, abam dinasihatkan untuk mencabut sebatang gigi reput di penjuru atas sebelah kanan.

Masa tu, abah bukan main melenting lagi.
"Apa ni, muda-muda lagi dah kena cabut gigi reput. Kalau dah tua macam abah takpe la", lantang suara abah sedikit tegas.

Setelah mendapatkan penjelasan doktor, barulah kami tahu yang gigi reput tersebut adalah gigi bongsu. Normally, kebanyakan gigi bongsu memang tak survive dan mereput. Macam gigi susu jugak. Reda laaaa balik temper abah pastu..phhewww. Come on lah, abam gosok gigi kot!! 

Hihihihi...


Sisa kopi dan teh...sebelum dan selepas scaling & polishing

Nak dijadikan cerita, setahun selepas itu abam mengalami masalah sisa makanan tersangkut dekat gigi. Bukan celah gigi ye...dekat gigi! Kunyah la kat sebelah kiri bahagian mulut pun boleh sangkut jugak! Hampeh betul. Gigi reput semakin reput barangkali.

Kerimasan keterlampauan ini sedikit menggugat peringkat tertinggi kesabaran abam. Ketahanan mental diuji bertalu-talu. Yela...sehari 3-4 kali makan. Setiap kali makan mesti sangkut punya. Guarantee!! 100% confirm!! Hahahahadoiii...

Sampai satu tahap,
"Mampuih pi la kat hang. Nak sangat duk kat situ", kumam abam dalam hati. PUIHHH! Ludahan kasar pun masih tidak mampu menanggalkan sisa makanan tersebut...

Huhuhuhu...


Kira-kira sebulan yang lepas, tanggal 10 Februari 2015, abam nekad untuk face-to-face dengan dentist and settle this shit up!! "Bring my life back!", bentak abam dalam hati.

Dengan tenang, abam dail nombor telefon klinik gigi yang sama 2 tahun lepas.

"Hello, ni klinik swasta tu ke?"
"Ye saya. Benar encik."

"Saya Abam Didiy. Saya nak buat appointment la Khamis ni, 12 Februari 2015."
"12 Feb ye. Kejap ye. Yang available cuma pada pukul 10am dan 4pm. Appointment tuk apa tu ya, encik?"

"Saya nak cabut gigi reput. Hmmmm, amik pukul 10am la."
"Oh, cabut gigi. Selain tu, ada treatment lain ke yang encik nak buat?"

"Hmmmm. Saya nak buat scaling and polishing sekali la."
"Baik encik. Apa nama encik tadi?"

"Abam Didiy"
"Baik encik Didiy. Khamis, 12 Feb, pukul 10 kat klinik swasta kami."

"Terima kasih...hihihi."