Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t....
Assalamualaikum w.b.t....
New semester is already begin...!! Hoooooo yeah....
Jadi, aku nk kgsikan sikit pe yang menariknye untuk sem kali ni...
10 reason why 3rd year 2nd is interesting
1. Aku masih stay kat V2E :)
Yup, ini dah kali ke-5 berturut-turut aku stay kat V2E. Sedang para senior yang len berbalah merebut tempat tinggal yang lebih selesa, lebih eksklusif dan lebih kondusif, aku dengan segelintir sahabat yang len tenang di balik bayang-bayang junior. Dengan adanya Kafe Kak Sufiah dan Kafeteria Sayang yang hanya sejengkal kaki menapak, maka dengan sekelip mata tahap kebuluran merundum jatuh. Harganya juga berpatutan...ooooo yeah!!
2. Roommate baru bha...
Mgkin beberapa persoalan mula timbul di fikiran kalian selepas mendapat tahu akan hal ini. Jawapannya mudah, "berjauhan itu lebih baik dan mgkin dapat mengekalkan persahabatan kita". Sounds a bit selfish...yup, i admit. Aku sendiri yang mntk tukar dalam sebulan lepas. Ini adalah keputusan terbaik aku rasa setakat nieh. And my new romate is Pejal *bukan nama sebenar*...
3. Bilik baru bha...
Persaingan merebut tempat penginapan di UTP pada semester kali ini seakan satu fenomena luar biasa. Yang junior melompat ke village serba eksklusif, yang senior terpaksa menggunakan kuasa veto bagi mengekang 'kebiadapan' junior....*sigh*. Umpama perang dingin. Dalam masa yang sama, pertukaran romate jugak menjadi salah satu faktor hal bilik baru diusahakan. Bilik biar len, asal V2 kite pny!! hahaha...
4. Most probably 11 credit hours
Ini merupakan rekod baru sepanjang perjalanan penuh onak kat UTP....credit hour PALING SIKIT. Rekod ini berjaya mengatasi credit hour 1st year 1st sebelum ini iaitu sebanyak 13 credit hours. Perjalanan semester kali ini juga dijangka kurang membebankan berbanding semester lepas (17 credit hours).
5. Memulakan semester baru setelah 4 bulan honeymoon :)
Tak dinafikan, aku sedikit kekok memegang pen. Tulisan carca merba. Otak asyik duk ingat games, nickelodeon tv9 dan drama tv. Rase dungu len macam. Namun 2 hari lecture digagahkan jugak demi keazaman yang membuak-buak sem ni. Mungkin minggu depan momentum akan mula kembali stabil.
sigh...seems legit
"Barang yang lepas jangan dikenang"....."Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan plak final paper"....."Nasi sudah pun menjadi bubur". Antara peribahasa yang secara halus memujuk jiwa yang berduka lara dek GPA yang 'terjun' sem lepas. GPA paling teruk sepanjang karier sebagai student kat sni. Harap sem ni akan membawa lebih sinar kebahagiaan tuk bekalan intern dan final year...
7. Lecturer Vibration and Heat Transfer
Secara umumnya...hanya dua subject ini saje yang core tuk sem nieh. Jadi adalah menjadi tanggungjawab mechanical engineer tuk pas subject nieh. Kalu x pass...cne nk dpggl mechanical engineer ye dak?? *uhuk3*. Tp kalu gagal gak, aku mgkin akan jd CEO microsoft.......tidakkkkkkk. Aku nk jd engineer gk!!
aku xnk take lead microsoft...!!
Untuk menjadikan situasi ini yang lebih menarik, keempat-empat lecturer yang menggalas tanggungjawab kesemuanya amat aku kenali. Ya, sebab kenal la pelangi kecemerlangan seakan pudar di sebalik awan. Sejujurnye, tuk 4flat sem nieh adalah sesuatu yang sgt luar biasa *ramalan*.
8. Bahasa Arab
Kat UTP nieh ade 3 jenis bahase je - arab, mandarin n french. Dulu time SPM, pernah mintak drop Bahasa Arab Tinggi sebab terlalu payah pale nk serap. So, aku decide arab sebab aku rse aku ptut serius dengan arab. Dh lebih 9 tahun aku bljr arab, stil emmmm...so-so.
Untuk menyulitkan lagi keadaan, nk credit tuk arab kat UTP nieh xleh amik arab time SPM....ooooo snap!! So, this is sort of gamble....interesting??
Bahasa Arab merupakan bahasa paling complicated kat dunia...ianya juga bahasa syurga :)
9. Semangat bola....!!! ooooo yeah...
jersi baru dah siap :)
kasut baru dah beli :')
10. Basikal baru...
Lerun Legacy dah bersama dengan aku selama 4 tahun. Dan pastinya kenangan bersama sepanjang tingkatan 5 xdapat aku lupekan dalam hidup aku. Aku syg gler beskal tu. But everything have its own life time right?? If its the time for a new bicycle...this semester will once again write its own history.
Interesting enough?? Thx for reading guys..kindly appreciate it :)